Nuffnang Ads

Showing posts with label Izzad. Show all posts
Showing posts with label Izzad. Show all posts

Friday, March 8, 2013

"when we first met..."

"When we first met, i honestly had no idea that you would be so important to me :)"

Semalam terbaca ni dalam wall rakan semasa belajar di Jerman dulu. Itu yang sering terlintas di kepala saya bila memandang suami. Kali pertama bertemu Izzad beberapa bulan setelah sampai di Jerman, ketika saya masih menjalani kursus intensif bahasa Jerman selama 8 bulan di Carl Duisberg Centren, Koeln. Masa tu pun cuma nampak dia dari jauh je. Budak-budak lelaki lain sibuk mengerumun Izzad masa tu, iyelah dia merupakan satu-satunya pelajar dari batch dia yang lulus PNDS - peperiksaan bahasa Jerman untuk membolehkan pelajar asing memasuki universiti di sana. Logikla masing-masing mengerumun senior tu kan? :). My first impression? "Err, ni ke budak yang lulus PNDS dan dapat masuk U tu? Serabainya dia.." :) ;) Mana taknya, dengan muka cengkung, rambut panjang melepasi bahu, cap tak lekang dari kepala, spec besar hampir empat segi... Pandang sekali lalu ajelah dari belakang! ;)

Dan episod tu terhenti di situ sahaja. Lagipun masa tu satu Jerman tahu Izzad dah berpunya... hehehe Juvita memang rajin bercerita tentang kawan-kawan satu batch dia ;). Tambahan pula Izzad belajar jauh di selatan Jerman, di Nueremberg, Bavaria, jadi dia agak terpisah jauh dengan komuniti pelajar Malaysia tajaan JPA dan MARA yang banyak tertumpu di Koeln, Duisburg dan Karlsruhe. Kali kedua berjumpa Izzad sekitar Ogos 1996 semasa saya dan housemate ke Aalen dan dalam perjalanan untuk ke Prag, Republik Czech. Kami plan nak pergi dengan Kodiang dan 4 rakan mereka yang study di Plymouth, UK (housemate saya dan Kodiang satu course di UiTM). Sampai di stesen keretapi Aalen, Kodiang bersama Izzad dah menunggu kami. Hmm tak tahu pulak Izzad akan turut serta dalam trip tu. Dan dalam trip berikutnya ke Muenchen (Munich), Izzad pun ada juga.., sebab Izzad rapat dengan Kodiang dan kami pula memang baik dengan Kodiang. Jadi kawan atas kawanlah kiranya ;).  Tapi seperti yang saya katakan awal-awal tadi, tidak pernah timbul soal hati sebab saya tahu dia dah berpunya. Perasaan? Memang pure sahabat atau lebih tepat kenalan sahaja sebab selain dari pertemuan tak dirancang dan secara kebetulan, kami tak pernah berhubung melalui telefon dan sebagainya. 

Situasi berubah selepas pemilihan barisan kepimpinan MGSS yang baru semasa AGM di Konstanz pada awal 1998. Izzad dipilih sebagai Presiden MGSS dan saya dipilih sebagai setiausaha. Bermula dari situ kami mula berhubung bila ada perkara berbangkit mengenai persatuan dan sebagainya. Tapi masih juga terhad kepada hal-hal MGSS sahaja. Bila Izzad pindah ke Konstanz pada musim panas 1998, barulah kami kerap terserempak di Universiti. Memandangkan di Konstanz hanya ada 5 orang pelajar perempuan, jadi biasanya kalau ada makan-makan, tugas memasak diletakkan di bahu saya dan housemate. Komuniti yang kecil membuatkan kami kerap berkumpul.. BBQ merupakan acara wajib kalau berkumpul dan lokasi febret adalah di bawah jambatan sungai Rhein berdekatan hostel kami.

Sesekali berjumpa di MIRC - laman sembang popular untuk kami waktu tu. Tapi kami masih kekal sebagai sahabat seperjuangan. Macam mana boleh jadi serius, sampai sekarang saya masih tak dapat nak rungkaikan. Semuanya bermua tanpa dirancang sekitar Mei 1999.. sehinggalah kami bertunang pada 3 Disember 1999. Bertunang pun tanpa kehadiran saya dan Izzad. Keluarga Izzad datang menghantar rombongan ke kampung saya, cincin pun tak bersarung di jari. Dan pada 2 September 2000, kami disatukan. Alhamdulillah, tahun ke 13 kami bersama. Pasang surut dalam berumahtangga, susah-senang bersama dan InsyaAllah, dia akan kekal menjadi satu-satunya insan bernama suami yang bertakhta di hati saya.

