Hari ini, 14 Februari 2014 genap 9 tahun abah pergi meninggalkan kami. Adik PM saya tengahari tadi: "Hari ni 14 Feb, genap 9 thn dh abah tkde..." . Saya tak akan pernah lupa tarikh tu, sebagaimana saya tak pernah lupakan abah. Saya pernah bercerita tentang abah di SINI dan di SINI.. juga di SINI kepada sesiapa yang faham bahasa Jerman. Hati sebak bila teringat abah. :'( Bah, akak rindu nak berbual dengan abah, rindu nak bercerita dengan abah. Rindu nak dengar orang cakap jawa bila balik kampung, sebab abah je yang cakap jawa dengan kami... rindu abah sangat-sangat! Al Fatihah untuk abah. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang beriman di sisi Allah swt.
Nuffnang Ads
Showing posts with label abah. Show all posts

Friday, February 14, 2014
Friday, February 15, 2013
14 Februari datang lagi
Sejak 7 tahun lepas, kedatangan 14 Februari akan membuatkan saya pilu. Hari ini genap 7 tahun abah pergi meninggalkan kami. Abah pergi mengadap Ilahi selepas menunaikan rukun islam yang kelima. Abah menghembuskan nafas terakhir di Madinah beberapa jam sebelum bertolak ke Jeddah untuk mengambil penerbangan pulang ke tanah air pada 14 Februari 2005 jam 4.50 petang waktu Madinah. Hanya emak yang menemani abah hingga ke akhir hayatnya. Emak kata abah berjaya menyempurnakan syahadahnya dan hanya kalimah Allah, Allah yang keluar dari bibir abah hingga ke nafas yang terakhir. Syukur padamu Ya Allah. Abah pergi dalam keadaan yang baik.
Kesian mak terpaksa meninggalkan jasad abah sebelum selesai urusan pengkebumian sebab perlu menaiki pesawat yang telah dijadualkan. Pengurusan jenazah disempurnakan sepenuhnya oleh pihak Tabung Haji. Terima Kasih Tabung Haji! Setelah selesai urusan pengkebumian, kami telah dihubungi oleh pegawai Tabung Haji yang memaklumkan bahawa jenazah abah telah selamat disemadikan di Perkuburan Baqi' pada 15 Februari 2005. Sebelum itu jenazah abah telah disembahyangkan di Masjid Nabawi usai solat Fardhu Subuh. Alhamdulillah!
Alhamdulillah juga Allah memudahkan urusan saya untuk pulang bercuti ke Malaysia sebelum abah bertolak ke Mekah pada awal Januari 2005. Teringat kata-kata adik semasa saya beritahu, tak pasti lagi samada dapat balik sebelum abah ke Mekah atau saya hanya akan pulang bercuti untuk menyambut kepulangan abah dari Mekah. Adik kata: "Abah cakap nko kena balik jugak sebelum abah gi Mekah. Abah nak ko balik." Masa tu agak pelik juga sebab selama 9 tahun saya di Jerman, tidak pernah sekali pun abah mendesak supaya saya balik bercuti ke Malaysia. Rupanya itulah kali terakhir saya bertemu abah. Teringat lambaian akhir abah semasa beratur sebelum masuk ke dewan menunggu di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Abah tersenyum sambil melambai ke arah saya dan adik. Ya Allah, rindunya pada abah... rindu sangat-sangat.
Abah tak sempat tunggu saya pulang terus ke Malaysia pada September 2005 tu, abah pergi lebih awal. Abah tak sempat merasa tinggal di rumah baru yang kami adik beradik kongsi bina untuk abah dan mak, abah pergi lebih awal. Abah tak sempat mendukung anak kedua saya, Amira yang ketika itu 4 bulan dalam kandungan, abah pergi lebih awal.
Saya bukan hanya hilang abah. Saya hilang teman bercerita. Saya hilang tempat membuat rujukan. Saya hilang tempat bermanja. Saya ralit bila mendengar abah bercerita. Dari kisah abah kecil yang kematian ibu ketika berusia 10 tahun. Bagaimana abah dihalang masuk ke sekolah Inggeris (High School Muar) setelah tamat darjah 4. Kisah abah merantau belajar sekolah pondok menuntut ilmu agama, kisah zaman Jepun, zaman British dan banyak lagi. Tak lupa kisah abah bermalam di hutan memburu dan bertempur dengan komunis hingga berjaya menembak mati salah seorang daripada mereka semasa zaman darurat. Saya tak pernah jemu mendengar kisah yang sama diulang cerita oleh abah. Tak pernah jemu!
Dulu abah selalu pesan: "Sembahyang jangan tinggal, kalau tidak macam mana nak doakan abah, mak kalau kami dah tak ada." InsyaAllah bah, orang akan selalu doakan abah dan mak. Orang titipkan Fatihah untuk abah selalu. Bukan sahaja usai solat bah, tapi bila-bila orang ingat abah. Sayang abah, rindu abah! :'(

Friday, May 4, 2012
Rindu yang tak pernah padam
Pagi ini saya secara tidak sengaja ke halaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menceritakan tentang pemergian ayahandanya yang tercinta pada tahun 1992. Sebagai seorang yang memang rapat dengan abah, air mata pasti akan berjurai gugur bila membaca kisah seperti ini. Kememeh tu memang satu hal lah kan, tapi topik kenangan hubungan ayah-anak memang selalu buat saya hiba.
Sehingga sekarang saya seboleh mungkin mengelakkan pengunaan perkataan 'arwah' bila menyebut nama abah atau bila bercerita tentang abah. Bagi saya, abah masih dan akan terus hidup di hati saya sampai bila-bila. Bukan nak menafikan pemergian abah, tapi menyebut 'arwah' seakan menjarakkan antara saya dan abah. Lagilah dengan ketiadaan pusara yang boleh kami kunjungi (abah meninggal di Madinah selepas selesai mengerjakan ibadah haji bersama mak pada 2005), membuatkan saya rasa, abah masih ada! Tiada pusara bukan bermakna tidak boleh berdoa untuk abah. Saya cuba pastikan ada fatihah untuk abah setiap kali usai solat (walaupun kadang-kadang termiss juga terutama bila solat dalam keadaan nak cepat! - maaf bah, akan cuba perbaiki). Dalam keadaan biasa pun, bila teringat abah, saya akan sedekahkan fatihah. Hanya itu yang mampu saya buat sekarang sebagai balasan atas bakti dan jasanya membesarkan saya dan memberi didikan hingga saya mampu pergi jauh hingga ke Jerman. Dan segalanya atas pertolongan Allah jua!
Dulu abah selalu pesan, setiap kali usai solat jangan lupa sedekah fatihah untuk Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabat nabi, datuk nenek yang dah meninggal dunia, ibu bapa kalau mereka dah pergi. "Nanti terang kubur mereka. Kalau tidak, gelap je". Saya tak mahu kubur abah gelap. Saya tak mahu jadi anak yang tak tahu mengenang budi. Saya tak mahu 'tinggalkan' abah keseorangan. Saya mahu abah sentiasa ada. Abah sentiasa 'hidup' di hati saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)