Nuffnang Ads

Tuesday, September 15, 2015

Top 100 RHB-NST National Spell It Right - State Challenge, Galleria Kotaraya, JB

Pada 4 September 2015, Nurina terpilih sebagai salah seorang peserta Top 100 RHB-NST National Spell It Right - State Challenge yang diadakan di Galleria Kotaraya, Johor Bahru.

Pada pusingan Preliminery di UTM Skudai yang diadakan pada 10 April lepas Amira turut serta, tetapi tidak terpilih ke pertandingan peringkat negeri. Nurina dan 3 rakan lain dari SK Taman Rinting 3 (Nursyafiqah, Irfan Isqandar, Farid Hakimi) membawa cabaran untuk bersaing dengan peserta lain dari seluruh Johor.



Nurina tewas di pusingan akhir kalah mati (sudden death) untuk pemenang kumpulan kepada penyandang juara tahun lepas yang juga juara tahun 2015. Tak mengapa, job well done dear. I'm so proud of you!

Peserta kelima, Group 1


1 to 1 sudden death


Preliminary pada April 2015 di UTM Skudai: Nurina 3 dari kiri, Amira 5 dari kiri

Friday, June 12, 2015

Banana muffins with choc chips and honey-cinnamon walnut

Mak aii dah bersawang blog ni. Lama betul tak update.. Alasan? Hahaha sibuk kot.. tak sempat.. tak ada idea :) Ok alang-alang dah update ni, apa kata kita tengok resepi muffin pisang ni. Mudah dah sedap!


Banana muffins with choc chips and honey-cinnamon walnut

Banana muffins with choc chips and honey-cinnamon walnut


Bahan:   untuk 12 cups muffin
1 ½ cawan tepung
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
¼ st garam
¾ cawan gula castor (saya kurangkan satu sudu besar gula castor, tambahkan 1 sudu besar gula perang)
1 st esen vanilla
3 biji pisang di lecek
1 biji telur
1/3 cawan mentega cair (saya gantikan dengan minyak jagung)
Walnut – dicincang, gaul dengan 1 sudu besar madu dan ½ sudu teh serbuk kayu manis
Choc chips

Cara:
  1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat. Masukkan garam, gula dan gaulkan sebati bahan kering.
  2. Pukul telur dengan whisk. Masukkan pisang lecek, vanilla dan minyak, gaul sebati.
  3. Tuangkan bahan kering ke dalam bahan cair dan gaul sebati dengan senduk. Jangan terlebih gaul!
  4. Sudukan adunan ke dalam paper cup ¾ penuh atau lebih sedikit kalau nak dapatkan muffin yang naik gebu.
  5. Taburkan choc chips dan walnut
  6. Bakar dengan suhu 175 C selama 25 minit. Angkat dan biarkan sebentar sebelum disejukkan 

Thursday, December 25, 2014

ProKIDS di Savanna Hill Resort



Alhamdulillah hasrat untuk hantar Nurina dan Amira mengikuti Program Kembara Iman dan Solat (ProKIDS) anjuran Ustaz Ebit Lew dan Transform Training & Consultancy dipermudahkan. Saya daftarkan Nurina dan Amira pada 17.11.2014 setelah terbaca mengenai program tersebut di Facebook. Dan pada 6-8 Disember lepas, Nurina dan Amira selamat mengikuti kem 3D2N yang diadakan di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram.


Izzad, Nurina dan Amira di hadapan Dewan Savanna Hill Resort
Seminggu sebelum program, kami dah tinjau lokasi dan persekitaran. Alhamdulillah semuanya ok dan confident untuk melepaskan anak mengikuti program tersebut meningkat ke 95%. Nurina pada mulanya agak keberatan, tetapi Amira memang teruja sejak saya mula beritahu tentang rancangan kami untuk hantar mereka mengikuti program tersebut.

Selepas sesi pendaftaran pada 6.12.2014, ada sesi ibubapa bersama Ustaz Ebit Lew. Alhamdulillah banyak yang dapat kami bawa ke rumah untuk dijadikan amalan, antaranya bacaan Hadis di rumah yang lama tertangguh untuk saya mulakan.

Harapan saya dan suami agar PROKIDS akan sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk mendidik anak-anak soleh dan solehah di samping memperbaiki cara hidup kami ke arah yang lebih positif.  

Tak sangka akan bertemu anak saudara saya yang juga menghantar dua anaknya ke kem. Jumpa kawan Kama-technician Izzad yang menghantar adiknya. En Sahril, jiran selang 3 buah rumah dan Haji Azizan juga ahli kariah Surau Beringin.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Ebit Lew, En Abd Rahman Lew, Pak Mail, kru Transform dan fasilitator. Semoga usaha anda menjadi asbab perubahan positif pada anak-anak kami. 


