Nuffnang Ads

Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Tuesday, October 6, 2015

Brownie Kedut aka Chewy Goey Brownie

Minggu lepas saya buat Brownie Kedut aka Chewy Goey Brownie. Resepi dapat dari Afzan Mohd di FB. Semoga murah rezeki beliau yang tak lokek berkongsi resepi. Siap pesan lagi dia halalkan kalau orang nak buat berniaga! Ada sesetengah orang tu, dah kongsi resepi kat FB tapi bila orang dok share tak beritahu, dia marah-marah. Tak faham betul. Dah share kat FB, lepas tu set untuk tatapan umum, biasalah orang anggap memang kita betul-betul nak share kan? So tak perlulah nak sentap tak tentu pasal, iye tak? Dia tak tahu berapa banyak pahala dia dapat bila ramai orang yang share dan ramai pulak yang dapat manfaat dari resepi tersebut. 

Ok saya pun nah share resepi Afzan, moga resepi ni jadi amal jariah beliau kelak. InsyaAllah.. Betul kata Afzan, brownie ni tak terlalu cakey dan tak terlalu chewy. Sangat sedap! Bahan pun tak mahal sangat dan berbaloi untuk dicuba. Ok jom kita tengok resepinya..

Brownie Kedut
Brownie Kedut

Bahan 1:
100g butter suhu bilik - buttercup atau sebarang jenis butter lain
100g gula biasa
90g gula perang
2 biji telur - saya guna 3 biji sebab saiz telur kecil

Bahan 2:
40g dark chocolate button Beryl - saya guna Selbourne
Secubit nescafe - saya guna 2 sudu teh kopi pekat sebab kehabisan stock nescafe

Bahan 3:
100g tepung gandum
40g serbuk koko
3g garam - saya tinggalkan garam sebab guna salted butter
** Gaul bahan kering dan ayak
Bahan 4:
90g dark chocolate button

Cara:

  1. Campurkan butter, gula biasa, gula perang. Panaskan dengan api perlahan sampai butter cair. Bila nampak macam ada lapisan minyak, ketepikan dari api.
  2. Gunakan whisk dan kacau seketika hingga suam, dalam 1 minit macam tu. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. Adunan akan jadi sedikit likat. Kacau hingga betul-betul sebati.
  3. Kemudian ketika masih suam, masukkan bahan-bahan 2. Kacau hingga coklat cair. Adunan akan jadi likat.
  4. Gunakan spatula. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik setiap kali selepas masukkan tepung. Kaup balik hingga adunan jadi licin. Tunggu 5 minit.
  5. Masukkan bahan 4 dan kacau sekali dua sahaja. Tuang dalam adunan 8x8 inci yang dialas kertas pembakar. Bakar selama 25 minit sahaja pada suhu 160 C. Kalau suka boleh tabur nut sebelum bakar. Dah siap boleh keluarkan dari oven dan tunggu sejuk baru potong. 

Brownie ni sedap kalau dipanaskan 20 saat dalam micro wave sebelum dihidangkan. Choc button dalam tu akan cair sedikit. Tapi kalau makan macam tu je pun dah ok.. Kalau nak potong, gunakan pisau yang tajam dan lap bersih pisau sebelum potongan berikutnya. Dengan cara ni akan terhasil potongan yang bersih dan cantik. Tapi untuk makan sendiri ni saya main taram je... anak-anak pun dah tak sabar tunggu... Jadi apa lagi.. cubalah!



Wednesday, January 30, 2013

Azam @1 dah tercapai :)

Antara perkara yang nak saya buat di tahun baru 2013 ialah belajar berenang. Jeles tengok Nina dan Mira dah pandai berenang. Hakimi pun makin ligat kat dalam air. Yang penting pakaikan pelampung kat lengan kiri dan kanan, ha dia terjun je dalam air.. berguling-guling, sekarang ni siap boleh kuak dari kiri ke kanan swimming pool lagi! Dan sabtu aritu, dia dah mula berenang dan ambil nafas kiri, kanan macam orang lumba renang tu... teruja betul tengok dia!