Wednesday, February 20, 2013

Inverness, Scotland

Senja di Inverness
Izzad masih di Inverness, Scotland UK. Nak Skype pun susah sebab jadual dia padat dengan meeting di sana, ditambah lagi dengan beza waktu 8 jam, jadi agak sukar mencari masa untuk berskype. Dapat bercakap di telefon pun dah cukup bagus. Cuma semasa transit di Schiphol Airport, Amsterdam tempohari dapatlah berskype sekejap. Tapi Kimi dan Fahmi manalah faham semua tu (beza waktu, papa meeting etc). Bila Izzad call je, diaorang sibuk onkan lappy, buka Skype dan Kimi siap pasang microphone lagi.. "Kimi nak skap (skype) papa". Sesuka hati je nak skype... Bila kita cakap tak boleh, memasing mula buat perangai, jerit-jerit bagai. Haish.. pening kepala!


River Ness: macam tepi sungai Rhein kat Konstanz je.. ;)

Scotland masih sejuk...
Nina bengang je tengok gambar-gambar yang Izzad hantar. "Ala, papa tu nak bagi kita jeles le tu." Saya pun jawabla: "Haaa kalau nak merasa pergi europe, kenalah belajar elok-elok supaya dapat study kat europe." Ingat diaorang nak ke? Bila kita tanya: "Tak nak ke blaja oversea macam mama ngan papa dulu?". Baik Amira mahupun Nurina, masing-masing geleng kepala bila diajukan soalan tu. Hmmmm nak buat macam mana, takkan nak paksa kot... :]

Hotel penginapan di Inverness



Friday, March 23, 2012

Lambatnya Sabtu!

All times shown are local times

AF256
23:20 - 23 March 2012
Paris, Charles de Gaulle (CDG) - France
terminal 2E

18:40 - 24 March 2012
Singapore, Changi (SIN) - Singapore
terminal 1
-----------------------------------------------------------------------------------
Tadi saya semak jadual penerbangan Izzad dari Paris esok. Hmmm, pukul 6.40 petang Sabtu baru sampai Changi. Ambil beg, imigresen, tunggu teksi (kalau teksi dia tak sampai lagi), lalu imigresen kat Johor lagi. Rasanya pukul 9, 10 malam jugaklah baru sampai rumah.

Anak-anak tak sabar nak jumpa papa diaorang. Fahmi pun dah baik demam. Sejak Izzad ke Paris minggu lepas Fahmi mula demam. Baru 2 hari ni ok semula. Tapi badan Fahmi susut sangat sebab sepanjang demam tu dia taknak makan, cuma harapkan susu badan je. Sedih tengok Fahmi yang melidi tak bermaya. Tak boleh berenggang pulak tu, tinggal sekejap pun dia menangis.

Saya takde pesan apa-apa yang special pun dari Izzad, cuma minta coklat Fererro Giotto je. Kat Malaysia saya tak pernah jumpa coklat tu. Tapi kalau tak dapat pun tak apa. Yang penting Izzad selamat sampai ke rumah...


Gambar ni Izzad hantar 3 hari lepas. Pukul 2.30 pagi dia telefon saya semata-mata nak bagitahu, dia kat Eiffel Tower, nak pergi makan di restoran atas kapal menyusuri sungai Seine :). Kebetulan masa tu saya tak tidur lena pun, baru nak terlelap sebab berjaga tunggu Fahmi yang demam.

Thursday, January 27, 2011

Sayangkan isteri, tinggal tinggalkan

Siapalah yang mencipta peribahasa tu kan? Kalau ikut peribahasa tu, Izzad memang bebetul sayangkan saya la ek? Sebab selalu kena tinggal.. hikhikhik. Isnin depan Izzad akan ke Kuantan lagi selama 2 minggu. Jadi, Tahun Baru Cina ni kami bercuti tanpa Izzad lagi. Alang-alang Izzad tak ada, saya plan nak jenguk rumah kat Ayer Keroh. Bersih-bersihkan mana yang patut, pergi potong nama Amira kat SK Bukit Beruang, ambil surat kat rumah Kak Nani. Banyak urusan yang boleh saya selesaikan.

Berbalik kepada tajuk entri hari ni. Sebenarnya sejak baru kahwin lagi saya dah biasa PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) dengan Izzad. Masa saya kat Heidelberg dan Izzad kat Konstanz, kami jumpa 2 minggu atau sebulan sekali. Biasanya saya la yang turun ke Konstanz sebab saya boleh susun jadual kelas 'cantik-cantik' punye. Kelas saya padat dari Isnin sampai Khamis. Jumaat tu pagi je saya ada kelas, beg dah letak siap-siap dalam locker kat stesen keretapi. Jadi habis je kelas pukul 11.15 saya terus bergegas naik keretapi untuk balik ke Konstanz. 5, 6 jam lepas tu, sampailah saya ke Konstanz.

Lepas kami abis belajar, Izzad dapat kerja kat Jerman, saya pulak balik Malaysia dengan baby Nurina. Memula cadang nak balik 2 bulan je, tapi jadi 6 bulan pulak! Kes nak tunggu tiket murah kat MATTA Fair..:) Bila balik semula ke Jerman, Izzad selalu kerja kat site sebab dia buat high speed railway untuk ICE di Ingolstadt dan Nuernberg. 2 minggu sekali baru dia balik. Kalau dia kerja luar Jerman, lagilah 4, 5 minggu baru balik. Jadi saya dah terbiasa uruskan hidup kami anak beranak sendiri.