Nuffnang Ads

Wednesday, July 4, 2012

Dr. Sheikh Muzaphar dididik berkongsi cawan

Beberapa hari lepas saya ada terbaca dalam akhbar, Datuk Abdul Shukor mendidik anak-anaknya (Dr. Sheikh Muzaphar dan adik beradiknya) semasa kecil supaya minum berkonsgi gelas atau cawan. Menurut beliau itu adalah petua supaya hubungan antara adik-beradik menjadi rapat.

Berkongsi gelas atau cawan untuk minum memang kerap saya praktikkan, antaranya semasa anak-anak makan. Mungkin bukan setiap kali makan, tapi sering! Tujuan saya cuma satu, untuk mendidik anak-anak dengan sikap tolak ansur dan sabar. Satu lagi sebab sampingan yang paling hampeh.. sebab tak mahu cawan kotor banyak sangat! hahhaha memang hampeh kan? ;) Saya ingin mendidik mereka bertolak ansur mengambil giliran untuk minum dan sabar semasa menanti adik beradik yang lain sedang minum. Amalan ini memang saya terapkan pada Nurina dan Amira  sejak mereka kecil lagi. Memanglah kadang-kala berlaku pertengkaran mulut. Di sinilah saya sebagai ibu memainkan peranan untuk menasihati mereka supaya sabar menunggu dan bertimbang-rasa antara adik beradik.

Tak sangka pulak ada orang lain yang mempraktikkan perkara yang sama, walaupun tujuannya berbeza! Saya mahu anak-anak saya kelak akan kekal mesra dan rapat walaupun mereka berjauhan. Saya datang dari keluarga yang 'riuh' dan banyak cakap. Hubungan kami adik beradik memang amat rapat dan mesra walaupun masing-masing sudah berkeluarga. Tak hairanlah kalau kami balik bercuti dan berjumpa di kampung, riuh-rendah rumah mak dibuatnya. Justeru sesuatu yang amat mengerikan bila melihat situasi keluarga, di mana hubungan adik beradiknya tidak rapat dan tidak mesra. Bila balik kampung duduk makan semeja pun masing-masing diam seribu bahasa. Tiada komunikasi antara mereka, apatah lagi gurau senda. Saya boleh lemas dalam situasi macam ni.

Sesetengah bapa kurang selesa untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak, terutama bagi bapa yang sibuk bekerja. Tetapi dalam mendidik anak-anak kami, saya minta Izzad tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. Peluk dan belai anak-anak sekerap yang boleh. Alhamdulillah, sampai sekarang setiap kali sebelum pergi kerja, Izzad akan ke bilik anak-anak, cium dan peluk mereka. Kalau Izzad pulang lewat dan anak-anak dah tidur, dia akan pergi jenguk anak-anak di bilik.

No comments:

Post a Comment