Mula-mula saya bercadang nak daftar masuk kelas renang tahun ni. Fikirkan takut tak dapat nak beri komitment pada kelas sebab sekolah pun dah mula, saya cuba belajar sendiri dulu dengan bantuan anak-anak. Mereka ajar saya cara bernafas: bubbling, ambil nafas. Lepas tu mereka ajar cara kuak kaki. "Mama kena bubble dan kuak kaki seratus kali tau, macam kitaorang dulu". Haaa 100x?? Ikut je la cakap "cikgu-cikgu kecik". Bagus anak-anak mama, tak sia-sia mama dan papa labur RM hantar mereka ke kelas renang. Lepas tu sikit-sikit berani floating dan masukkan muka dalam air, tahan nafas dan hembus nafas dalam air sebelum angkat muka ke udara semula. Bila dah rasa confident, mereka ajar untuk mula berenang pula: "Mama angkat dan luruskan tangan ke depan, lepas tu mama lompat ke depan dan gerakkan kaki, kuakkan tangan, cuba mama buat". Banyak kali cubaan failed, saya tenggelam.. hahahaha. Masa ni Izzad dok perati je anak-anak 'ajar' mama diaorang. Usaha tangga kejayaan kan? Selepas beberapa kali tenggelam timbul, saya berjaya menguakkan diri hingga ke tepi kolam. Masa tu darjah confident dah semakin bertambah :). Tapi saya masih tak berjaya untuk <<kuak-ambil nafas-kuak>>. Gerakan saya hanya <<kuak-ambil nafas-tenggelam>>. Tak puas hati betul.

Minggu lepas kami ke kolam renang lagi. Renang dah jadi rutin mingguan kami sekarang ni sebab kalau tak, Kimi pasti meragam dan tak nak ke sekolah. Jadi setiap hari pujuk dia dengan: "Kimi gi sekolah dulu, nanti hujung minggu kita g swimming, ok?" Dan saya sambil-sambil bawa Fahmi ke kawasan dalam, biasakan dia dengan persekitaran kolam, cuba mengasah skill untuk berenang. Sejam pertama masih juga saya <<kuak-ambil nafas-tenggelam>>. Setengah jam sebelum balik, saya berjaya  buat 3 kali gerakan <<kuak-ambil nafas-kuak>> dan lepas tu tenggelam. Izzad dok perati je dan dia bagi lagi tips: "Ayang kena hembus nafas sampai habis masa dalam air, naik tu just untuk ambil nafas je. Memanglah badan akan tenggelam lepas tu, tapi jangan panik, rilekskan badan, cuba kuak semula untuk naik. Jangan kelam kabut!" Kata kunci KELAM KABUT... hahaha kalau tak kelam kabut, bukan saya namanya! ;) Cubaan kedua, separuh kolam renang dan akhirnya dari kiri ke kanan kolam renang berjaya saya renangi. Ohhoho saya sangat puas hati! I'm proud of myself. Mula-mula kelam kabut, tapi bila dah dapat teknik, baru ok. Lebih seronok bila Izzad keluarkan statement: "Nina, Mira, tengok mama korang pun dah pandai berenang. Kimi pun dah pandai (walaupun dengan pelampung). Adik (Fahmi) je yang tak pandai lagi." Nak tunggu Izzad puji direct? Memang mimpilah kan... ;)

Sebenarnya, saya memang takutkan air dalam sejak kecil lagi. Dulu kat kampung, kalau tak ada air, saya pergi mandi kat sungai belakang rumah, tapi mandi kat tepi-tepi je. Orang menyauk ikan, saya masuk juga ke dalam sungai, tapi dalam hati punyelah takut. Ni kes seronok sangat bila dapat ikan dan udang, tu yang takut pun main redah je sungai dan parit. Tak tahulah kenapa banyak sangat imaginasi masa tu: ada buayalah, ularlah, dan macam-macam lagi dalam sungai tu yang akan makan kita. Bila umur dah meningkat ni <<sebut tua je senang kan?? hahahha>> barulah tergerak hati nak belajar berenang. Rupanya untuk berenang ni, yang penting kena rileks, tak boleh kelam kabut. Bila rileks, boleh je kuak tangan dan kaki untuk naik semula ke atas ambil nafas. Memula memanglah akan tenggelam tapi jangan panik, kuak semula perlahan-lahan ke atas dan ke depan. Ambil nafas semula dan biar je badan tu jatuh dalam air, sambil tahan nafas tu kuak semula ke atas dan ke depan.. begitulah seterusnya. Hehehehe melebih-lebih la pulak nak mengajar orang kan? :)

