Nuffnang Ads

Showing posts with label cari makan. Show all posts
Showing posts with label cari makan. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Review: Kedai Makan Rahmat, Kampung Pasir Putih

Dah lama tak review makan-makan. Lately ni kurang mencuba makan tempat baru, tambahan selepas my dearest berhenti smoking, dia agak fragile dan perlu jaga makan, salah makan memang kesianla. Salah satu sebab dia balik lunch kat rumah sekarang ni, sebab kurang selera nak makan di luar. Bagus juga, boleh tambah pahala masak untuk keluarga ;). Jadi saya dah ubah rutin masak dari petang ke pagi. Kadang-kadang masih masak petang juga kalau lauk habis.

Ok berbalik ke Restoran Rahmat. Ia merupakan salah satu port En Hubby makan tengahari semasa dia masih keluar makan dengan kawan satu office. Dah lama dia nak bawa kami ke sana, tapi asyik tak berkesempatan. Kebetulan mak ada datang dan menginap di rumah kami selama 2 minggu sebelum  Aidiladha tempohari, jadi bawa mak sekali ke sanaa.

Speciality Restoran Rahmat ni adalah Ikan Siakap Goreng Garing. Dimakan dengan kicap-lada-bawang dan sambal belacan. Kami buat reservation terlebih dahulu sebab restoran ni memang selalu penuh terutama hujung minggu. Kami pesan seekor siakap goreng saiz besar, udang goreng, sambal tempe, sayur kacang (ala-ala sambal goreng jawa). Anak-anak bukan jenis yang makan sangat, jadi seekor ikan memang cukup. Lagilah Kimi dan Fahmi leka tengok anak-anak ikan todak di laut, makan pun sikit je.

Komen saya:

Menu: Siakap goreng memang sedap. Sambal tempe agak manis bagi selera saya. Pisang disediakan sebagai pencuci mulut.
Service: Sangat cepat. Kami datang peak hour, tapi masa menunggu memang tak lama.
Harga: Amat berpatutan. Ok banyak kalau nak dibandingkan dengan Senibong! ;)
Lokasi: Agak memeningkan terutama untuk orang luar kerana ia terletak di dalam kawasan kampung, di tepi laut.

Ok, saya tak snap gambar pun semasa kami makan, jadi terpaksa pinjam gambar dari hungrygowhere dan johorkaki.blogspot 

Lokasi Restoran Rahmat.

Peta Restoran Rahmat. Gambar hungrygowhere.my

Restoran Rahmat
No. 3, Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor
GPS: 1.434552,103.931629
Waktu operasi: 10.30 pagi - 3.30 petang


Restoran Rahmat. Gambar dari johorkaki.blogspot


Siakap goreng garing, udang goreng, kicap-lada-bawang. Gambar dari johorkaki.blogspot

Thursday, January 30, 2014

Review makan: The Manhattan Fish Market, AEON Tebrau City, Johor Bahru

Hari ni cuti sempena CNY bermula. Kiddos pun cuti 6 hari, tapi kami tak ke mana pun. Balik kampung tidak, balik Melaka pun tidak, balik Terengganu? Haaa yang tu kena tunggu big boss cuti. Kalau setakat balik Melaka, balik rumah mak kat Muar, saya balik sendiri dengan anak-anak je pun tak apa. Tapi Terengganu tu jauh sangatla pulak nak drive sengsorang. Ikutkan cuti lama macam ni bagus juga balik Melaka, boleh bercucuk tanam kat tanah sekangkang kera tu, tapi penatlah pulak rasanya nak drive sengsorang. Minggu lepas baru je balik Melaka, minggu sebelum tu pun balik Melaka juga. Izzad memang dah warning sesiap yang dia "cuti tapi tak cuti" CNY ni sebab banyak kerja kat office. Kiddos ni pulak, pantang disebut nak balik Melaka, suka je nak jumpa sepupu diaorang. Kadang tu melekat kat rumah maksu, taknak balik rumah sendiri :). Puas kena pujuk baru nak balik. Itupun pagi-pagi dah merengek suruh hantar ke bawah (rumah maksu).

Malam tadi kami ke AEON Tebrau City, kononnya saya nak cari sepasang sandal Scholl dan kasut untuk jogging (hahaha badan dah mula terasa berat - lama tak swimming dan tak exercise). Sampai di AEON, kami dinner dulu kat The Manhattan Fish Market. Sebelum ni cuma lalu je depan TMFM tu, tetiba hari ni rasa nak masuk pulak. Hakimi dah merajuk sebab dia nak ke Nando's. Puaslah kami memujuk. Saya pilih Seafood Sea-esta, Mediterranean Baked Fish untuk Izzad, Spaghetti Aglio Olio untuk Amira, Cajun Chickie Marinara untuk Fahmi dan Hakimi. Nurina cuma nak Mushroom Soup je. Jadi kami order 2 Mushroom soup.

