Dah hampir sebulan mascarpone menginap di dalam fridge tak berusik. Hajat hati nak buat Tiramisu asyik tertangguh. Penyakit mim-alif-lam-sin memang kronik sungguh. Jadi semalam selepas menyiapkan Couscous untuk makan malam, saya buat Tiramisu. Alhamdulillah, Tiramisu masih dan tetap my preferred dessert ever :). Saya kongsikan resepi mudah Tiramisu di sini.
Tiramisu*
500g mascarpone cheese - cth Galbani mascarpone
400g lady fingers biscuit
120g gula
4 biji telur
Secubit garam
1 sudu teh vanilla
100g Coklat parut
Air kopi
Cara:
- Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang dan likat **. Masukkan mascarpone dan gaulkan sehingga sebati.
- Dalam bekas berasingan pukul putih telur dengan secubit garam. 30saat selepas dipukul, tambahan vanilla dan teruskan pukul putih telur hingga kembang. Kaupkan separuh putih telur ke daam campuran mascarpone + kuning telur hingga sebati. Kaupkan separuh lagi ke dalam adunan.
- Sediakan air kopi
- Celupkan bahagian lady fingers yang tak bergula ke dalam air kopi dan aturkan dlam serving dish - yang dicelup kopi ke bawah. Bila dah siap satu lapisan, tuangkan campuran mascarpone ke atas lady fingers. Taburkan coklat parut.
- Lapiskan sekali lagi dengan lady fingers yang dicelup kopi. Lapiskan dengan mascarpone dan taburkan dengan coklat parut. Cukup 2 layer untuk satu serving.
- Lebihan, buat step yang sama untuk serving dish yang kedua. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam di dalam peti ais sebelum dihidangkan, semalaman lagi elok.
*Untuk Tiramisu ni saya buat separuh adunan (gunakan 3 biji telur gred B) dan gantikan biskut lady fingers dengan sponge cake. Kopi pun guna strong instant nescafe je. Rasa tetap marvellous, cuma textur agak kasar kalau nak dibandingkan dengan lady fingers.
**Boleh juga kalau nak guna teknik double boiled. Pukul kuning telur hingga kembang, ketepikan, masukkan gula dan teruskan pukul sampai suhu telur kuning turun baru masukkan mascarpone.