Sekarang ni tinggal Fahmi je yang masih takut nak berenang. Nak masuk air yang tempat dalam tapi mama kena pegang dia je.. mana larat....

Friday, December 28, 2012

Dark Purple Dendrobium

Hari Selasa kami selamat sampai ke rumah semula selepas bercuti-cuti hujan di Terengganu sejak Khamis malam. Kami berhujan sampai ke Kota Bahru menghadiri majlis akikah Dhia Izzandra, anak adik ipar saya Izzwan dan isterinya Dian Farhana. Nama macam omputeh kan? Ni kes sebab nak juga IZZ kat depan nama tu. Banyak manalah pun pilihan nama IZZ*** tu kan. Dalam hujan-hujan pun kami redah juga ke Taman Tamadun Islam. Telinga ni dah naik bingit bila setiap kali balik ke PG dari Terengganu, anak-anak mesti komplen: "Kita balik Terengganu tak pernah pergi TTI dan pergi Masjid Kristal". Bukan tak nak pergi. Cuma setiap kali balik Terengganu ketika musim cuti raya, siapa yang larat nak mengharungi jammed untuk ke bandar tu? Jadinya kalau balik Terengganu kami hanya melepak di rumah aje, ziarah rumah saudara mara sebelah mami, makan-makan, tidur... :)

Sebelum balik Terengganu, bunga orkid 'Deep Purple Dendrobium' yang saya beli di Ikea pada Febuari lepas memang dah lama berputik. Tak sabar tunggu dia mekar. Pagi Rabu tu rasa nak melompat bila tengok kelopak-kelopak purple gelap orkid saya yang sangat cantikkkk. Indahnya ciptaan tuhan! Ini kali kedua Deep Purple Dendrobium saya berbunga, tapi kali pertama dulu tak menjadi sangat. Sedang dia nak berkembang saya ubah kedudukan pasu, jadinya semua putik-putiknya gugur. Sedihnya masa tu.... :'(

Baru dua kelopak yang kembang... :)
Jadi sekarang ni tiga Orkid saya sedang 'tersenyum kembang' di berandah rumah. Tuan punya pun sambil menaip dok tersenyum sendiri. Minah bunga?? Hahahaha ye la kot. Tapi saya cuma minat kat bunga-bunga hidup je. Bunga plastik saya kurang minat. Susah nak jaga! Dah puas sejak kecik-kecik dulu kena jaga, cuci bunga plastik kat rumah mak. Dah ada rumah sendiri, semua nak yang mudah nak diselenggara sahaja. Bunga hidup kalau berhabuk, kita bawa je dekat punca air dan jirus. Hilanglah segala habuk... Kalau dah mim-alif-lam-sin tu, ada aje alasannya kan? ;)

Deep Purple Dendrobium joins the club

Saturday, December 8, 2012

Tambahan koleksi Orkid

Dua minggu lepas saya dan anak-anak balik kampung sebab mak demam teruk. Adik dan Abang Noh pun balik juga. Kiranya 6 anak-anak mak daripada 8 orang ada kat kampung masa tu. Kak Mah dan Abang Ceh je tak balik. Rasanya mak demam rindu cucu kot. Sementara kami kat kampung, pastikan mak makan ubat ikut masa, makan ikut masa dan banyakkan minum air. Lepas 3 hari kat kampung, mak dah beransur sihat. Hari keempat, mak dah bertambah sihat dan mula masak nasi! Hehehehe, hebat kan penangan anak-anak? Jadi... anak-anak kena rajin jenguk mak, ayah kat kampung. Kadang bukan wang ringgit yang mereka harapkan. Kehadiran kita dah cukup buatkan mereka bahagia dan gembira. Errr tapi kalau mak dan mertua memang harapkan $$$, kenalah siapkan dua-dua sekali, balik kenalah berisi, iye tak? ;p

