Nuffnang Ads

Monday, July 2, 2012

Pavlova, Pavlova, Pavlova.. mmm yummy! :)

Junior saya semasa belajar di Jerman dulu, Eppy asyik post gambar Pavlova je kat FB sejak minggu lepas. Iyelah kan, Eppy sekarang ni buat bisnes sambilan: ambil tempahan buat dessert, pulut sotong, nasi dagang dan banyak lagi. Tak pasal-pasal saya pun ikut demam Pavlova juga. Satu sebab nama yang sedap PAVLOVA.. rima yang cantik dan sedap untuk disebut. Kedua, kombinasi whipping cream dan buah-buahan yang memang kegemaran saya! Dan last sekali sebab dessert ni nampak senang nak dibuat.

Kebetulan hari Jumaat lepas ada resepi Pavlova dalam ruangan Dari Dapur oleh Chef Azli Razali dalam sisipan Mega Mode. **tengoklah tu, dalam FB Eppy post gambar Pavlova, dalam paper pun Chef Azli cerita dan bagi resepi Pavlova. Macam nak 'bakar' kita je kan? :) - kebetulan... dan itu juga jadi pemangkin untuk saya mencuba!**

Jadi semalam, saya buat Pavlova mengikut resepi Chef Azli. Ada juga saya surf di internet untuk resepi lain. Tapi kali ni, biar saya cuba versi Chef Azli dulu... Kalau nak cuba, mudah sangat nak buat Pavlova ni.


Bahan:
4 biji (120g)telur putih saiz gred A
1 cawan (190g) gula kaster
1/2 sudu teh vanila
1 sudu teh cuka makan
1 sudu besar tepung jagung


Topping:
1 cawan (250ml) krim putar - saya guna satu kotak 200g je
1 1/2 sudu besar (20g) gula ising
1 sudu kecil esen vanila atau coffee emulco - yang ni saya tak letak


Bahan lain:
Buah segar - kiwi, strawberi, blueberri, mangga dan lain-lain mengikut kesukaan. - Saya letak kiwi, mangga dan kirisan navel orange dan jem anggur.


Cara buat:

  1. Pukul putih telur sehingga separuh kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit sehingga putih telur kembang sepenuhnya dan berkilat. Pastikan semua gulanya telah hancur.
  2. Masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan. Jangan kacau keterlaluan.
  3. Tuangkan atas kertas minyak, buat bentuk bulatan, kira-kira diameter 6-7 cm dan ratakan. Tinggikan sedikit di bahagian tengah.
  4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 130C selama lebih kurang 60 hingga 70 minit. Bila masak, biarkan meringue sejuk dalam oven dengan pintu yang terbuka.
  5. Untuk topping, pukul krim putar dan gula hingga kembang. Simpan sebentar di dalam peti sejuk. Bila meringue betul-betul sejuk, sapukan dengan krim putar diatasnya dan hiaskan dengan buah-buahan segar. Saya tambahkan jem anggur sedikit. Rasanya memang sedap!!




No comments:

Post a Comment