Nuffnang Ads

Tuesday, July 10, 2012

Rumah kedua

Sejak setahun selepas tinggal di Pasir Gudang, topik rumah kedua kerap juga muncul dalam perbincangan kami. Selalunya akan panas untuk seminggu dua, lepas tu sejuk semula sampailah timbul semula 2, 3 bulan lepas tu :)

Agak penting juga memikirkan perihal rumah kedua ni. Bukan apa, takkan selamanya kami nak menyewa di Pasir Gudang. Rumah di Ayer Keroh tu memanglah akan kekal jadi rumah untuk kami tinggal nanti. Tapi sementara kami masih tinggal di Pasir Gudang ni, terasa membazir pulak bila hanya menyewa. Duit sewa RM600 setiap bulan tu sama banyak untuk bayaran bulanan rumah teres kos sederhana kalau di kawasan Scientex atau Kota Masai. Cuma lokasinya tulah yang kami kurang berkenan.

Taman Rinting ni rasanya dah sangat strategik. Sejak Coastal Highway dibuka, perjalanan ke Permas Jaya dan bandaraya Johor Bahru juga ke Pasir Gudang jadi amat mudah. Dengan adanya EDL (Eastern Dispersal Link) yang menyambungkan Coastal Highway dan PLUS, senang sangat nak balik kampung. Tak payah lagi pecah kepala dengan jem di Highway Pasir Gudang.

Mr. Thason nak ke jual rumah dia ni? Kalau nak jual berapa agaknya? Kalau dalam linkungan RM200k mungkin masih ok lagi. Tapi kalau lebih dari itu, hmmm maunya hutang kami yang terkumpul hampir setengah juta nanti! Setengah juta??? Huhuhu... Nak beli rumah yang baru dibuat, Izzad tak nak (belum cuba racun dia lagi.. :)). Rumah baru teres setingkat kat area ni pun dah RM260k. Dengan harga tu kami boleh dapat semi D dua tingkat di Ayer Keroh!

Saya pulak jenis orang yang perlukan cahaya untuk hidup! Maksud saya... pencahayaan rumah kena optimal! Dan satu lagi, kami tak nak rumah dua tingkat! Susah saya nak pantau anak. Banyak la songeh kan? Sebab tu pilihan saya samada lot tepi setingkat atau semi D setingkat. Dan faham-faham sahajalah, kalau dah jenis macam tu, harga pun bukan murah. Rumah kami di Ayer Keroh tu pun, alhamdulillah kami dapat dengan harga yang berpatutan - kalau sekarang boleh masuk kategori murah! Terletak di kawasan yang sangat strategik pulak tu. RM170k untuk semi D setingkat empat bilik.. kalau kat sini, rumah macam tu mungkin dah RM300k kot sekarang!

No comments:

Post a Comment