Balik kampung kalau kebetulan terkena hari Khamis, acara wajib yang anak-anak minta ialah ke pasar lambak. Pasar lambak?? Sesetengah orang mungkin tak biasa guna istilah pasar lambak. Pasar minggu tahu kan? Sama je bendanya, pasar lambak@pasar minggu@pasar malam. Cuma pasar malam tu, sesuai dengan namanya, waktu jualannya hanya pada waktu malam. Err ada ke pasar malam waktu siang? hehehehe ;p. Jadinya pagi Khamis tu saya, Kak Iya dan adik buat rombongan kanak-kanak tadika ke pasar lambak. Penat nak mengawal 6 orang kanak-kanak ribena yang kalau boleh semua benda nak dibeli dan diangkut balik ke rumah. Dengan panasnya lagi... Sudahnya Amira dan Nurina dapat tudung sorang sehelai. Kimi dan Fahmi dapat baju tidur Angry Birds. Sejak hari rabu lagi dia dah pesan "Ma, Kimi nak pegi pasar lambak. Kimi nak baju Angry Birds malam. Kimi nak pakai kat rumah atuk." Pakai baju tidur pasar lambak je? Errr kisah apa saya. Saya bukan label freak ok! Ada jenama ok, tak ada jenama pon sapu jugak.

Untuk saya, siang-siang Kak Iya dah beritahu. "Dot, orang yang jual orkid tu dah ada semula. Cantik-cantik tau orkid dia." Aiyoo Kak Iya ni memang sengaja membakar saya. Jadinya sebab ada tukang bakar, saya berjaya menyambar 2 pokok orkid dan dua pokok lain untuk rumah Melaka. Orkid tu cantikkkkkkkkk sangat. Nampak tak banyak kk yang saya taip? Konon nak membayangkan betapa cantiknya Orkid tu la.... :). Tapi serius.. cuba tengok kat bawah ni, memang cantik kan? Betul tak? :8  <-- kembang hidung kejap :)

Haaa.. cantik kan orkid baru dalam koleksi saya ni?
Ahahaha koleksi la sangat.... Padahal baru ada 4 batang pokok orkid je pun. Baru ada 4 pokok dah berangan nak sebut koleksi.... :D


Sunday, February 12, 2012

Assam Laksa express

Entri tentang makanan pulak hari ni. Nak ubah blog jadi blog masakan ke? Hehehe takdelah. Pernah berangan nak buat blog masakan, tapi rasanya tak kot... sebab bukan pandai masak pun saya nih.. Selalu main taram je. Yang penting anak-anak suka ;)

Dulu masa tinggal di Jerman, laksa merupakan menu yang selalu saya buat samada untuk makan tengahari atau makan malam, sebab ia sangat mudah untuk disediakan. Saya cuma perlu beli sardin dalam tin. Sardin tu bukan bersos tomato, cuma air dan minyak saja. Mudah nak dapat dan murah mungkin sebab orang itali, turki yang tinggal di Jerman memang suka makan ikan tu kot. Sejak balik ke Malaysia, ada sekali saya buat laksa sebab teramat malasnya nak rebus ikan, buang tulang, blend.. banyak kerja dan leceh! Masa dok merewang-rewang kat blog Wendy, saya terjumpa resepi assam laksa dia yang menggunakan sardin dalam tin, sardin dalam sos tomato! Mulanya saya agak skeptikal. Boleh ke? Tak pelik ke rasanya nanti? Tapi saya beranikan juga untuk mencuba. Saya tak ikut resepi Wendy, sebab saya dah biasa dengan cara saya buat laksa yang saya belajar dari Faridah. Cuma saya ambil idea menggunakan ikan sardin tu je.