Sesi pendaftaran - gambar ihsan FB Ustaz Ebit Lew

Sesi ibu bapa bersama Ustaz Ebit Lew - gambar ihsan FB UEL

Pooh dan Kitty menghiburkan anak-anak kecil sementara program ibu bapa bersama Ustaz Ebit Lew berlangsung - gambar ihsan FB UEL

Program untuk anak-anak - gambar ihsan FB UEL

Amira dalam kumpulan - gambar ihsan FB UEL

Nina dalam kumpulan - gambar ihsan FB UEL

Aktiviti anak-anak - gambar ihsan FB UEL

Owh Amira menangis... :"( - gambar ihsan FB UEL

Nurina... - gambar ihsan FB UEL

Buku Ustaz Ebit yang sempat kami beli.. 4 buah hanya RM70

Thursday, October 16, 2014

Review: Kedai Makan Rahmat, Kampung Pasir Putih

Dah lama tak review makan-makan. Lately ni kurang mencuba makan tempat baru, tambahan selepas my dearest berhenti smoking, dia agak fragile dan perlu jaga makan, salah makan memang kesianla. Salah satu sebab dia balik lunch kat rumah sekarang ni, sebab kurang selera nak makan di luar. Bagus juga, boleh tambah pahala masak untuk keluarga ;). Jadi saya dah ubah rutin masak dari petang ke pagi. Kadang-kadang masih masak petang juga kalau lauk habis.

Ok berbalik ke Restoran Rahmat. Ia merupakan salah satu port En Hubby makan tengahari semasa dia masih keluar makan dengan kawan satu office. Dah lama dia nak bawa kami ke sana, tapi asyik tak berkesempatan. Kebetulan mak ada datang dan menginap di rumah kami selama 2 minggu sebelum  Aidiladha tempohari, jadi bawa mak sekali ke sanaa.

Speciality Restoran Rahmat ni adalah Ikan Siakap Goreng Garing. Dimakan dengan kicap-lada-bawang dan sambal belacan. Kami buat reservation terlebih dahulu sebab restoran ni memang selalu penuh terutama hujung minggu. Kami pesan seekor siakap goreng saiz besar, udang goreng, sambal tempe, sayur kacang (ala-ala sambal goreng jawa). Anak-anak bukan jenis yang makan sangat, jadi seekor ikan memang cukup. Lagilah Kimi dan Fahmi leka tengok anak-anak ikan todak di laut, makan pun sikit je.

Komen saya:

Menu: Siakap goreng memang sedap. Sambal tempe agak manis bagi selera saya. Pisang disediakan sebagai pencuci mulut.
Service: Sangat cepat. Kami datang peak hour, tapi masa menunggu memang tak lama.
Harga: Amat berpatutan. Ok banyak kalau nak dibandingkan dengan Senibong! ;)
Lokasi: Agak memeningkan terutama untuk orang luar kerana ia terletak di dalam kawasan kampung, di tepi laut.

Ok, saya tak snap gambar pun semasa kami makan, jadi terpaksa pinjam gambar dari hungrygowhere dan johorkaki.blogspot 

Lokasi Restoran Rahmat.

Peta Restoran Rahmat. Gambar hungrygowhere.my

Restoran Rahmat
No. 3, Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor
GPS: 1.434552,103.931629
Waktu operasi: 10.30 pagi - 3.30 petang


Restoran Rahmat. Gambar dari johorkaki.blogspot


Siakap goreng garing, udang goreng, kicap-lada-bawang. Gambar dari johorkaki.blogspot

Friday, September 26, 2014

Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Child's car seat)


Baru-baru ni terbaca artikel yang dipautkan ke FB oleh seorang rakan mengenai kerusi keselamatan kanak-kanak. Artikel yang disiarkan di Paultan.org amat menarik dan patut diberi perhatian oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Malaysians need to start putting their children in child car seats when travelling in their cars


Menetap di Jerman sewaktu mempunyai anak kecil, kami terbiasa dengan undang-undang di sana yang mewajibkan kanak-kanak diletakkan di dalam kerusi keselamatan sewaktu menaiki kereta. Car seat merupakan antara barang keperluan bayi yang saya beli sebelum kelahiran Nurina dulu. Beli di Ebay sahaja dengan harga EUR57 untuk Maxi Cosi Citi. Barang baru, bukan terpakai. Mungkin penjual mendapat banyak hadiah yang sama semasa kelahiran anak, dan akhirnya menjual kembali dengan harga murah.


Nurina di dalam Maxi Cosi Citi 0-13kg

Maxi Cosi ni saya gunakan daripada Nurina hingga anak yang bongsu Fahmi, dan sekarang saya turunkan kepada anak adik yang kecil. 

