Nuffnang Ads

Tuesday, April 10, 2012

Bila 'burung kakak tua' bercakap

Mama : "Adik, adik sayang mama tak?"
Fahmi : "Cayang."
Mama : "Banyak mana?"
Fahmi : "Banyak mama."
Mama : "Adik, mama baik tak?"
Fahmi : "Baik."
Mama : "Mama comel tak?"
Fahmi : "Tomel."
Mama : "Mama cantik tak?"
Fahmi : "Tantik."
Mama : "Mama pandai tak?"
Fahmi : "Pandai."
Mama : "Mama buruk tak?"
Fahmi : "Buyok."

Hahahahaha sejak sebulan dua ni, lepas Fahmi mula jelas percakapannya, semakin seronok melayan dia bercakap. Dia hanya mengulang perkataan yang ditanya.... :)Sebab sekarang ni fasa burung kakak tua Fahmi... :) Dan dah pandai mengadu jugak, pandai marahkan Hakimi. Kalau Hakimi buat salah, dia akan cakap: "Pigi macuk bilik, pigi!" Aksi dia mengalahkan mama pulak :).

Anak-anak saya, kalau mereka buat salah, memang mereka tahu akan kena denda duduk dalam bilik untuk jangkamasa yang saya tentukan mengikut tahap kesalahan mereka. Biasanya 3 hingga 10 minit. Dan saya memang sentiasa konsisten dengan undang-undang rumah yang terpakai untuk anak-anak. Contohnya larangan siri kartun tertentu seperti Asarichan, Hagemaru, Ultraman dan cerita-cerita hantu. Mereka tak cuba untuk pertikaikan larangan saya sekarang. Masa mula-mula memanglah banyak soalan "kenapa" yang mereka ajukan, dan saya jawab satu persatu berserta alasan yang boleh mereka fahami. Sampai tahap sekarang, masing-masing dah tahu. Saya tak nafikan, kadang-kadang kalau saya terlepas pandang, diaorang "sesat" juga ke cerita tu. Tapi nampak je kelibat mama, terus tukar channel lain :p. *mama garang seh, jangan cari pasal*. Cuma kalau balik kampung, memang agak sukar untuk dipraktikkan. Biasanya hancur lebur....

Dan saya bersyukur kerana Izzad sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam aspek didikan anak-anak. Dia tak pernah menyebelahi anak-anak bila mereka dimarahi oleh saya. Ini amat penting sebenarnya. Ibu bapa perlu dilihat oleh anak sentiasa "sepakat" dalam sebarang tindakan. Bila kita menyebelahi anak yang dimarahi atau bila kita pula memarahi pasangan yang memarahi anak, kita sebenarnya menjatuhkan maruah pasangan di depan anak. Tanpa disedari, akan membuatkan anak kurang atau hilang rasa hormat kepada pasangan kita.

Kalau nak diikutkan, saya lebih garang dengan anak-anak, tapi mereka lebih takut kepada Izzad! How come ha? Hehehe mungkin sebab Izzad jarang marah. Jadi kalau sekali Izzad tinggikan suara, mereka dah kecut perut. Marah mama ni dah jadi macam lagu Najwa Latiff kat telinga mereka kot!

Wednesday, April 4, 2012

Terukir di bintang - Yuna



Saya sukaaaa sangat dengar lagu ni - muzik, lirik dan video yang sangat-sangat sesuai. Mendengar lagu dan menonton videoklip ini membawa saya kembali menyusuri lorong-lorong di Veniece. Walaupun telah lebih 10 tahun berlalu, keindahan musim panas di Veniece masih segar di ingatan.

Terima kasih Yuna kerana mencipta lagu ini bersama video yang sangat cantik!