Hari ni minggu kedua Johor secara rasmi menukar cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu. Minggu lepas saya buat temujanji dengan pakar mata di KPJ Johor Bahru untuk Nurina dan Fahmi. Nurina perlukan general check up sebab dia selalu mengadu mata kurang jelas bila membaca papan tanda dan juga di dalam kelas. Ikutkan saya memang mahu elak anak-anak pakai cermin mata ni, tapi nak buat macam mana kan? Dah Izzad pun memang pakai cermin mata sejak tingkatan 1. Saya? Hahaha saya ni si rabun yang tak sedar diri! Lepas balik dari Jerman, ada fasa saya bercermin mata sekitar 5 tahun kot.. Lepas tu rela rabun dari rimas dengan spectacle!
Selepas buat pemeriksaan dengan Dr. Mohamad Asri Halili, pakar Opthalmology di KPJ Johor Bahru, Nurina perlu pakai cermin mata untuk tujuan pembelajaran sahaja. Maksudnya, cuma di dalam kelas sebagai bantuan untuk melihat papan putih/papan hijau dengan lebih jelas. Power memang masih rendah, 0.5 dioptri untuk kedua belah mata kanan dan kiri. Punah harapan saya untuk anak-anak bebas kanta :p. Pun masih tak berpuas hati sampai keluar soalan bodoh sebab nak menyedapkan hati kat doktor "Er doktor, kalau cuma 0.5 je, ada harapan akan pulih ke?" -dah tahu jawapan mesti tak boleh pulih punye, tapi masih gak nak dengar dari mulut doktor tu- Sebagaimana yang dijangka jawapan dari Dr. Asri..., "Memang tak akan pulih, untuk budak perempuan kemungkinan power meningkat secara mendadak tu ada". Hmmm lahai apo nak dikato? Bermato ompekla kau Nina oii.
Selepas check si kakak, giliran Fahmi pula. Saya masih tak puas hati dengan juling air mata Fahmi. Dah dua kali saya bawa ke Regency, dan jawapoan doktor di sana boleh rujuk di sini. Jadi tujuan berjumpa Dr Asri adalah untuk mendapatkan pandangan kedua. Nampaknya pandangan kedua-dua doktor adalah sama. Juling pada tahap yang minima yang tidak menjejaskan pemfokusan mata bila melihat objek. Maksudnya pergerakan mata yang tak seragam hanya berlaku bila mata dalam keadaan santai, contohnya bila dia berangan atau memandang secara kosong. Tetapi penting untuk pastikan Fahmi tak rabun, kerana rabun boleh menjejaskan kosmetik matanya. Ok dah puas hati selepas berjumpa doktor kedua? Sedikitlah.. cuma selepas baca semula tentang juling tahap minima di web tadi, saya berharap juling Fahmi ni akan hilang. Sebab menurut rencana yang saya baca, juling dalam tahap minima akan hilang dengan sendiri. So, jangan putus harapan... ;)
Dalam perjalanan balik ke rumah, singgah sekejap di Tesco Seri Alam untuk buat cermin mata Nurina. Bingkai yang ringkas je. Mula-mula Nurina nak warna hijau!! Dah agak dah, warna 'febret' dia.. Tapi bila dah letak kat muka nampak pelik sangat, dia pun tak berkenan, jadi tukar kaler hitam je. RM160 siap lens. Esok cermin mata tu siap.