Berbalik kepada kerusi keselamatan, saya setuju dengan pandangan penulis di Paultan. Pihak berkuasa di Malaysia seharusnya mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan untuk penumpang cilik. Kajian menunjukkan, apabila kita melakukan brek kecemasan sewaktu memandu dengan kelajuan kereta hanya 30km/h pun boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Cuba bayangkan apa yang boleh berlaku ke atas kanak-kanak ini di dalam kereta jika mereka dibiarkan tanpa kawalan keselamatan yang sepatutnya?

Sebilangan ibu bapa yang mempunyai MPV kadangkala bangga memuatnaik gambar anak-anak mereka bergelimpangan di bahagian belakang, kononnya untuk menunjukkan betapa luasnya MPV mereka. Mereka sebenarnya berfikiran singkat. Sayang anak tapi tak bertempat. Bayi dan kanak-kanak perlu diletakkan di dalam kerusi keselamatan yang sesuai dengan usia mereka sewaktu menaiki kenderaan.

Kedudukan bayi dan kanak-kanak kecil di dalam kereta - gambar dari internet

Kerusi keselamatan untuk kanak-kanak - gambar dari internet

Anak-anak saya memang wajib duduk di car seat sejak lahir lagi. Biasanya dari usia bayi hingga 12++ bulan memang tak ada sebarang masalah. Kadang-kadang mereka tidur sepanjang perjalanan dari Johor ke Terengganu yang mengambil masa antara 8-10 jam bergantung kepada keadaan trafik dan juga masa rehat. Tips: Biarkan anak penat bermain sebelum bertolak, bila penat mereka akan cepat lelap di dalam kereta. Kadang-kadang tak sampai 10 minit bertolak, mereka dah tertidur ;). Pada usia 13-16 bulan, akan ada fasa memberontak, di mana mereka akan menangis dan menolak bila diletakkan di dalam car seat. Ataupun mereka akan bosan dan akhirnya merengek dan menangis. Cuba alihkan perhatian mereka dengan mainan and the worst what we did - lekakan mereka dengan DVD Player di dalam kereta ;). Dan sebagai ibu bapa, kita kena tegas dan jangan mengalah dengan tangisan anak. Orang kata kena hati kering sedikit. Bila kita tegas, mereka akan tahu, menangis macam manapun, kita tak akan mengalah dan mereka akan faham dan menurut akhirnya.

Anak-anak saya pun tak terlepas dari fasa tersebut. Apa yang kami buat? Kekal dengan rules - tak mengalah dan angkat anak-anak dari car seat. Pernah sekali Amira menangis dari rumah mak ke Melaka. Perjalanan selama 1 jam 15 minit disulami dengan raungan dan jeritan Amira. Saya keraskan hati walaupun Allah je yang tahu sedihnya tengok dia menangis. Dan itulah satu-satunya episod dia menolak untuk diletakkan di car seat. Selepas tu menangis sekejap-sekejap dan boleh dipujuk. Fahmi pula ada dua kejadian dia menangis tak mahu duduk di dalam car seat sewaktu saya memandu sendiri dari Kuantan ke Muar. Sepanjang perjalanan dari Pekan ke Muadzam Shah dia tak berhenti menangis. Saya abaikan tangisan dia sebab tiada tempat sesuai untuk berhenti dan saya perlu fokus kepada pemanduan - bawa 4 orang anak tu di belakang. Kejadian berikutnya sewaktu perjalana dari Muar ke Pasir Gudang, dia tak berhenti menangis dari Machap sampai ke rumah sehingga Nurina dan Amira kehabisan modal nak entertain adik mereka. Kata kuncinya di sini, jangan mengalah dengan anak-anak dan kena bersedia untuk pekakkan telinga untuk sekali dua. Pasangan pun kena beri kerjasama juga sebab tanpa kerjasama pasangan, memang tak berhasillah.

Amira dengan Graco CarGo, Nurina dengan Graco Tri Logic, Fahmi di dalam Roemer King, Hakimi di belakang di dalam Sweet Cherry

Untuk jenama pula, beli yang mampu milik. Jenama luar negara memang agak mahal, tapi menang memakai. Saya hanya beli kerusi keselamatan bayi Maxi Cosi sekali sahaja untuk kegunaan anak-anak saya seramai 4 orang. Kerusi stage 2, Roemer King pun dipakai oleh Nurina, Amira, Hakimi dan Fahmi. Kerusi Stage 3 - Graco CarGo, sekarang ni Fahmi yang pakai. Untuk stage 4  bagi usia 8 - 12 tahun, kami belikan Nurina dan Amira Graco Tri Logic. Semuanya samada kami beli yang terpakai di Internet atau semasa jualan murah di butik kanak-kanak. Sekali modal RM300 - RM400 bagi kerusi jenama luar negara untuk kegunaan 4 orang anak dalam tempoh 10 tahun, rasanya pelaburan yang berbaloi.