Sewaktu kami sampai, cuma 3 meja yang ada pelanggan, tetapi hidangan pertama kami hanya sampai kira-kira 30 minit kemudian! Itupun pasta Aglio Olio untuk Amira. Hampir 5 minit selepas tu Seafood Sea-esta saya sampai. Diikuti Mushroom soup, Cajun Chickie Marinara  dan Baked Fish untuk Izzad yang terakhir sekali sampai - hampir 40 minit selepas pesanan dibuat!

Rasa makanan biasa-biasa aje. Agak tak berbaloi dengan harga yang dibayar! Seafood Sea-esta saya kuat sangat rasa bawang putih! Memandangkan saya bukan penggemar bawang mentah atau apa sahaja bawang yang tak masak, kiub-kiub bawang separuh masak yang ditabur dalam sup sangat mengganggu. Sup pun rasa terlalu manis. Bagi saya, kombinasi masam manis yang tak menjadi. Shrimp Aglio Olio Amira pun biasa-biasa sahaja. Sekali lagi saya terpaksa ketepikan bawang-bawang yang didadu halus. 

Izzad kata baked fish dia pun so-so je. Nina pun tak habiskan mushroom soup. Mushroom soup kedua hanya luak suku aje. Spaghetti je yang habis, itupun sebab Hakimi dan Fahmi berkongsi menu dan saya tolong menghabiskan spaghetti Amira.

Komen kami: 
Masa menunggu : 6/10
Suasana : 8/10
Makanan : 6/10
Harga : 6/10

Rasanya The Manhattan Fish Market memang tak akan kami kunjungi lagi selepas ni. Tak berbaloi. Tak tahulah kenapa tempat ni kawan-kawan selalu up gambar dalam Facebook. Agaknya sebab nampak macam 'grand' gitu. Padahal rasa makanan biasa-biasa je... Sorry kat sesiapa yang memang suka tempat ni, selera lain-lain kan ;)


Seafood Sea-esta. Foto ihsan web TMFM

Meditarranean baked fish. Foto ihsan web TMFM

Shrimp Aglio Olio. Foto ihsan web TMFM

Cajun Chikie Marinara. Foto ihsan web TMFM

Cream of mushroom. Foto ihsan web TMFM

Wednesday, June 5, 2013

Cendol Bakar Kuala Selangor -

Cuti kami bermula awal pada musim cuti sekolah kali ini. Jumaat 23 Jun Izzad menjadi saksi pernikahan rakan sekerja warga Perancis yang bertemu jodoh dengan wanita melayu tempatan. Saya dan anak-anak turut hadir meraikan Francois dan Eja. Balik ke rumah, sibuk menyiapkan baju-baju untuk bercuti.

Pagi Sabtu kami bergerak ke Bestari Jaya (Batang Berjuntai) untuk meraikan majlis persandingan Che Noor, juga rakan sekerja Izzad. Kami bermalam di rumah Mak Ngah di Kuala Selangor. Dah lama tak balik Kuala Selangor. Alhamdulillah ada rezeki berjumpa Mak Ngah, Nor & keluarga juga Boy & keluarga.

Pagi Ahad bermula ekspedisi misteri kami. Misteri sebab anak-anak masih tak tahu rancangan kami. Mereka diberitahu, kami akan hantar Izzad untuk meeting di Kuala Lumpur selama 4 hari dan saya akan bawa mereka balik bercuti ke kampung. Dalam perjalanan dari Kuala Selangor menuju ke E25 LATAR Highway untuk ke Kuala Lumpur saya terperasan banyak kereta beratur nak masuk ke satu kawasan gerai. Bila diamati ada signboard "Cendol Bakar Pandu Lalu.Drive Thru". 

Cendol Bakar Kuala Selangor. Gambar ni disnap selepas kami buat u-turn. Deretan kereta di hadapan kanan sekali beratur untuk masuk ke drive-thru

Saya: "Eh bang tengok tu, cendol pun ada drive thru la. Macam menarik je, jom kita cuba, nak tak?" 
Izzad: "Iyelah.. banyak kereta beratur tu. Sedap kot. Betul ke nak try ni?"
Saya: "Bolehlah... Kita cuba ek?"
Izzad: "Boleh gak.. ni pun dah nak tengahari. Nanti tak payah berhenti makan lagi."

Jadi En Suami pun buat u turn. Kami tak drive thru sebab panjang sangat nak Q. Kami masuk ke kawasan parking. Memang ramai orang sungguh, bukan setakat melayu je, cina pun ada dan kebanyakannya plat kereta luar Selangor dan Wilayah.