Sesiapa yang berminat bolehla cuba resepi ni.

Bahan kuah:
1 tin sardin, ambil isi saja
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk cili
3 batang serai - dititik
1 bunga kantan - belah 4
5 tangkai daun kesum
2 keping asam gelugor
sedikit belacan
sedikit minyak
garam dan gula secukup rasa
2 paket laksa - rendam seketika dengan air panas, toskan

Sayur rampai:
hirisan timun
hirisan iceberg salad atau butterhead salad
hirisan bawang merah
hirisan cili
limau kasturi
telur rebus

Cara buat kuah:
1. Kisar bawang merah dan bawang putih, ketepikan.
2. Kisar isi ikan sardin, ketepikan
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang yang telah dikisar sekejap, masukkan serbuk cili, tambahkan air dan biarkan sedikit garing. Masukkan serai, asam gelugor dan ikan sardin yang dah dikisar. Tambahkan air. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
4. Masak lebih kurang 20 minit. Tambahkan air kalau pekat. Tambah belacan, garam dan gula ikut selera. Hidangkan panas dengan laksa dan sayuran... :)

Friday, February 10, 2012

Oh bunga orkidku....

Dalam entri lepas saya ada cerita pasal beli bunga orkid kat IKEA kan? Satu besar dan satu lagi kecil. Dua-dua warna purple. Yang kecil tu purple muda, yang besar tu purple gelap. Sangat cantik (ikut selera mata sayalah). Dah lama berangan nak bela orkid ni. Asyik tak jadi beli je.. Adik dok perli-perli: "orkid tu bunga orang kaya". Err iye ke? Argh.. tak kisahlah, walaupun tak kaya, tapi saya nak jugak orkid ;p

Dan pagi ni masa saya trimm pokok Ficus kat tepi rumah, Hakimi dengan selambernye memangkas pokok orkid kesayangan saya dengan raket badminton. Habis tergolek pokok orkid tu kat atas flower beet. Huwaaaaaaaa rasa nak menangis! Bunga dah terpatah, terputus, tak boleh disambung! Sampai hati Hakimi... uhuk uhuk uhuk. Dahla penat nak mengayat Izzad untuk benarkan saya bela orkid. Tak sampai seminggu jadi pemilik orkid, pokok dah ranap. Apekah, apekah ini satu tanda, yang saya tak sesuai jadi pemilik orkid?? :(


Ni le rupenya orkid yang dah selamat dismash oleh Hakimi pagi tadi.... Harap dapat bertahan seminggu dalam botol mayonis yang disampul dengan aluminium foil ni.

Tuesday, September 20, 2011

Baju Flowergirls

Alhamdulillah misi saya menjahit 3 helai baju flowergirls untuk Majlis Sambut Menantu adik ipar, Izzwan telah selesai. Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Lagi bersemangat untuk belajar jahit dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya, baju-baju saya dan anak-anak tak perlu dibeli atau ditempah lagi...


Inilah hasil kerja projek jahitan baju-baju flowergirls saya...

Thursday, May 26, 2011

Baju untuk Flowergirl

Adik ipar yang bongsu akan menamatkan zaman bujang September nanti, insyaAllah. Jadi saya ditugaskan untuk menjahit 3 helai baju untuk flowergirl pada majlis tersebut. Hmmm... kalau baju kurung memang no problem la... dress ni kena makan masa sikit. Tak pernah buat pun dress sebenarnya... huwaaaaaa. Tapi kalau tak cuba, sampai bila pun tak akan tahu kan? Jadi, saya terima cabaran.. hehhehe

Baju Flower girl yang dah siap... :).
Tema yang mak mertua minta ialah hitam/grey@silver/putih. Kira-kira sebulan sebelum majlis, tetiba mak mertua tukar tema kepada hitam/gold. Macam mana ni? Baju dah separuh siap.. Nak kena stop jahit dan tukar tema ke? Saya agak kesuntukan masa nak mencari kain, potong dan jahit. Baju saya, Hakimi dan Fahmi pun dah beli warna silver/hitam/putih. Pejam mata jelah....