Nuffnang Ads

Monday, March 4, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Dari Sudut Pandangan Dr. Hassan Ali

Al Fatihah untuk pejuang negara yang telah gugur demi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Setakat masukan ini ditulis, seramai 7 orang anggota pasukan keselamatan kita telah terkorban. Dua anggota polis komando VAT69 maut dalam kejadian perangkap di Lahad Datu pada 1 Mac 2013, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud. Terdengar juga berita yang mengatakan seorang anggota ketiga yang cedera turut maut semasa menerima rawatan. Tetapi saya tidak dapat memastikan kesahihan maklumat tersebut.

Hari ini 3 Mac 2013 seramai 5 orang anggota polis maut dalam kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Di Facebook, Blog, ramai yang bersuara memberikan pendapat masing-masing. Ada yang boleh pakai, ada tu yang kita baca, rasa nak je hantar dan letakkan si penulis tu di barisan hadapan menentang penceroboh dari Kesultanan Sulu tersebut! Cakap memang senang sebab lidah ni tak bertulang. Saya tertarik dengan kupasan Dr Hassan Ali mengenai tindakan yang Kerajaan Malaysia ambil dalam proses menyelesaikan masalah ini. Kata-kata Dr Hassan Ali yang paling saya suka nak ketengahkan;

"Bagi tukang penempelak apa sahaja tindakan yang diambil samada berunding atau tindakan bersenjata yang lebih decisive, bagi mereka kedua-duanya sama sahaja. Memilih alternatif satu yakni berunding pun akan menerima caci nista. Seandainya pihak yang berwajib terus memilih alternatif ketenteraan yang lebih decisive pun akan dijaja sebagai tidak cermat dan gagal mengambil perhitungan kepada hubungan geografi dan budaya yang terjalin sekian lamanya antara Kesultanan Sulu dengan Sabah." - disalin tampal dari AIDC

Untuk membaca ulasan lengkap Dr Hassan Ali, boleh ke halaman AIDC - Peristiwa Berdarah di Lahad Datu Mencerminkan Sikap Buruk Pembangkang

Memang betul apa yang DHA katakan. Semua tindakan yang pihak kerajaan ambil, serba tak kena di mata pembangkang dan penyokong mereka. Sepatutnya dalam keadaan sekarang, kedaulatan negara haruslah didahulukan melebihi pegangan politik masing-masing. Tapi pihak pembangkang nampaknya masih mahu menangguk di air yang keruh. Ingat lagi apa kata Tian Chua semalam? Tian Chua mendakwa bahawa insiden tembakan di Lahad Datu merupakan tindakan terancang (konspirasi) kerajaan Malaysia. Ramai pulak tu di Facebook yang sependapat dengan Tian Chua. Ada tu siap menyamakan Kerajaan Malaysia dengan Rejim Bashar Al-Asad yang snggup membunuh 60,000 rakyatnya demi untuk kekal berkuasa. Kononnya Kerajaan BN sekarang terlalu terdesak untuk menang PRU13 hingga sanggup "merancang" serangan ini sebab nak jadi hero. Pendapat paling bodoh -maaf dengan perkataan kasar- yang saya baca/dengar. Negara mana yang sanggup menghuru-harakan nagara yang aman sebab nak kekal berkuasa? Ni memang kes kalau cakap tak gunakan akal, main ikut sedap mulut je. 

Boleh baca laporan penuh kenyataan Tian Chua oleh Keadilan Daily di SINI. 24 jam lepas tu Tian Chua sibuk kata, Utusan yang putar belit kenyataannya. Kononnya Utusan beri gambaran salah mengenai kenyataan beliau. Baca SINI. Hmmmm, usah dilayan orang seperti Tian Chua ni.



No comments:

Post a Comment