Nuffnang Ads

Friday, March 8, 2013

"when we first met..."

"When we first met, i honestly had no idea that you would be so important to me :)"

Semalam terbaca ni dalam wall rakan semasa belajar di Jerman dulu. Itu yang sering terlintas di kepala saya bila memandang suami. Kali pertama bertemu Izzad beberapa bulan setelah sampai di Jerman, ketika saya masih menjalani kursus intensif bahasa Jerman selama 8 bulan di Carl Duisberg Centren, Koeln. Masa tu pun cuma nampak dia dari jauh je. Budak-budak lelaki lain sibuk mengerumun Izzad masa tu, iyelah dia merupakan satu-satunya pelajar dari batch dia yang lulus PNDS - peperiksaan bahasa Jerman untuk membolehkan pelajar asing memasuki universiti di sana. Logikla masing-masing mengerumun senior tu kan? :). My first impression? "Err, ni ke budak yang lulus PNDS dan dapat masuk U tu? Serabainya dia.." :) ;) Mana taknya, dengan muka cengkung, rambut panjang melepasi bahu, cap tak lekang dari kepala, spec besar hampir empat segi... Pandang sekali lalu ajelah dari belakang! ;)

Dan episod tu terhenti di situ sahaja. Lagipun masa tu satu Jerman tahu Izzad dah berpunya... hehehe Juvita memang rajin bercerita tentang kawan-kawan satu batch dia ;). Tambahan pula Izzad belajar jauh di selatan Jerman, di Nueremberg, Bavaria, jadi dia agak terpisah jauh dengan komuniti pelajar Malaysia tajaan JPA dan MARA yang banyak tertumpu di Koeln, Duisburg dan Karlsruhe. Kali kedua berjumpa Izzad sekitar Ogos 1996 semasa saya dan housemate ke Aalen dan dalam perjalanan untuk ke Prag, Republik Czech. Kami plan nak pergi dengan Kodiang dan 4 rakan mereka yang study di Plymouth, UK (housemate saya dan Kodiang satu course di UiTM). Sampai di stesen keretapi Aalen, Kodiang bersama Izzad dah menunggu kami. Hmm tak tahu pulak Izzad akan turut serta dalam trip tu. Dan dalam trip berikutnya ke Muenchen (Munich), Izzad pun ada juga.., sebab Izzad rapat dengan Kodiang dan kami pula memang baik dengan Kodiang. Jadi kawan atas kawanlah kiranya ;).  Tapi seperti yang saya katakan awal-awal tadi, tidak pernah timbul soal hati sebab saya tahu dia dah berpunya. Perasaan? Memang pure sahabat atau lebih tepat kenalan sahaja sebab selain dari pertemuan tak dirancang dan secara kebetulan, kami tak pernah berhubung melalui telefon dan sebagainya. 

Situasi berubah selepas pemilihan barisan kepimpinan MGSS yang baru semasa AGM di Konstanz pada awal 1998. Izzad dipilih sebagai Presiden MGSS dan saya dipilih sebagai setiausaha. Bermula dari situ kami mula berhubung bila ada perkara berbangkit mengenai persatuan dan sebagainya. Tapi masih juga terhad kepada hal-hal MGSS sahaja. Bila Izzad pindah ke Konstanz pada musim panas 1998, barulah kami kerap terserempak di Universiti. Memandangkan di Konstanz hanya ada 5 orang pelajar perempuan, jadi biasanya kalau ada makan-makan, tugas memasak diletakkan di bahu saya dan housemate. Komuniti yang kecil membuatkan kami kerap berkumpul.. BBQ merupakan acara wajib kalau berkumpul dan lokasi febret adalah di bawah jambatan sungai Rhein berdekatan hostel kami.

Sesekali berjumpa di MIRC - laman sembang popular untuk kami waktu tu. Tapi kami masih kekal sebagai sahabat seperjuangan. Macam mana boleh jadi serius, sampai sekarang saya masih tak dapat nak rungkaikan. Semuanya bermua tanpa dirancang sekitar Mei 1999.. sehinggalah kami bertunang pada 3 Disember 1999. Bertunang pun tanpa kehadiran saya dan Izzad. Keluarga Izzad datang menghantar rombongan ke kampung saya, cincin pun tak bersarung di jari. Dan pada 2 September 2000, kami disatukan. Alhamdulillah, tahun ke 13 kami bersama. Pasang surut dalam berumahtangga, susah-senang bersama dan InsyaAllah, dia akan kekal menjadi satu-satunya insan bernama suami yang bertakhta di hati saya.

3 comments:

  1. ehh..terbace lak post nih.. :) tgh syok2 google nama dhia izzandra kt google search..bole lak klik2 smpai sini..hehe
    p/s: cite x full version tu.. :)

    ReplyDelete
  2. 2 September 2000 ek... izz gan dian 2 September 2011

    ReplyDelete
  3. hahaha... welcome izz ;). full version? itu untuk ninamirakimifahmi je.. :). anniversary sama kan? abang, adik la katakan

    ReplyDelete