Cendol Bakar di Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor

Kami beli 2 cendol pulut dan bawa ke kedai sebelah sebab anak-anak nak makan ABC. Sedap ke cendol bakar ni? Memang sedap!! Rasa dia memang lain. Sekejap je satu mangkuk dah habis. Izzad siap order satu mangkuk lagi, cendol biasa pulak - kami kongsi. Memang puas hati. Rahsia sedap cendol bakar ni mungkin dari proses penyediaan bahannya, di mana mereka menggunakan gula melaka yang dibakar terlebih dahulu sebagai ramuan utama. 

Cendol Pulut. Sedap sangat!! :)

Memang berbaloi la siapa yang beratur di drive thru tu, sebab memang sedap. Sambil menunggu pesanan, sempat saya belek keratan akhbar yang mereka tampal. Berita Harian pun ada keluarkan artikel mengenai Cendol Bakar ni. Dan selepas menggoggle... rupa-rupanya dalam JJCM pun ada keluar. Hmmm saya tak pernah tengok JJCM, jadi memang ketinggalan keretapilah. Kepada peminat cendol, anda mesti cuba Cendol Bakar Kuala Selangor!

Sunday, April 28, 2013

Review: Restoran Al-Hanin, makanan arab di Larkin Idaman

Hari ni nak bercerita tentang makan lagi. Kali ni makanan arab pula. Dah lama tercari-cari makanan arab yang sedap di area JB tapi belum jumpa yang berkenan di hati. Bulan lepas kami pergi ke Restoran Parsia di Taman U, Skudai. Makanan kering tak berkuah dan rasa hambar. Cuma rasa garam je. Yang jadi penyelamat cuma Saffron rice, roti - Nina panggil roti karpet sebab bentuknya macam karpet 4 segi dan kebab daging. Jus buah-buahan yang kami pesan pun masam.. tak rasa gula.

Semalam Utusan Malaysia ada keluarkan rencana tentang restoran nasi arab yang baru buka di Larkin Idaman. Kebetulan kami sedang dok berfikir nak makan mana malam tu. Saya tunjuk Izzad paper, dia terus google. Jumpa page Restoran Al Hanin. Tengok gambar pun menarik...!

Jadi lepas maghrib kami gerak ke Larkin. Masukkan GPS Coordinate siap-siap takut sesat lagi... :). Bagus page mereka ni.. siap letak GPS Coordinate lagi, jadi mudahlah kami nak mencari.

Sampai di restoran lebih kurang pukul 8:00 malam. Ada tempat untuk makan bersila dan juga meja panjang. Kami memilih makan di meja. Kami pilih 3 hidangan: Kabsah Ayam, Nasi  Mandhi Kambing dan Kebab. Air pula jus oren untuk saya, jus tembikai untuk Nina dan Izzad, milo ais untuk Kimi, Fahmi dan Amira. Budak bertiga ni memang kanak-kanak milo! :). Tak lama lepas tu, pelayan datang semula... Kabsah ayam dan kebab dah habis. Jadi kami tukar dengan Mandhi Ayam dan Maqlubah Ayam. Sambil berbual, saya dok memerhatikan persekitaran restoran. Restoran agak sempit sebab pangkin untuk makan bersila memakan ruang yang agak banyak. Masih boleh ditambah-baik lagi. Suka dengan alunan qasidah di Al-Hanin, terasa macam kat timur tengah pula. ;)

Interior Restoran Al Hanin... cantik kan? Gambar dari Facebook Restoran Al Hanin. Masa kami pergi  susunan dah agak berterabur sikit ;)

Selepas lebih setengah jam hidangan dan minuman yang kami pesan pun sampai dengan 3 pinggan extra. Pelayan minta maaf sebab kami menunggu agak lama. Tak kisah pun sebenarnya sebab tak rasa lama menunggu. Kami sibuk berbual dan ralit mendengar qasidah ;).

Maqlubah Ayam. Gambar dari blog Al Hanin

Nasi Mandhi Ayam, side dishes: sup, cili dan rojak timun+tomato. Gambar dari blog Al Hanin

Komen? Seeeeeeedappppppp sangat! Cukup rasa rempah, tak kering dan daging serta ayam yang lembut. Jus pun sedap. Jus pun cuma RM3 je. Kalau kat Nando's mahunya dekat RM7 segelas jus. Kimi bersemangat makan, padahal masa mula-mula sampai dia masih dok merengek nak makan di Pizza Hut. Komen Kimi: "Ermmm sedapnya. Pa, lepas ni kita tak payah pergi makan kat tempat lain ye, makan kat sini je." Hahahaha.. Kimi kalau jumpa tempat yang sedap, memang dia cakap macam tu. Minggu lepas di El-Migos, AEON Tebrau City pun dia cakap benda yang sama juga. Satu lagi tempat yang dia suka ialah Sedap Corner. Kalau pergi Sedap Corner, menu pilihan dia sama je... Mee Goreng! Saya tak berapa suka ke Sedap Corner, sebab bagi saya makanan yang rasa biasa-biasa aje, tapi harga mahal! Bayangkan sepinggan Mee Goreng Kicap pun harganya RM10! Kalau kami pergi Sedap Corner pun sebab ikutkan selera anak-anak.

