Nuffnang Ads

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Sunday, May 4, 2014

Johor Premium Outlet

Hari Khamis 1 Mei kami ke Pontian menghadiri majlis perkahwinan dua orang bekas staff Serimax. Roha bertemu jodoh dengan Jonathan. Seorang lagi engineer Perancis yang tersangkut dengan perempuan Melayu :). So to all French parents out there, if you don't want to have an Asian daughter in law, please don't let your sons to come over here :p. Ramai juga staff Serimax yang datang. Sebahagiannya saya kenal dan ada juga yang baru pertama kali jumpa. 

Selesai majlis Izzad ajak singgah ke JPO. Hahahaha macam orang mengantuk disorongkan bantal kan? That's one of his character, that I love ;). Kami mula ronda di ground floor dahulu. Coach ada discount up to 60%, tapi orang beratur, mak aiii panjangnya. Lalu jela tepi tu. Masuk outlet Esprit, si Kimi dok sibuk mencuba winter coat. Siap suruh beli lagi. Duh nak ke mana dengan winter coat tu? 

Kebanyakan outlet mempamerkan diskaun bermula 10% - 70%. Saya tak masuk semua outlet. Outlet yang barangnya memang saya tak akan beli macam Diane von Furstenberg, Armani, Salvatore Ferragamo, Burberry tu memang saya tak masuk la. Pertanyaan Izzad: "Ayang tak nak masuk Diane von Furstenberg?"  saya jawab dengan senyum sumbing ;). Kami cuma ronda ke outlet sport, parfume, kids apparel etc. Jadi sempatlah "tinggalkan" duit kecil di Esprit, Guess, Soda, Voir dan Chocolate Studio! Hampir penuh satu beg memborong coklat.. Hanuta, Milka, Kiss, Kinder Bueno, Snickers (macamla tak ada kat tempat lain Snickers ni?) dan ntah apa coklat lagi.

Kalau nak ikutkan memanglah mereka tempek diskaun sehingga 70% kan. Tapi pilihan memang sangat terhad dengan fesyen yang ntah apa-apa. Macam Winter Schluss Verkauf (Winter sale) kat Jerman je. Masuk GAP, Esprit, Cotton On nak cari baju kids pun tak banyak pilihan. Terkilan gak tak masuk Coach.. Tapi fikirkan nak kena beratur panjang tu.. hmm tak payahla. So dapatlah clutch kat Guess je, 50% less! Citi Chain pun ok juga, ada jam yang sedikit defect diberi diskaun sehingga 30% daripada harga yang dah sedia murah! Kalau tak fikirkan kami berdua baru je beli jam disember lepas, nak juga sambar satu.. sabar... ;)

Izzad je balik dengan tangan kosong dan -wallet yang berjaya kami kosongkan- :p! Isey Miyake tak ada stock, jersey Jerman pun tak ada. Jaket Bayern musim lepas adalah, tapi bukan perlu pun jaket tu jadi dia tak beli. Saya tak belek pun parfume, suruh Izzad je masuk dan belek sendiri. Nanti kalau saya masuk, harus ada yang "terpaksa" ikut balik ;)

So, JPO pada saya yang tak masuk semua outlet ni.. so so la. Nak kata heaven sangat berbelanja kat sini tak juga, biasa-biasa je...

Monday, May 20, 2013

Claytan Ayer Hitam

Punyalah lama dah berhajat nak ke Claytan di Ayer Hitam ni. Orang kata ada banyak rejected items yang masih elok dijual dengan harga murah. Saya memang suka stoneware ni, apalagi kalau murah! Ala, Seltmann Weiden tu dulu pun saya beli masa offer.. dari EUR 500 harga asal dia dapat potongan 50%. Kira oklah kan?

Sabtu kami hantar mak ke kampung setelah mak di rumah saya selama 2 minggu. Ikutkan nak mak kat sini lagi, tapi kesian pulak Mashitah kat rumah kalau mak lama-lama kat sini. Semalam pun dia peluk atuk masa saya dok menyakat nak bawa mak balik. Memang dia tak bagi atuk dia ikut saya lagi :)

Dalam perjalanan balik ke Pasir Gudang, kami ke Kluang menghadiri majlis perkahwinan junior kami semasa di Jerman, Suzie. Seronok dapat jumpa Ad, Tety, Suzie... Girls yang lain tak dapat datang sebab ada urusan lain. Tak kisahlah dapat jumpa mereka bertiga pun rasa happy sangat. Tahniah Suzie.. semoga rumahtangga berkekalan hingga ke akhir hayat..