Graco Car Go


Graco Tri Logic Pedic


Roemer King

Saturday, August 16, 2014

Resepi: Choc Brownie

Hari ni buat makan-makan sikit untuk staff Izzad di QA/QC dept. dan panggil staff Serimax yang tinggal satu taman dengan kami. Staff Izzad pun cuma yang di office je, yang di workshop tak panggil pun. Saya tak buat menu raya sebab fikir-fikir bila ke open house kita akan jumpa menu yang hampir sama di setiap rumah. Jadi kami buat menu western supaya tetamu makan makanan lain sikit selain ketupat, soto, rendang  etc tu. Kami buat curry wurst, lime chicken, garden salad. Dessertnya choc brownie dan juga marble cheese brownie.

Saya dapat resepi choc brownie ni dari kawan adik.. Saya kongsikan di sini... Moga berpanjangan pahala dia yang bermurah hati berkongsi resepi.




Brownies mudah

350g cooking choclate #saya guna 100g semi sweet choc (Beryls/Selbourne) +250g cooking choc
50g brown sugar #saya tambah 30-40g gula pasir
100g butter 
3 bj telur
½ cawan serbuk badam #saya letak 1/4 cawan sahaja
1 sudu teh esen vanilla
100g Kacang walnuts (chopped) #saya campurkan dengan almond
Choc chips

Ayak bersama:
Tepung 150g 
1sdteh baking powder

Cara:
Double boil choc dan butter bersama, ketepikan hingga suam
Alas loyang. Pre heat oven 180°c
Pukul telur dan brown sugar
Masukkan coklat gaul sebati
Masukkan tepung + serbuk badam sedikit sedikit sampai habis
Masukkan half kacang walnuts
Masukkan ke dalam loyang pembakar 9x9". Ratakan dan taburkan baki walnut dan choc chip. Bakar dengan suhu 170 C selama 30 minit. Angkat dan sejukkan.


Untuk Drizzle:
50 g cooking choclate
50 ml whipping cream
satu sudu besar butter
satu sudu besar golden syrup - tiada pun tak mengapa

Panaskan dalam periuk sehingga agak pekat. bila sejuk boleh drizzle atas brownie

## masa bakar berbeza mengikut jenis oven yang digunakan. masa mungkin berbeza +-5 minit.
## untuk langkah penjimatan elektrik, saya tak pre heat oven


Tuesday, May 20, 2014

Resepi : Tiramisu

Dah hampir sebulan mascarpone menginap di dalam fridge tak berusik. Hajat hati nak buat Tiramisu asyik tertangguh. Penyakit mim-alif-lam-sin memang kronik sungguh. Jadi semalam selepas menyiapkan Couscous untuk makan malam, saya buat Tiramisu. Alhamdulillah, Tiramisu masih dan tetap my preferred dessert ever :). Saya kongsikan resepi mudah Tiramisu di sini.

Tiramisu*
500g mascarpone cheese - cth Galbani mascarpone
400g lady fingers biscuit
120g gula
4 biji telur
Secubit garam
1 sudu teh vanilla
100g Coklat parut
Air kopi 

Cara:
  1. Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang dan likat **. Masukkan mascarpone dan gaulkan sehingga sebati. 
  2. Dalam bekas berasingan pukul putih telur dengan secubit garam. 30saat selepas dipukul, tambahan vanilla dan teruskan pukul putih telur hingga kembang. Kaupkan separuh putih telur ke daam campuran mascarpone + kuning telur hingga sebati. Kaupkan separuh lagi ke dalam adunan.
  3. Sediakan air kopi 
  4. Celupkan bahagian lady fingers yang tak bergula ke dalam air kopi dan aturkan dlam serving dish - yang dicelup kopi ke bawah. Bila dah siap satu lapisan, tuangkan campuran mascarpone ke atas lady fingers. Taburkan coklat parut.
  5. Lapiskan sekali lagi dengan lady fingers yang dicelup kopi. Lapiskan dengan mascarpone dan taburkan dengan coklat parut. Cukup 2 layer untuk satu serving.
  6. Lebihan, buat step yang sama untuk serving dish yang kedua. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam di dalam peti ais sebelum dihidangkan, semalaman lagi elok.

Tiramisu... urmm marvellous yummy! ;)

*Untuk Tiramisu ni saya buat separuh adunan (gunakan 3 biji telur gred B) dan gantikan biskut lady fingers dengan sponge cake. Kopi pun guna strong instant nescafe je. Rasa tetap marvellous, cuma textur agak kasar kalau nak dibandingkan dengan lady fingers.

**Boleh juga kalau nak guna teknik double boiled. Pukul kuning telur hingga kembang, ketepikan, masukkan gula dan teruskan pukul sampai suhu telur kuning turun baru masukkan mascarpone.