Nuffnang Ads

Friday, January 10, 2014

Pakar mata (Opthalmologist) di KPJ

Hari ni minggu kedua Johor secara rasmi menukar cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu. Minggu lepas saya buat temujanji dengan pakar mata di KPJ Johor Bahru untuk Nurina dan Fahmi. Nurina perlukan general check up sebab dia selalu mengadu mata kurang jelas bila membaca papan tanda dan juga di dalam kelas. Ikutkan saya memang mahu elak anak-anak pakai cermin mata ni, tapi nak buat macam mana kan? Dah Izzad pun memang pakai cermin mata sejak tingkatan 1. Saya? Hahaha saya ni si rabun yang tak sedar diri! Lepas balik dari Jerman, ada fasa saya bercermin mata sekitar 5 tahun kot.. Lepas tu rela rabun dari rimas dengan spectacle! 

Selepas buat pemeriksaan dengan Dr. Mohamad Asri Halili, pakar Opthalmology di KPJ Johor Bahru, Nurina perlu pakai cermin mata untuk tujuan pembelajaran sahaja. Maksudnya, cuma di dalam kelas sebagai bantuan untuk melihat papan putih/papan hijau dengan lebih jelas. Power memang masih rendah, 0.5 dioptri untuk kedua belah mata kanan dan kiri. Punah harapan saya untuk anak-anak bebas kanta :p. Pun masih tak berpuas hati sampai keluar soalan bodoh sebab nak menyedapkan hati kat doktor "Er doktor, kalau cuma 0.5 je, ada harapan akan pulih ke?" -dah tahu jawapan mesti tak boleh pulih punye, tapi masih gak nak dengar dari mulut doktor tu- Sebagaimana yang dijangka jawapan dari Dr. Asri..., "Memang tak akan pulih, untuk budak perempuan kemungkinan power meningkat secara mendadak tu ada". Hmmm lahai apo nak dikato? Bermato ompekla kau Nina oii. 

Selepas check si kakak, giliran Fahmi pula. Saya masih tak puas hati dengan juling air mata Fahmi. Dah dua kali saya bawa ke Regency, dan jawapoan doktor di sana boleh rujuk di sini. Jadi tujuan berjumpa Dr Asri adalah untuk mendapatkan pandangan kedua. Nampaknya pandangan kedua-dua doktor adalah sama. Juling pada tahap yang minima yang tidak menjejaskan pemfokusan mata bila melihat objek. Maksudnya pergerakan mata yang tak seragam hanya berlaku bila mata dalam keadaan santai, contohnya bila dia berangan atau memandang secara kosong. Tetapi penting untuk pastikan Fahmi tak rabun, kerana rabun boleh menjejaskan kosmetik matanya. Ok dah puas hati selepas berjumpa doktor kedua? Sedikitlah.. cuma selepas baca semula tentang juling tahap minima di web tadi, saya berharap juling Fahmi ni akan hilang. Sebab menurut rencana yang saya baca, juling dalam tahap minima akan hilang dengan sendiri. So, jangan putus harapan... ;)

Dalam perjalanan balik ke rumah, singgah sekejap di Tesco Seri Alam untuk buat cermin mata Nurina. Bingkai yang ringkas je. Mula-mula Nurina nak warna hijau!! Dah agak dah, warna 'febret' dia.. Tapi bila dah letak kat muka nampak pelik sangat, dia pun tak berkenan, jadi tukar kaler hitam je. RM160 siap lens. Esok cermin mata tu siap.

16 comments:

  1. Boleh tau berapa kos pemeriksaan mata do KPJ? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempohari untuk 2 orang anak saya, bil sekitar rm300. Lebih kurang rm150 setiap orang.. Harga lebih kurang dengan Regency Specialist +-rm20-30 je

      Delete
  2. Adakah itu pemeriksaan mata komprehensif; termasuk saraf optik & tekanan mata atau untuk power sahaja. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemeriksaan secara komprehensif termasuk saraf mata dijalankan untuk anak saya di Regency Specialist, Seri Alam dengan kos bawah RM200. Saya prefer rawatan di Regency. Di KPJ tempohari hanya untuk 2nd opinion sahaja.

      Delete
  3. Rasenya mana 1 lagi better untuk check mata regency or kpj?how about price?

    ReplyDelete
  4. Rasenya mana 1 lagi better untuk check mata regency or kpj?how about price?

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara peribadi saya lebih berpuashati dengan regency. harga pun lebih kurang.. +- rm30 je. ;)

      Delete
  5. Salam Pn Zue. Sy mencari opthalmologist in JB. Sdg google dan keluar post dri Pn, alhamdulillah.
    Ingin bertanya, di Regency, preferable Dr siapa yg bagus ya utk check mata ya? Sy penghujung 30an, klu drive mlm silau. Mmg nak consult Dr juga rather than terjah kedai cermin mata terus. Thanks in advance for any reply.

    ReplyDelete
  6. As salam.. maaf lambat reply.. anak saya dulu jumpa Dr. Yip di Regency. Saya puas hati dengan sesi konsultansi dengan beliau. Ramah dan melayan semua soalan saya ;). Sesetengah doktor tu kadang dia akan potong cakap kita kan dan terangkan dengan medical jargon yang kita tak paham, tapi Dr. Yip tak macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam, noted with many thanks, Pn Zue.
      Yup betul, mmg saya jenis yg byk tanya orgnya, selagi saya tak dpt jawapan yg concrete. :-)
      Apa pun many thanks again Pn Zue..

      Delete
  7. As Salam Pn Zue..bole syatau mcmna keadaan mata ank pn slps pemeriksaan dgn doc Yip?Sya ada anak yg mcmtu jgk,juling kedlm jd skali skala bila dia bru bgn tido,tmenung,letih (LAZY EYE)..Sya dh bwa jmp doc Yip jga n dia trgkan semua ok n juling ni ade peluang utk pulih..lg 9bln ade lg pmeriksaan. Sya x tau la dlm tempoh tu apa rwatan yg bole d buat utk bantu mata malas anak sya tu 😦😦

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.. keadaan mata anak saya (sekarang 6 tahun) dah banyak perubahan positif, masih juga ada juling air tu tapi dalam keadaan yang sangat minima - pergerakan mata hitam kiri masih lambat berbanding mata kanan. Kalau dulu memang dua-dua mata pergerakannya berterabur! Saya uji sendiri je dgn letak objek 1 feet di hadapan hidung, gerakkan perlahan dan semakin laju untuk lihat pergerakan mata hitam dia. Memang tiada rawatan lain saya buat kecuali kami banned tablet di rumah, smart phone pun sesekali je dapat pegang dan kalau nak main games pun hanya di lap top.

      Delete
    2. Ooo mcmtu. Skrng pon sya cuba kurangkn ank sya tgk tv, tgk tab,sya byk kn buat aktiviti luar mcm tgk pokok2,berbasikal...hrp2 semua tu dpt mbntu mata malas dia...tQ Pn Zue

      Delete
    3. bagus tu.. lekakan dengan aktiviti luar. Dr Yip pernah pesan pada saya dulu, pastikan mereka tak rabun! Harap mata anak En Bahthiar dan anak saya akan pulih.. ;)

      Delete
  8. Salam kak macam mana nak buat appointment untuk jumpe Dr yip tu ye..lpas tu harga untuk dewasa berapa ye.tia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Boleh call ke Regency dan minta sambung ke klinik mata utk buat appointment. Tapi masa akak pergi hari appointment tu daftar still first come first served. Harga rasanya sama..

      Delete