Nuffnang Ads

Friday, December 28, 2012

Dark Purple Dendrobium

Hari Selasa kami selamat sampai ke rumah semula selepas bercuti-cuti hujan di Terengganu sejak Khamis malam. Kami berhujan sampai ke Kota Bahru menghadiri majlis akikah Dhia Izzandra, anak adik ipar saya Izzwan dan isterinya Dian Farhana. Nama macam omputeh kan? Ni kes sebab nak juga IZZ kat depan nama tu. Banyak manalah pun pilihan nama IZZ*** tu kan. Dalam hujan-hujan pun kami redah juga ke Taman Tamadun Islam. Telinga ni dah naik bingit bila setiap kali balik ke PG dari Terengganu, anak-anak mesti komplen: "Kita balik Terengganu tak pernah pergi TTI dan pergi Masjid Kristal". Bukan tak nak pergi. Cuma setiap kali balik Terengganu ketika musim cuti raya, siapa yang larat nak mengharungi jammed untuk ke bandar tu? Jadinya kalau balik Terengganu kami hanya melepak di rumah aje, ziarah rumah saudara mara sebelah mami, makan-makan, tidur... :)

Sebelum balik Terengganu, bunga orkid 'Deep Purple Dendrobium' yang saya beli di Ikea pada Febuari lepas memang dah lama berputik. Tak sabar tunggu dia mekar. Pagi Rabu tu rasa nak melompat bila tengok kelopak-kelopak purple gelap orkid saya yang sangat cantikkkk. Indahnya ciptaan tuhan! Ini kali kedua Deep Purple Dendrobium saya berbunga, tapi kali pertama dulu tak menjadi sangat. Sedang dia nak berkembang saya ubah kedudukan pasu, jadinya semua putik-putiknya gugur. Sedihnya masa tu.... :'(

Baru dua kelopak yang kembang... :)
Jadi sekarang ni tiga Orkid saya sedang 'tersenyum kembang' di berandah rumah. Tuan punya pun sambil menaip dok tersenyum sendiri. Minah bunga?? Hahahaha ye la kot. Tapi saya cuma minat kat bunga-bunga hidup je. Bunga plastik saya kurang minat. Susah nak jaga! Dah puas sejak kecik-kecik dulu kena jaga, cuci bunga plastik kat rumah mak. Dah ada rumah sendiri, semua nak yang mudah nak diselenggara sahaja. Bunga hidup kalau berhabuk, kita bawa je dekat punca air dan jirus. Hilanglah segala habuk... Kalau dah mim-alif-lam-sin tu, ada aje alasannya kan? ;)

Deep Purple Dendrobium joins the club

No comments:

Post a Comment