Nuffnang Ads

Monday, May 7, 2012

Restoran Aroma Barat - Setia Tropika

Tiga minggu lepas ada keluar rencana dalam Utusan Malaysia tentang restoran makanan barat yang sedap di Johor Bahru - Restoran Aroma Barat. Jadi hujung minggu lepas kami mencari restoran tersebut berpandukan alamat yang tertera di dalam Utusan Malaysia.. Jalan Setia Indah 1/4, Taman Setia Indah. Punyelah bersemangat nak mencari, masuk je maghrib cepat-cepat solat dan terus masuk kereta. Sampai ke alamat yang dituju, tak jumpa kawasan kedai pun di Jalan Setia Indah 1/4. Kedai semua kat kawasan Jalan 3/**. Kami pusing, sampai ke Taman Mount Austin, pusing semula. 4 kali kami pusing dan yang pasti Jalan Setia 1/4 tu adalah kawasan rumah!! At last makan malam kat Pizza Hut di Setia Tropika je.

Tak puas hati betul dengan Utusan Malaysia ni. Beri alamat pun salah. Balik ke rumah, saya buka tanya Pakcik Google. Memang betulpun alamat dalam Utusan Malaysia  tu salah... sepatutnya Restoran Aroma Barat, Jalan Setia Tropika 1/14. Jadi hari selasa tu kami pun ronda semula untuk mencuba. Alhamdulillah selamat sampai. Tuan punya restoran pun ada cerita, ada customer yang pusing-pusing 3 jam cari restoran mereka. Hahaha, kami dah angkat bendera putih lepas sejam!

Ok, bab nak komen pasal makanan pulak. Saya dan Izzad ambil menu yang sama, grilled chicken chop with black pepper sauce. Amira dan Nurina memilih spaghetti dengan kuah merah (tomato) dan fish and chips untuk Fahmi dan Hakimi. Tak sempat nak ambil gambar pun. Jadi pada pendapat dan selera saya, Aroma Barat memang jauh lebih sedap dari Papa Chop Mama Grill di Bukit Dahlia tu. Berkali ganda lebih sedap dari steak di restoran 2 in 1 - western food and yong taufu di Jalan Balau, Taman Rinting. Sos lada hitam yang cukup rasa, ayam pun digrill sempurna dan coleslaw pun sedap. Pemilik yang ramah, dia sendiri datang ambil order. Masa menunggu pun tak lama sangat, sebab kami sampai awal - kami shopping di tesco dulu. Lepas maghrib terus cari restoran. Ok ni bab nak komplen sikit. Saiz menu yang kecil - tak cukup untuk mengalas perut orang dewasa! Kentang goreng boleh dilebihkan sedikit. Untuk spaghetti pulak, sos tomato terlalu banyak lada hitam. Rasa lada hitam yang terlalu kuat mengganggu rasa kuah spaghetti. Fish and chip - rasanya macam ikan dan kentang goreng :)

Secara keseluruhannya boleh saya beri markah 7/10. Pilihan kedua untuk kami kalau malas sangat nak ke BBQ Chicken di Aeon Bukit Indah. Jadi kalau sesiapa nak cuba masakan barat yang sedap, bolehla cuba Restoran Aroma Barat di Setia Tropika.

Friday, May 4, 2012

Rindu yang tak pernah padam

Pagi ini saya secara tidak sengaja ke halaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menceritakan tentang pemergian ayahandanya yang tercinta pada tahun 1992. Sebagai seorang yang memang rapat dengan abah, air mata pasti akan berjurai gugur bila membaca kisah seperti ini. Kememeh tu memang satu hal lah kan, tapi topik kenangan hubungan ayah-anak memang selalu buat saya hiba.

Sehingga sekarang saya seboleh mungkin mengelakkan pengunaan perkataan 'arwah' bila menyebut nama abah atau bila bercerita tentang abah. Bagi saya, abah masih dan akan terus hidup di hati saya sampai bila-bila. Bukan nak menafikan pemergian abah, tapi menyebut 'arwah' seakan menjarakkan antara saya dan abah. Lagilah dengan ketiadaan pusara yang boleh kami kunjungi (abah meninggal di Madinah selepas selesai mengerjakan ibadah haji bersama mak pada 2005), membuatkan saya rasa, abah masih ada! Tiada pusara bukan bermakna tidak boleh berdoa untuk abah. Saya cuba pastikan ada fatihah untuk abah setiap kali usai solat (walaupun kadang-kadang termiss juga terutama bila solat dalam keadaan nak cepat! - maaf bah, akan cuba perbaiki). Dalam keadaan biasa pun, bila teringat abah, saya akan sedekahkan fatihah. Hanya itu yang mampu saya buat sekarang sebagai balasan atas bakti dan jasanya membesarkan saya dan memberi didikan hingga saya mampu pergi jauh hingga ke Jerman. Dan segalanya atas pertolongan Allah jua!

 Dulu abah selalu pesan, setiap kali usai solat jangan lupa sedekah fatihah untuk Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabat nabi, datuk nenek yang dah meninggal dunia, ibu bapa kalau mereka dah pergi. "Nanti terang kubur mereka. Kalau tidak, gelap je". Saya tak mahu kubur abah gelap. Saya tak mahu jadi anak yang tak tahu mengenang budi. Saya tak mahu 'tinggalkan' abah keseorangan. Saya mahu abah sentiasa ada. Abah sentiasa 'hidup' di hati saya.