Hari ini Amira mula Peperiksaan Sijil Darjah Enam Sekolah Agama Negeri Johor. Fahmi dan Hakimi dicutikan sekolah agama ekoran peperiksaan tersebut. Jadi mak ada kawan petang-petang macam ni. Sejak Peperiksaan Akhir Tahun sekolah kebangsaan tamat, Hakimi dan Fahmi asyiklah check di halaman SAPS untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka. Kadang tu sehari berkali-kali check.
Mak dia sengih je.. Tahu dah kenapa teruja sangat nak check keputusan periksa, sebab takut turun kelas! Mereka berdua tu memang kurang rajin nak belajar, tak fokus. Kalau mengadap buku, 5 minit biarkan, datang semula dah tertidur. Tapi kalau mengadap games di laptop atau telefon, berjam tak bergerak. Manalah mak mereka ni tak berangin sepoi bahasa kadang jadi taufan :)
Jadi sebelum periksa akhir tahun tempohari, mak buat perjanjian dengan anak-anak lelaki. Siapa yang turun kelas, dia tak akan dapat pegang telefon mama, papa, laptop selama SETAHUN! Muka Kimi yang paling cuak giler bila dengar syarat mama. Tapi mahu tak mahu terpaksa setuju.. hahahaha
Petang tadi sampai je rumah dari ambil Amira, Hakimi dah sibuk bertanya nombor Mykid dia. 3 Minit selepas tu terdengar suara dia menjerit "Yey, dapat nombor 10. Yey yey yey, Kimi dapat nombor 10, tak payah turun kelas." Gamaknya nombor 10 paling bermakna dalam hidup dia. Hahahahaha. Fahmi pun tak turun kelas. Malam ni boleh tidur sambil tersengin la budak berdua tu.
Punyalah takut tak dapat pegang telefon dan laptop selama setahun, gigih mereka berdua baca buku sebelum exam tempohari. Hmmm bagus juga, nanti mak boleh apply kat benda lain pulak... Boys berdua ni memang mak kena sabar lebih sikit. Allah dah beri mak senang dan mudah dengan Nurina dan Amira, jadi mak dapat peluang untuk tambah pahala dengan Fahmi dan Hakimi... Kalauuuu mak tak jadi singalah, kalau jadi singa je... pahala pun tak dapat!