Nuffnang Ads

Friday, September 14, 2012

Misi terlaksana

Lama dah saya tak menulis. Dalam tempoh mendiamkan diri, banyak perkara yang berlaku. Banyak benda yang nak ditulis, sampai tak tahu nak mula dari mana. Ok, saya mulakan dengan misi untuk 'membebaskan' Hakimi dari diaper. Alhamdulillah, seminggu sebelum puasa, kami berjaya melatih Hakimi tanpa diaper sepenuhnya. Hari pertama, 15 Julai 2012 dengan sekali kemalangan kecil. Hakimi terlupa dan terlepas di Jusco Permas Jaya. Nasib baik pakai jeans dan dia terlepas sikit je, dan saya memang sediakan seluar ganti. Hari-hari berikutnya, kena banyak dan selalu bertanya: "Kimi nak pergi toilet tak?" Jawapan yang selalu Kimi beri: "Mama, dia kata belum buat air kencing lagi." What??? Saya faham maksud dia - dia tak rasa nak buang air kecil lagi -, tapi kenapa dia formulakan ayat macam tu? Mungkin kat logik dia, bila kita nak minum kopi (air), air sirap, air milo, kita kena buat (bancuh) dulu kan... jadi logiknya, air kencing pun kena buat dulu dalam perut sebelum dikeluarkan?? Hahahaha, ada-ada je Kimi ni. Macam biasa, kena betulkan pemahaman  dia.

Dan sejak cuti raya di Terengganu (hampir sebulan dah) saya berjaya berhentikan Fahmi dari menyusu badan. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Raya di Terengganu kali ni saya agak sibuk di dapur sebab mertua saya tak ada maid. Maid dah balik Indonesia dan pengganti belum dapat lagi. Bukan masak pun sebab makanan semua mertua saya tempah je, tapi uruskan hal-hal di dapur yang lain: cuci-cuci, kemas-kemas, pastikan air, kuih, cawan dan pinggan mangkuk bersih sentiasa ada di ruang makan dan ruang tamu. Yelah, selama ni maid ada untuk pastikan semua benda tu siap, jadi bila maid tak ada, kenalah tolong mana yang patut. Nak ikutkan tak banyak mana pun kerja-kerja tu sebab adik ipar lelaki saya, Anje rajin menolong mami. Bila saya kerap di dapur, secara tak langsung, Fahmi terbiar sendiri bermain dengan sepupu-sepupu dan kakak-kakak. Bila jarang dengan saya, dia jadi lupa nak menyusu. Saya pula bila buatkan susu untuk Kimi, sediakan juga susu untuk Fahmi. Malam pun dia tidur sendiri, mungkin sebab terlalu penat bermain, sampai tak ingat nak menyusu. Cuma seminggu lepas raya Fahmi demam, adalah 2, 3 kali dia menyusu dan lepas tu memang berhenti terus. Kadang-kadang dia datang mengendeng dan merengek, tapi saya kata tak boleh. Menangislah sekejap.. lepas kena pujuk, ok je. Sekarang ni kalau tanya: "adik nak n***n?" Dia akan jawab: "Eh, Cami tak boleh n***n la, Cami puasa." Eish.. pening kepala! Ni tentu ikut dialog dalam siri Upin & Ipin - "... kamu kan puasa, tak boleh minum."

Misi ke 3 adalah untuk memisahkan Hakimi dan Fahmi dari tidur malam bersama kami. Kira-kira dua minggu lepas, saya alihkan almari-almari Kimi dan Fahmi masuk ke bilik mereka. Tak sangka mereka teruja dan bila saya ajukan cadangan supaya Hakimi tidur di bilik sendiri, dia terus jawab "OK!". Saya yang blur sekejap, sebab tak sangka lawa-lawa ayam saya dia terima semudah tu. Rasa nak tarik balik, tapi takut dia keliru. Jadi malam tu terpaksa relakan Kimi tidur di bilik dia sendiri. Fahmi pulak, bila tengok Kimi tidur di bilik tengah, dengan dia sekali tak mahu tidur dengan saya. Jadi malam tu buat pertama kali sejak 9 tahun saya tidur tanpa ditemani anak-anak! Ops.. ada sekali, masa mengandungkan Kimi, Amira dah tidur di bilik sendiri dengan Nina.. tapi dah lama sangat dah, sampaikan saya hampir lupa ;).

Dalam masa 2 bulan, 3 misi telah terlaksana tanpa saya duga. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna tanpa stress. Sekarang ni, kadang-kadang Kimi dan Fahmi masih bangun awal pagi, sekitar pukul 3 - 5 pagi dan datang ke bilik saya. Kadang-kadang Fahmi seorang, kadang-kadang Kimi je, ada hari tu dua-dua sekali. Dalam seminggu, adalah 2 - 3 hari diaorang tidur sampai ke pagi di bilik diaorang. Saya tak rigid sangat dalam hal ni. Kita kena faham yang mereka dalam proses peralihan, jadi mereka perlu diberi masa secukupnya. Kadang-kadang kalau mereka kata nak tidur dengan saya, saya benarkan. Sebolehnya saya tak mahu mereka rasa diketepikan....

No comments:

Post a Comment