Nuffnang Ads

Friday, February 14, 2014

9 tahun berlalu, dan kami masih merinduimu


Hari ini, 14 Februari 2014 genap 9 tahun abah pergi meninggalkan kami. Adik PM saya tengahari tadi: "Hari ni 14 Feb, genap 9 thn dh abah tkde..." . Saya tak akan pernah lupa tarikh tu, sebagaimana saya tak pernah lupakan abah. Saya pernah bercerita tentang abah di SINI dan di SINI.. juga di SINI kepada sesiapa yang faham bahasa Jerman. Hati sebak bila teringat abah. :'( Bah, akak rindu nak berbual dengan abah, rindu nak bercerita dengan abah. Rindu nak dengar orang cakap jawa bila balik kampung, sebab abah je yang cakap jawa dengan kami... rindu abah sangat-sangat! Al Fatihah untuk abah. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang beriman di sisi Allah swt.

Friday, February 7, 2014

Resepi: Currywurst - sosej dan sos tomato berempah. Snack orang Jerman

Currywurst : Snack orang Jerman

Semalam kami dinner curry wurst lagi. Kami tambahkan dengan salad dan roti bawang putih untuk dapatkan diet yang sesuai untuk dinner ;). Curry wurst antara makanan ringan yang sangat popular di Jerman. Kalau kita popular dengan keropok lekor atau pisang goreng sebagai kudapan yang kita boleh jumpa di gerai-gerai tepi jalan kan? Di Jerman, situasinya lebih tersusun. Tak ada gerai-gerai haram yang kita boleh suka-suka pasang di tepi jalan. Tetapi gerai-gerai makan (stall) masih wujud di tempat-tempat yang dibenarkan. Stall di Jerman dikenali sebagai Imbiss atau Schnell Imbiss. Makanan yang kerap ditemui di Imbiss, selain kebab, falafel, waffel dan berliner ialah curry wurst - sosej bakar atau goreng yang dihidang dengan sos tomato berempah dan kentang goreng. Itu snack mereka.

Keistimewaan curry wurst terletak pada sos yang digunakan kerana ia bukan sos tomato biasa tetapi sos tomato berempah. Jujurnya saya tak pernah rasa curry wurst asli yang dimasak oleh orang Jerman - bimbang dengan status halalnya. Sosej yang mereka gunakan dah sahla tak halal kan... Makan curry wurst pun di kedai turki dengan sos tomato biasa - tak sedap! Semasa belajar dulu, di Mensa (kantin universiti), curry wurst ni memang sajian wajib. Macam kantin kita dengan nasi lemak! :)

Sebab tak puas hati, jadi saya mula google cari resepi untuk curry wurst asli Jerman. Alhamdulillah setelah beberapa kali mencuba, saya dapat resepi curry wurst yang sesuai dengan selera saya. Jom tengok cara nak buat sos tomato berempah ni..

Resepi Curry Wurst: (saiz hidangan untuk 4 orang)

1/2 biji bawang besar kuning - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - diketuk sahaja
2 inci lobak merah - dipotong dadu
2 inci batang seleri yang besar - kalau tak ada, guna batang seleri biasa pun boleh, cuma tambahkan kuantiti
3 sudu besar tomato puree
2 sudu besar minyak zaitun
sedikit serbuk lada hitam
sedikit stok ayam, 1/5 dari kiub
1/2 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar serbuk cili
garam, gula secukup rasa
air

Cara:

  1. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang besar, bawang putih. Masukkan tomato puree, serbuk kari dan serbuk cili. Tumiskan sebentar dan tambahkan air. 
  2. Masukkan seleri dan lobak merah. Masak hingga seleri dan lobak lembut. Jika air kurang, tambahkan lagi. Tambahkan serbuk lada hitam, stok ayam. 
  3. Bila dah lembut, tapiskan sos, lenyek bahan yang tak hancur. Masukkan sos semula ke dalam periuk dan masak lagi. Tambah air jika perlu untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai - rujuk textur sos di dalam gambar! Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 

Saya gunakan sosej ayam jumbo Ayam Madu. Sosej biasa kurang sedap untuk curry wurst ni. Bakar atau panggang sosej, tuangkan sos berempah dan ayakkan (taburkan) serbuk kari diatasnya. Sedap dimakan dengan kentang goreng. Sediakan salad campuran lettuce, iceberg salad, tomato dan lada benggala untuk seimbangkan menu. Cubalah, anda akan dapat merasai kelainannya.