Nuffnang Ads

Thursday, January 30, 2014

Review makan: The Manhattan Fish Market, AEON Tebrau City, Johor Bahru

Hari ni cuti sempena CNY bermula. Kiddos pun cuti 6 hari, tapi kami tak ke mana pun. Balik kampung tidak, balik Melaka pun tidak, balik Terengganu? Haaa yang tu kena tunggu big boss cuti. Kalau setakat balik Melaka, balik rumah mak kat Muar, saya balik sendiri dengan anak-anak je pun tak apa. Tapi Terengganu tu jauh sangatla pulak nak drive sengsorang. Ikutkan cuti lama macam ni bagus juga balik Melaka, boleh bercucuk tanam kat tanah sekangkang kera tu, tapi penatlah pulak rasanya nak drive sengsorang. Minggu lepas baru je balik Melaka, minggu sebelum tu pun balik Melaka juga. Izzad memang dah warning sesiap yang dia "cuti tapi tak cuti" CNY ni sebab banyak kerja kat office. Kiddos ni pulak, pantang disebut nak balik Melaka, suka je nak jumpa sepupu diaorang. Kadang tu melekat kat rumah maksu, taknak balik rumah sendiri :). Puas kena pujuk baru nak balik. Itupun pagi-pagi dah merengek suruh hantar ke bawah (rumah maksu).

Malam tadi kami ke AEON Tebrau City, kononnya saya nak cari sepasang sandal Scholl dan kasut untuk jogging (hahaha badan dah mula terasa berat - lama tak swimming dan tak exercise). Sampai di AEON, kami dinner dulu kat The Manhattan Fish Market. Sebelum ni cuma lalu je depan TMFM tu, tetiba hari ni rasa nak masuk pulak. Hakimi dah merajuk sebab dia nak ke Nando's. Puaslah kami memujuk. Saya pilih Seafood Sea-esta, Mediterranean Baked Fish untuk Izzad, Spaghetti Aglio Olio untuk Amira, Cajun Chickie Marinara untuk Fahmi dan Hakimi. Nurina cuma nak Mushroom Soup je. Jadi kami order 2 Mushroom soup.

Sewaktu kami sampai, cuma 3 meja yang ada pelanggan, tetapi hidangan pertama kami hanya sampai kira-kira 30 minit kemudian! Itupun pasta Aglio Olio untuk Amira. Hampir 5 minit selepas tu Seafood Sea-esta saya sampai. Diikuti Mushroom soup, Cajun Chickie Marinara  dan Baked Fish untuk Izzad yang terakhir sekali sampai - hampir 40 minit selepas pesanan dibuat!

Rasa makanan biasa-biasa aje. Agak tak berbaloi dengan harga yang dibayar! Seafood Sea-esta saya kuat sangat rasa bawang putih! Memandangkan saya bukan penggemar bawang mentah atau apa sahaja bawang yang tak masak, kiub-kiub bawang separuh masak yang ditabur dalam sup sangat mengganggu. Sup pun rasa terlalu manis. Bagi saya, kombinasi masam manis yang tak menjadi. Shrimp Aglio Olio Amira pun biasa-biasa sahaja. Sekali lagi saya terpaksa ketepikan bawang-bawang yang didadu halus. 

Izzad kata baked fish dia pun so-so je. Nina pun tak habiskan mushroom soup. Mushroom soup kedua hanya luak suku aje. Spaghetti je yang habis, itupun sebab Hakimi dan Fahmi berkongsi menu dan saya tolong menghabiskan spaghetti Amira.

Komen kami: 
Masa menunggu : 6/10
Suasana : 8/10
Makanan : 6/10
Harga : 6/10

Rasanya The Manhattan Fish Market memang tak akan kami kunjungi lagi selepas ni. Tak berbaloi. Tak tahulah kenapa tempat ni kawan-kawan selalu up gambar dalam Facebook. Agaknya sebab nampak macam 'grand' gitu. Padahal rasa makanan biasa-biasa je... Sorry kat sesiapa yang memang suka tempat ni, selera lain-lain kan ;)


Seafood Sea-esta. Foto ihsan web TMFM

Meditarranean baked fish. Foto ihsan web TMFM

Shrimp Aglio Olio. Foto ihsan web TMFM

Cajun Chikie Marinara. Foto ihsan web TMFM

Cream of mushroom. Foto ihsan web TMFM

No comments:

Post a Comment