Nuffnang Ads

Friday, September 21, 2012

Lime chicken with brown cream sauce

Dah lama gak tengok Jess tunjuk resepi ni dalam facebook dia. Setiap kali nak cuba je, tengok fresh thyme tak ada dalam simpanan. Ahad lepas masa shopping barang dapur kat Tesco, terus ambil fresh thyme. Ingat nak cuba hari isnin.. tapi Izzad ajak pergi makan steak kat JB pulak. Hari selasa dan rabu, Izzad tak balik makan malam sebab ada badminton dan futsal. Jadi semalam baru boleh cuba resepi ni... Mudah sangat dan sedap! Cuma lain kali kena kurangkan sikit thyme dan lada hitam.. sebab kombinasi dua bahan ni kalau terlebih, kuat sangat rasa lidas kat lidah...

So, mari kita tengok bahan-bahannya
Bahan A
1/2 ekor ayam potong ikut suka (kalau guna 4 keping dada ayam lagi bagus, senang nak empuk)
3-4 sudu besar minyak olive
1 1/2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
3 - 4 tangkai fresh thyme. (kalau guna thyme kering, lebih kurang 1 sudu besar)
3/4 sudu kecil garam

** Campurkan semua bahan A, gaul sebati dan perap dengan ayam sekurang-kurangnya satu jam. Kalau nak masak untuk dinner, bagi yang bekerja tu, pagi sebelum gerak ke office dah boleh perap ayam dan simpan bertutup dalam peti sejuk **

Dah siap perap, panaskan non stick pan dengan api kuat. Bila dah kuali dah panas, grill ayam perlahan api. Grill lebih kurang 5 - 10 minit setiap bahagian. Bila ayam dah masak, perahkan dengan sebiji jus lemon atau limau nipis dan 20gm butter. Balik-balikkan ayam supaya sebati dengan jus lemon dan butter. Angkat ayam dan tutupkan selama 15 hingga 30 minit. Tujuan kita simpan ayam bertutup adalah untuk biar ayam terus masak dengan suhu yang diperangkap. Orang putih kata kita "rest"kan ayam tu. Jadi nanti ayam kita tak kering. Kalau panggang ayam pun saya biasa "rest"kan ayam lepas dipanggang. Ayam tak kering, tak liat... jadi elok je.

Lepas angkat ayam, masukkan air dan minyak lebihan perap tadi ke dalam kuali (tak payah basuh kuali tu). Tambahkan 1 sudu besar tepung dan kacau. Tambahkan 2 sudu santan atau cream. Tambah garam jika perlu. Angkat sos.

Side dishes:
brokolli celur
carrot celur
cherry tomato
french fries atau nasi yang digaul garam dan minyak olive

Masa nak hidang tu, tuangkan sos atas ayam.... lebih kurang macam dalam gambar ni le.. :)


Cubalah..., satu jam boleh settle.. siap kemas sekali ;)


Monday, September 17, 2012

"Make a lie big..." - kuasa pembohongan yang didendang berterusan

"Make a lie big, make it simple, keep saying it and eventually they will believe it" - quoted Adolf Hitler

Saya bukan mahu mempromosi Adolf Hitler, walaupun saya lama menetap di Jerman. Nilai-nilai yang ada dalam masyarakat Jerman banyak mencorakkan pemikiran saya. Tapi satu yang tetap kekal, jati diri saya sebagai seorang melayu muslim dan sebagai rakyat Malaysia.

Saya bersetuju dengan apa yang Adolf Hitler katakan. Sesuatu pembohongan itu, jika didendang berulang kali, lama kelamaan akan dianggap benar dan diakui sebagai fakta. Sudahnya mana yang betul, mana yang salah pun, kita sendiri tidak tahu. Begitulah yang berlaku dalam senario politik masakini dalam negara kita. Fakta palsu dan fitnah seringkali dihebahkan berulangkali hingga akhirnya diterima ramai sebagai berita yang benar! Begitu besar kuasa mengadu-domba. Jadi tidak hairanlah jika Allah swt mengutuk perbuatan adu domba ini, kerana sesungguhnya ia memang merosakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Semalam saya menghadiri jamuan Aidilfitri di rumah junior saya semasa di Jerman. Alhamdulillah saya berpeluang bertemu dengan rakan-rakan lama. Bila dah berkumpul, timbul juga isu politik dalam perbualan kami. Memandangkan saya dan mereka dulu merupakan kumpulan pelajar yang simpati pada Anwar Ibrahim dan pro reformasi, jadi kami sempat bertukar situasi terkini. Tergelak saya bila seorang rakan, yang dulunya merupakan penyokong tegar ADIL, bersungguh-sungguh menggelengkan kepala bila diajukan nama Anwar. Memang betul-betul dah berpatah arang, berkerat rotan dengan AI. Masing-masing tersenyum mengenang masa silam sewaktu kami berkobar-kobar dengan semangat reformasi yang diperjuangkan Anwar. Sambil mengulit nota kuliah, kami bertikam lidah di mailing list yahoogroups antara kumpulan pro kerajaan dan pro reformasi. Dahulu tiada Facebook, Twitter dan blog pun hanya digunakan untuk merakam kenangan sebagai pelajar di tempat orang. Tak ramai yang mendedikasikan diri untuk berpolitik di alam maya melalui blog. Kami hanya berpolitik di mailing list, di bawah jambatan ketika berkumpul untuk ber BBQ juga bila ada makan-makan di rumah rakan. Alhamdulillah kepada yang kini sedar bahawa individu AI yang diperjuangkan langsung tidak berhak diberikan simpati dan sokongan, dan saya akan terus berdoa agar rakan yang masih dibuai kata-kata manis "perjuangan untuk membebaskan negara dan bangsa dari kuasa zalim kerajaan semasa" akan tersedar dari mimpi.