Claytan showroom di Ayer Hitam
Dah alang-alang sampai ke Kluang, kami ke Claytan Outlet and Showroom. Nama gempak kan? Aaa ada showroom untuk barang baru dan ada ruang untuk jual barang-barang reject. Ok showroom pertama tu saya tak jengah pun sebab tujuan utama ke sini mmg nak cari stoneware murah!! Haaa rambang mata tengok banyak sangat pinggan, mangkuk, pinggan hidang, teko, cawan, pasu... Eii rasa nak ambik semua. Hahahaha tamak sungguh!

biru, merah, kelabu, putih, bercorak, plain... semua ada :)
Jadi saya masuk, belek dari satu tempat ke tempat yang lain dan mula memilih. Encik Hubby tolong ambil gambar dan entertain anak-anak kat depan outlet. Seronok sebab dikelilingi stoneware tu tanpa perlu kejap-kejap pesan "jangan berlari, jangan sentuh nanti pecah, behave sikit boleh tak?" - sebab anak-anak dengan papa diaorang. Danke Schatzi, sebab beri saya kesempatan untuk memilih dengan aman juga tolong ambilkan gambar kat sini sebab saya sibuk memilih... hehehe




Sedang memilih teko ;)

Stoneware: mari pilih yang berkenan di hati

lagi satu showroom.. :)
Gambar atas ni showroom kedua. Nampak macam peralatan bilik mandi etc.. Saya tak masuk pun sebab tak ada keperluan. Jadi tak tahu apa yang ada dijual di situ. Sesiapa yang plan nak ke sini, Outlet Claytan terletak di:

57th Mile, Jalan Johor, 86100 Ayer Hitam.
(waktu perniagaan dari jam 10.00pagi - 6.00 petang)
Boleh datang samada dari exit Ayer Hitam atau exit Machap.  

Kalau dari exit Ayer Hitam, belok kiri dan teruskan memandu hingga ke traffic light pertama di bandar Ayer Hitam, belok kiri, teruskan memandu lebih kurang 2 km dan akan nampak papan tanda Claytan di sebelah kanan.

Kalau dari exit Machap, belok kanan. Teruskan memandu lebih kurang 5 km dan akan jumpa Claytan di sebelah kiri. Jarak ni saya agak-agak je sebab semalam tak tengok pun km di kereta. Tapi memang tak jauh dari kedua-dua exit. Cuma kalau ikut Ayer Hitam kebarangkalian akan tersangkut jammed di traffic light tu ada terutama kalau datang waktu cuti sekolah. 

Jadi semalam saya dapat beli sedikit kelengkapan tambahan untuk rumah kami di Melaka dan untuk kegunaan seharian di Pasir Gudang. Tak lupa untuk adik juga :) Dalam kepala dah plan untuk ke sini lagi.. tak jauh dari exit, jadi kalau balik rumah mak, boleh singgah kejap :)


yang berjaya dipilih semalam...
Stoneware Claytan yang sempat saya pilih semalam. Harga antara RM2 - RM12. Yang RM12 tu teko (gantikan teko Seltmann Weiden yang dah sompek, Kimi terjatuhkan - dah cuba tanya Seltmann Weiden, Jerman untuk ganti tapi diaorang dah tak keluarkan model tu lagi :(.. Claytan pun ok jugalah). Serviceplate tu harga antara RM5 - RM7.50 je, mana tak rambang mata. Sedap je pilih, letak tepi, hantar ke kaunter, pilih lagi, letak tepi, cina jaga kedai pulak tolong angkatkan.. Hahahaha lagi sedaplah memilih. Bila dah sampai kaunter barulah nak kira: "Eh dah berapa ni bang?". "Dia dah kira semua tu, seratus je". Biar betul?? Masuk semula ke dalam... ambil lagi 3 keping pinggan besar yang depan sekali tu :p... Jadi jumlah keseluruhan RM113.10 . Mana nak dapat harga macam ni kalau pergi Aeon kan? Jumaat aritu saya ke SSF, rectangle plate saiz sederhana sebiji dah RM12.90. Jadi saya memang puashati sangat-sangat dapat ke Claytan ni.. Paling puashati sebab ada orang tolong bayarkan ;). Rezeki jangan ditolak.... Vielen, vielen Dank Schatz!