Nuffnang Ads

Saturday, December 15, 2012

Terima kasih pekerja SWM..

Fahmi sempat snap gambar "pakcik swm" di lorong belakang rumah.. dia masih panggil "pakcik tong sampah".. belum berjaya betulkan lagi..... ;)

Biasa tak ucap terima kasih kat pekerja yang memungut sampah di belakang rumah kita? Kalau di Johor ni, SWM lah yang bertanggungjawab memungut sampah kami. Bagi yang bekerja mungkin kebarangkalian nak jumpa mereka amat tipis, kecuali kalau cuti jatuh pada hari pungutan sampah dibuat. Tapi takkanlah kita nak bertunggu tangga kat belakang rumah semata-mata nak ucapkan terima kasih, iye tak? Tak pepasal nanti orang kata kita ni tak betul...

+ "Buat apa Cik Limah, dari tadi dok menunggu kat pintu belakang."  
- "Takde apa Cik Konah, saya tunggu lori SWM ni, nak ucap terima kasih sebab mereka tolong pungutkan sampah kita kan...."
+ "Ohh kisahnya..." (dalam hati, buang tebiat ke Cik Limah ni?)

Hahahaha tak pepasal nanti kisah kita menunggu lori SWM jadi bahan bualan di ofis jiran kita pulak.

Mungkin ada yang akan kata: "Ala dah memang kerja diaorang, tak perlu ucap terima kasih pun takpe". Memanglah tu kerja diaorang, tapi cuba bayangkan kalau tak ada orang yang nak kerja pungut sampah tu, haru kita jadinya. Jadi kalau kebetulan kita sedang buang sampah di belakang rumah atau di depan rumah dan terserempak dengan petugas SWM, ucapkanlah terima kasih pada mereka. Banyak jasa mereka pada kita tau!

Saya didik anak-anak supaya ucap terima kasih kepada pekerja SWM setiap kali lori mereka lalu di belakang rumah saya. Yang kecil tak banyak soal, ikut je. Yang besar dah mula tanya kenapa? Jadi saya terangkanlah..... bla bla bla. Mereka faham dan siap buat kesimpulan sendiri. "Kerja mereka walaupun nampak kotor, tapi tak kisahlah, itu semua rezeki. Asalkan halal kan Ma?" Eh eh terlebih pandai pulak buat kesimpulan... Tapi Alhamdulillah, misi saya berjaya.... :)

Ada satu lagi cara nak ucapkan terima kasih pada mereka. Kita boleh asingkan siap-siap sampah yang boleh dikitar semula dengan yang memang tak boleh dikitar semula. Dengan cara ni tak payahlah mereka selongkar lagi sampah-sampah kita kan? Saya mungkin dah terbiasa dengan cara saya semasa menetap di Jerman. Jadi tak menjadi masalah bagi saya untuk mengasingkan sampah-sampah kami. Tak susahpun, cuma perlu sediakan 3 tong sampah berbeza di rumah. Satu untuk sisa makanan, satu untuk sampah biasa dan satu lagi untuk barang kitar semula (plastik, tin, botol). Kertas dan surat khabar lama pun kami kitar semula. Sementara anak-anak masih ada yang pakai diaper lagi, saya sediakan satu tong sampah bertutup khas untuk diaper sahaja di dalam toilet anak-anak. Bila kita buang diaper sekali dengan sampah di dapur, tu yang menyebabkan bau yang kureeeeeng menyenangkan di tong sampah kita. Lepas tu didik anak-anak untuk buang sampah mengikut tong sampah yang telah ditetapkan. Jadi anak-anak saya dah tahu botol Vitagen misalnya perlu dibuang di dalam tong sampah kitar semula sahaja. Salah tempat, kena kutip semula! ;)

No comments:

Post a Comment