Nuffnang Ads

Thursday, December 25, 2014

ProKIDS di Savanna Hill Resort



Alhamdulillah hasrat untuk hantar Nurina dan Amira mengikuti Program Kembara Iman dan Solat (ProKIDS) anjuran Ustaz Ebit Lew dan Transform Training & Consultancy dipermudahkan. Saya daftarkan Nurina dan Amira pada 17.11.2014 setelah terbaca mengenai program tersebut di Facebook. Dan pada 6-8 Disember lepas, Nurina dan Amira selamat mengikuti kem 3D2N yang diadakan di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram.


Izzad, Nurina dan Amira di hadapan Dewan Savanna Hill Resort
Seminggu sebelum program, kami dah tinjau lokasi dan persekitaran. Alhamdulillah semuanya ok dan confident untuk melepaskan anak mengikuti program tersebut meningkat ke 95%. Nurina pada mulanya agak keberatan, tetapi Amira memang teruja sejak saya mula beritahu tentang rancangan kami untuk hantar mereka mengikuti program tersebut.

Selepas sesi pendaftaran pada 6.12.2014, ada sesi ibubapa bersama Ustaz Ebit Lew. Alhamdulillah banyak yang dapat kami bawa ke rumah untuk dijadikan amalan, antaranya bacaan Hadis di rumah yang lama tertangguh untuk saya mulakan.

Harapan saya dan suami agar PROKIDS akan sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk mendidik anak-anak soleh dan solehah di samping memperbaiki cara hidup kami ke arah yang lebih positif.  

Tak sangka akan bertemu anak saudara saya yang juga menghantar dua anaknya ke kem. Jumpa kawan Kama-technician Izzad yang menghantar adiknya. En Sahril, jiran selang 3 buah rumah dan Haji Azizan juga ahli kariah Surau Beringin.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Ebit Lew, En Abd Rahman Lew, Pak Mail, kru Transform dan fasilitator. Semoga usaha anda menjadi asbab perubahan positif pada anak-anak kami. 


Sesi pendaftaran - gambar ihsan FB Ustaz Ebit Lew

Sesi ibu bapa bersama Ustaz Ebit Lew - gambar ihsan FB UEL

Pooh dan Kitty menghiburkan anak-anak kecil sementara program ibu bapa bersama Ustaz Ebit Lew berlangsung - gambar ihsan FB UEL

Program untuk anak-anak - gambar ihsan FB UEL

Amira dalam kumpulan - gambar ihsan FB UEL

Nina dalam kumpulan - gambar ihsan FB UEL

Aktiviti anak-anak - gambar ihsan FB UEL

Owh Amira menangis... :"( - gambar ihsan FB UEL

Nurina... - gambar ihsan FB UEL

Buku Ustaz Ebit yang sempat kami beli.. 4 buah hanya RM70