Nuffnang Ads

Wednesday, January 30, 2013

Azam @1 dah tercapai :)

Antara perkara yang nak saya buat di tahun baru 2013 ialah belajar berenang. Jeles tengok Nina dan Mira dah pandai berenang. Hakimi pun makin ligat kat dalam air. Yang penting pakaikan pelampung kat lengan kiri dan kanan, ha dia terjun je dalam air.. berguling-guling, sekarang ni siap boleh kuak dari kiri ke kanan swimming pool lagi! Dan sabtu aritu, dia dah mula berenang dan ambil nafas kiri, kanan macam orang lumba renang tu... teruja betul tengok dia!

Mula-mula saya bercadang nak daftar masuk kelas renang tahun ni. Fikirkan takut tak dapat nak beri komitment pada kelas sebab sekolah pun dah mula, saya cuba belajar sendiri dulu dengan bantuan anak-anak. Mereka ajar saya cara bernafas: bubbling, ambil nafas. Lepas tu mereka ajar cara kuak kaki. "Mama kena bubble dan kuak kaki seratus kali tau, macam kitaorang dulu". Haaa 100x?? Ikut je la cakap "cikgu-cikgu kecik". Bagus anak-anak mama, tak sia-sia mama dan papa labur RM hantar mereka ke kelas renang. Lepas tu sikit-sikit berani floating dan masukkan muka dalam air, tahan nafas dan hembus nafas dalam air sebelum angkat muka ke udara semula. Bila dah rasa confident, mereka ajar untuk mula berenang pula: "Mama angkat dan luruskan tangan ke depan, lepas tu mama lompat ke depan dan gerakkan kaki, kuakkan tangan, cuba mama buat". Banyak kali cubaan failed, saya tenggelam.. hahahaha. Masa ni Izzad dok perati je anak-anak 'ajar' mama diaorang. Usaha tangga kejayaan kan? Selepas beberapa kali tenggelam timbul, saya berjaya menguakkan diri hingga ke tepi kolam. Masa tu darjah confident dah semakin bertambah :). Tapi saya masih tak berjaya untuk <<kuak-ambil nafas-kuak>>. Gerakan saya hanya <<kuak-ambil nafas-tenggelam>>. Tak puas hati betul.

Minggu lepas kami ke kolam renang lagi. Renang dah jadi rutin mingguan kami sekarang ni sebab kalau tak, Kimi pasti meragam dan tak nak ke sekolah. Jadi setiap hari pujuk dia dengan: "Kimi gi sekolah dulu, nanti hujung minggu kita g swimming, ok?" Dan saya sambil-sambil bawa Fahmi ke kawasan dalam, biasakan dia dengan persekitaran kolam, cuba mengasah skill untuk berenang. Sejam pertama masih juga saya <<kuak-ambil nafas-tenggelam>>. Setengah jam sebelum balik, saya berjaya  buat 3 kali gerakan <<kuak-ambil nafas-kuak>> dan lepas tu tenggelam. Izzad dok perati je dan dia bagi lagi tips: "Ayang kena hembus nafas sampai habis masa dalam air, naik tu just untuk ambil nafas je. Memanglah badan akan tenggelam lepas tu, tapi jangan panik, rilekskan badan, cuba kuak semula untuk naik. Jangan kelam kabut!" Kata kunci KELAM KABUT... hahaha kalau tak kelam kabut, bukan saya namanya! ;) Cubaan kedua, separuh kolam renang dan akhirnya dari kiri ke kanan kolam renang berjaya saya renangi. Ohhoho saya sangat puas hati! I'm proud of myself. Mula-mula kelam kabut, tapi bila dah dapat teknik, baru ok. Lebih seronok bila Izzad keluarkan statement: "Nina, Mira, tengok mama korang pun dah pandai berenang. Kimi pun dah pandai (walaupun dengan pelampung). Adik (Fahmi) je yang tak pandai lagi." Nak tunggu Izzad puji direct? Memang mimpilah kan... ;)

Sebenarnya, saya memang takutkan air dalam sejak kecil lagi. Dulu kat kampung, kalau tak ada air, saya pergi mandi kat sungai belakang rumah, tapi mandi kat tepi-tepi je. Orang menyauk ikan, saya masuk juga ke dalam sungai, tapi dalam hati punyelah takut. Ni kes seronok sangat bila dapat ikan dan udang, tu yang takut pun main redah je sungai dan parit. Tak tahulah kenapa banyak sangat imaginasi masa tu: ada buayalah, ularlah, dan macam-macam lagi dalam sungai tu yang akan makan kita. Bila umur dah meningkat ni <<sebut tua je senang kan?? hahahha>> barulah tergerak hati nak belajar berenang. Rupanya untuk berenang ni, yang penting kena rileks, tak boleh kelam kabut. Bila rileks, boleh je kuak tangan dan kaki untuk naik semula ke atas ambil nafas. Memula memanglah akan tenggelam tapi jangan panik, kuak semula perlahan-lahan ke atas dan ke depan. Ambil nafas semula dan biar je badan tu jatuh dalam air, sambil tahan nafas tu kuak semula ke atas dan ke depan.. begitulah seterusnya. Hehehehe melebih-lebih la pulak nak mengajar orang kan? :)

Sekarang ni tinggal Fahmi je yang masih takut nak berenang. Nak masuk air yang tempat dalam tapi mama kena pegang dia je.. mana larat....

No comments:

Post a Comment