Nuffnang Ads

Thursday, January 12, 2012

Trade in Exora ni nak?



Rasanya Proton lancarkan Exora Bold 2 minggu lepas kot. Exora generasi pertama guna enjin CPS, tapi Exora Bold guna enjin CFE. Saya bukan pandai bab-bab enjin nih, apa tu CPS pun baru saya faham lepas gi www.masihtidakdiketahui.wordpress.com, lepas google! Padahal sebelum tu puaslah Cik Abe dok pung pang, pung pang pasal CPS itu, CPS ini.. dengo je, faham idak :p

Satu yang saya pasti, Exora kami ni kuatlah makan minyak, terutama kalau untuk perjalanan dekat. "Full tanked" Exora hanya tahan 2 minggu untuk perjalanan saya ulang alik ambil dan hantar anak ke sekolah. Biasalah kan kejap-kejap break, tekan minyak, break lagi, tekan minyak, break lagi.. hehhehe. Izzad kata, Exora Bold lebih ekonomi. Dengan enjin baru, mereka ada teknologi di mana RPM kekal rendah, walaupun dengan kelajuan tinggi. "Test drive" yang diaorang buat, RPM kekal kurang dari 2000 walaupun meter dah 120km/h. Cuma, macam mana untuk perjalanan dekat? Jimat jugak ke? Nanti baca review dia dulu... :)

Lepas Proton keluarkan Exora Bold dan kami tengok model baru kat TV, saya dan Izzad dok borak-borak pasal kereta kat depan rumah.

Izzad: "Yang, kita trade in Exora ni nak?"
Saya: "Nak trade in dengan apa? Trade in dengan Exora Bold?"
Izzad: "Ha, ah.. kita ambik Exora Bold"
Saya: "Abang ni, orang lain kalau trade in, tukar jenama dan model sekali, at least model. Ni abang nak Exora jugak?"
Izzad: "Itu orang lain. Exora ni dah optimumla untuk family kita, cuma model baru tu, abang rasa lagi bagus, jom tukar."

Hahahaha, ada-ada je Izzad ni. Bukan boleh percaya dia ni. Tengok masa nak beli Exora dulu. Memanglah ada perancangan nak beli kereta kedua masa tu, kami dok bincang, tinjau-tinjau antara Exora, Citra2Rondo dan Nissan Grand Livina. Tapi memang tak putuskan lagi nak yang mana. Alih-alih satu Sabtu tu, seminggu lepas Exora dilancarkan, Izzad balik rumah tunjuk resit booking kereta! Hah, terkejut badak saya. Laa, kita cuma tengok kat TV, Internet dengan surat khabar je, dia dah beli. Lepas booking baru dia bawa saya dan anak-anak ke Proton Edar untuk tengok Exora tu. Dua minggu lepas tu kami dapat kereta.

Saya tak pernah kisah pun kereta apa kami guna, yang penting ekonomi dan mampumilik. Mampumilik maksud saya bukan setakat mampu nak keluarkan sebiji kereta dan bayar ansuran bulanan. Tapi termasuk sekali kos penyelenggaraan yang mampu kami tanggung! Sebab tu dari kereta pertama sampai kereta kedua, kami pakai Proton je :). Dah, itu je yang sesuai dengan poket kami.. :)

Teringat komen seorang hamba Allah masa kami baru balik dari Jerman dan beli SAGA tu. Dia kata, kalau setakat SAGA, jurutaip sekolah dia pun pakai kereta tu. Hmm pedih menusuk kalbu masa dengar tu, tapi senyum jugaklah, walaupun rasanya kelat! Pada diaorang, dah duduk lama kat oversea, takkan pakai Proton je? Kurang-kurang pun kereta Jepun, takpun Korea ke. Lantaklah orang nak cakap apa pun, yang bayarnya kami, kalau rosak nak kena repair pun kami jugak yang nak kena bayar. Tak jadi kudis dengan cakap-cakap orang macam tu.

Nak jaga standard? Hahaha banyaklah standard diaorang. Diaorang tak tahu, professor kami kat Jerman yang ada PHD tu kayuh basikal je tiap-tiap hari pergi Uni. Tak kira hujan, panas, salji, selamba je Herr Schiller kayuh basikal 20km pergi dan balik! Cuma saya tak pernah nampak Rektor Uni kayuh basikal :). Tapi kalau pensyarah biasa tu, naik basikal je ke sana sini. Bawak pun beg galas je, simple!

Masa saya mengajar kat UiTM pun, saya bawak beg galas jugak! Sampai memula diaorang ingat, saya ni student jugak. Jaga standard? Jaga status? Apa ada dengan semua tu?

3 comments:

  1. like.. betui betui betui.. duit masing2 kan.. salam kenal.. tgh usha bold nih :)

    ReplyDelete
  2. Salam kenal juga.... Kereta nasional pun, kalau kena cara, maintenance tak miss, insyaAllah ok. Cuma tak bolehla nak bandingkan VW Jetta dengan Saga, kan?

    ReplyDelete
  3. Betul tu kereta apa pun denstinasi kegunaan sama jer ...sy pun di sindir pakai saga siap suh tukar brans hinda toyota bagai tp pd sy biar duit byk di poket gaya newah x penting

    ReplyDelete