Allah selamatkan Malaysia dari kemusnahan dan moga Malaysia kekal aman dan makmur.

Friday, September 14, 2012

Misi terlaksana

Lama dah saya tak menulis. Dalam tempoh mendiamkan diri, banyak perkara yang berlaku. Banyak benda yang nak ditulis, sampai tak tahu nak mula dari mana. Ok, saya mulakan dengan misi untuk 'membebaskan' Hakimi dari diaper. Alhamdulillah, seminggu sebelum puasa, kami berjaya melatih Hakimi tanpa diaper sepenuhnya. Hari pertama, 15 Julai 2012 dengan sekali kemalangan kecil. Hakimi terlupa dan terlepas di Jusco Permas Jaya. Nasib baik pakai jeans dan dia terlepas sikit je, dan saya memang sediakan seluar ganti. Hari-hari berikutnya, kena banyak dan selalu bertanya: "Kimi nak pergi toilet tak?" Jawapan yang selalu Kimi beri: "Mama, dia kata belum buat air kencing lagi." What??? Saya faham maksud dia - dia tak rasa nak buang air kecil lagi -, tapi kenapa dia formulakan ayat macam tu? Mungkin kat logik dia, bila kita nak minum kopi (air), air sirap, air milo, kita kena buat (bancuh) dulu kan... jadi logiknya, air kencing pun kena buat dulu dalam perut sebelum dikeluarkan?? Hahahaha, ada-ada je Kimi ni. Macam biasa, kena betulkan pemahaman  dia.

Dan sejak cuti raya di Terengganu (hampir sebulan dah) saya berjaya berhentikan Fahmi dari menyusu badan. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Raya di Terengganu kali ni saya agak sibuk di dapur sebab mertua saya tak ada maid. Maid dah balik Indonesia dan pengganti belum dapat lagi. Bukan masak pun sebab makanan semua mertua saya tempah je, tapi uruskan hal-hal di dapur yang lain: cuci-cuci, kemas-kemas, pastikan air, kuih, cawan dan pinggan mangkuk bersih sentiasa ada di ruang makan dan ruang tamu. Yelah, selama ni maid ada untuk pastikan semua benda tu siap, jadi bila maid tak ada, kenalah tolong mana yang patut. Nak ikutkan tak banyak mana pun kerja-kerja tu sebab adik ipar lelaki saya, Anje rajin menolong mami. Bila saya kerap di dapur, secara tak langsung, Fahmi terbiar sendiri bermain dengan sepupu-sepupu dan kakak-kakak. Bila jarang dengan saya, dia jadi lupa nak menyusu. Saya pula bila buatkan susu untuk Kimi, sediakan juga susu untuk Fahmi. Malam pun dia tidur sendiri, mungkin sebab terlalu penat bermain, sampai tak ingat nak menyusu. Cuma seminggu lepas raya Fahmi demam, adalah 2, 3 kali dia menyusu dan lepas tu memang berhenti terus. Kadang-kadang dia datang mengendeng dan merengek, tapi saya kata tak boleh. Menangislah sekejap.. lepas kena pujuk, ok je. Sekarang ni kalau tanya: "adik nak n***n?" Dia akan jawab: "Eh, Cami tak boleh n***n la, Cami puasa." Eish.. pening kepala! Ni tentu ikut dialog dalam siri Upin & Ipin - "... kamu kan puasa, tak boleh minum."

Misi ke 3 adalah untuk memisahkan Hakimi dan Fahmi dari tidur malam bersama kami. Kira-kira dua minggu lepas, saya alihkan almari-almari Kimi dan Fahmi masuk ke bilik mereka. Tak sangka mereka teruja dan bila saya ajukan cadangan supaya Hakimi tidur di bilik sendiri, dia terus jawab "OK!". Saya yang blur sekejap, sebab tak sangka lawa-lawa ayam saya dia terima semudah tu. Rasa nak tarik balik, tapi takut dia keliru. Jadi malam tu terpaksa relakan Kimi tidur di bilik dia sendiri. Fahmi pulak, bila tengok Kimi tidur di bilik tengah, dengan dia sekali tak mahu tidur dengan saya. Jadi malam tu buat pertama kali sejak 9 tahun saya tidur tanpa ditemani anak-anak! Ops.. ada sekali, masa mengandungkan Kimi, Amira dah tidur di bilik sendiri dengan Nina.. tapi dah lama sangat dah, sampaikan saya hampir lupa ;).

Dalam masa 2 bulan, 3 misi telah terlaksana tanpa saya duga. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna tanpa stress. Sekarang ni, kadang-kadang Kimi dan Fahmi masih bangun awal pagi, sekitar pukul 3 - 5 pagi dan datang ke bilik saya. Kadang-kadang Fahmi seorang, kadang-kadang Kimi je, ada hari tu dua-dua sekali. Dalam seminggu, adalah 2 - 3 hari diaorang tidur sampai ke pagi di bilik diaorang. Saya tak rigid sangat dalam hal ni. Kita kena faham yang mereka dalam proses peralihan, jadi mereka perlu diberi masa secukupnya. Kadang-kadang kalau mereka kata nak tidur dengan saya, saya benarkan. Sebolehnya saya tak mahu mereka rasa diketepikan....