Semalam di Al Hanin kami cuma bayar RM53 untuk makanan dan minuman. Kalau pergi Kenny Rogers, El-Migos atau Nandos bil kami 2 kali ganda dari itu :). Saya sangat puashati! Menu memang asli arab tetapi dengan sedikit touch melayu sebab ada air lada tu. Yelah kan Melayu ni kan kalau makan tak sah kalau tak pedas :). Jadi lepas ni kalau nak makan makanan arab yang sedap... bolehlah ke Restoran Al Hanin di 

No. 2 Jalan Idaman 3, Taman Larkin Idaman, Johor Bahru Johor. 
Hj Zulrahim 0167474898 / 07-2212759
GPS: 1.494239,103.752168
Waktu perniagaan : 10:00 pagi - 10:00 malam

Saya beri 5 bintang utuk makanan dan 3 bintang untuk suasana restoran :). 3 bintang je sebab susunan agak berterabur... tapi qasidah memang best!

Monday, May 7, 2012

Restoran Aroma Barat - Setia Tropika

Tiga minggu lepas ada keluar rencana dalam Utusan Malaysia tentang restoran makanan barat yang sedap di Johor Bahru - Restoran Aroma Barat. Jadi hujung minggu lepas kami mencari restoran tersebut berpandukan alamat yang tertera di dalam Utusan Malaysia.. Jalan Setia Indah 1/4, Taman Setia Indah. Punyelah bersemangat nak mencari, masuk je maghrib cepat-cepat solat dan terus masuk kereta. Sampai ke alamat yang dituju, tak jumpa kawasan kedai pun di Jalan Setia Indah 1/4. Kedai semua kat kawasan Jalan 3/**. Kami pusing, sampai ke Taman Mount Austin, pusing semula. 4 kali kami pusing dan yang pasti Jalan Setia 1/4 tu adalah kawasan rumah!! At last makan malam kat Pizza Hut di Setia Tropika je.

Tak puas hati betul dengan Utusan Malaysia ni. Beri alamat pun salah. Balik ke rumah, saya buka tanya Pakcik Google. Memang betulpun alamat dalam Utusan Malaysia  tu salah... sepatutnya Restoran Aroma Barat, Jalan Setia Tropika 1/14. Jadi hari selasa tu kami pun ronda semula untuk mencuba. Alhamdulillah selamat sampai. Tuan punya restoran pun ada cerita, ada customer yang pusing-pusing 3 jam cari restoran mereka. Hahaha, kami dah angkat bendera putih lepas sejam!

Ok, bab nak komen pasal makanan pulak. Saya dan Izzad ambil menu yang sama, grilled chicken chop with black pepper sauce. Amira dan Nurina memilih spaghetti dengan kuah merah (tomato) dan fish and chips untuk Fahmi dan Hakimi. Tak sempat nak ambil gambar pun. Jadi pada pendapat dan selera saya, Aroma Barat memang jauh lebih sedap dari Papa Chop Mama Grill di Bukit Dahlia tu. Berkali ganda lebih sedap dari steak di restoran 2 in 1 - western food and yong taufu di Jalan Balau, Taman Rinting. Sos lada hitam yang cukup rasa, ayam pun digrill sempurna dan coleslaw pun sedap. Pemilik yang ramah, dia sendiri datang ambil order. Masa menunggu pun tak lama sangat, sebab kami sampai awal - kami shopping di tesco dulu. Lepas maghrib terus cari restoran. Ok ni bab nak komplen sikit. Saiz menu yang kecil - tak cukup untuk mengalas perut orang dewasa! Kentang goreng boleh dilebihkan sedikit. Untuk spaghetti pulak, sos tomato terlalu banyak lada hitam. Rasa lada hitam yang terlalu kuat mengganggu rasa kuah spaghetti. Fish and chip - rasanya macam ikan dan kentang goreng :)

Secara keseluruhannya boleh saya beri markah 7/10. Pilihan kedua untuk kami kalau malas sangat nak ke BBQ Chicken di Aeon Bukit Indah. Jadi kalau sesiapa nak cuba masakan barat yang sedap, bolehla cuba Restoran Aroma Barat di Setia Tropika.