Hari ini merupakan hari ke enam umat islam menjalani ibadah puada bagi Ramadhan 1433H. Tahun ni kami dapat berpuasa bersama mak, jadilah walaupun hanya untuk minggu pertama sahaja. Hujung minggu ni dah nak hantar mak balik semula. Izzad tak dapat nak balik, jadi saya akan balik dengan anak-anak aje. Cuma saya agak buntu dengan Hakimi sekarang. Dia memang tak nak atuk balik kampung. Bila cakap nak hantar atuk balik kampung, dia mula menangis. Hatta masa dia tidur, saya cakap benda yang sama, dalam keadaan mamai dia akan kata "tak boleh, atuk duduk sini."
Sejak bawa mak datang sini, Kimi tak pernah ikut saya hantar dan ambil kakak dia sekolah. Saya pergi pasar, kedai pun dia tak nak ikut. Yang buat Izzad terkejut, masa kami ke bazar Ramadhan (tak bawa mak sebab kesian mak kena bersesak-sesak nanti, hari panas pulak tu), Kimi tak teruja langsung nak ikut. Dia boleh buat muka selambe je tengok kami pergi. "Kimi nak tinggal dengan atuk. Kimi nak teman atuk. Nanti atuk hilang macam mana?" Itu jawapan dia bila setiap kali diajak keluar. Semalam masa ikut saya bersihkan rumput di luar pagar rumah pun, sekejap je dia dah nak masuk semula. "Kimi nak teman atuk." Nampak gaya memang saya akan berperang dengan Kimilah hujung minggu ni. Scene menangis, meraung pasti tak dapat dielakkan bila nak balik semula ke Pasir Gudang.
Kenapa cucu melekat sangat dengan mak? Biasalah kan cucu memang manja dengan atuk-atuk diaorang. Tapi mak memang lain. Dia suka melayan budak-budak. Satu yang dia tak pernah tinggal, bila cucu dia balik ke rumah, mak akan bagi cucu-cucu dia makan bersuap dengan tangan! Nina dan Mira yang dah besar tu pun kadang makan bersuap! Kadang tu berderet 5 orang nganga mulut tunggu giliran disuap, macam anak burung! Hehehe. Mak memang tak kaya harta, tapi mak kaya dengan kasih sayang. Anak-anak saya, sebulan je tak nampak atuk, diaorang dah mula bising nak balik kampung. Nasib baiklah kampung tak jauh sangat, ikut highway 2 jam setengah dah sampai, jadi kalaupun Izzad tak sempat dan banyak kerja, saya boleh balik sendiri.
Mak ada kat sini, dapatlah Nina dan Mira ikut solat terawih di surau. Tahun lepas kami tak benarkan lagi mereka pergi. InsyaAllah lepas ni walaupun atuk dah balik kampung, Nina dan Mira masih boleh ikut papa ke surau untuk terawih. Nak tunggu pergi dengan mama, 2, 3 tahun lagilah. Kimi dan Fahmi ni bukan makan saman lagi pun. Nanti kacau jemaah lain pulak. Kalau ikutkan, elok bawa anak-anak lelaki sejak kecil lagi ke surau dan masjid. Tapi biasalah kan, bukan semua surau dan masjid mesra kanak-kanak. Jadi sebelum timbul masalah, eloklah saya tinggal di rumah sahaja.
Nuffnang Ads
Thursday, July 26, 2012
Friday, July 20, 2012
Pelajar sekolah dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah mulai tahun 2013
Tiga hari lepas, baca tajuk depan surat khabar pun saya dah buat saya geleng kepala. Bila baca artikel penuh, lagilah buat sesak dada! Berfikir, kenapalah mereka yang duduk di atas sana cuai sangat bila buat keputusan? Ya... anda benar dengan telahan anda. Saya antara yang tidak bersetuju dengan cadangan yang dibawa kepada pengetahuan umum oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong : Pelajar boleh bawa telefon bimbit ke sekolah.
Semalam, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ada berkata: "Jika ingin melakukan perubahan, biarlah perubahan itu membawa lebih banyak kebaikan, dan bukan atas kepentingan satu-satu pihak sahaja."
Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berkata: "Saya bimbang ia menjejaskan tumpuan pembelajaran, disalahguna, menambahkan beban guru untuk memantau sewaktu proses pembelajaran selain berlakunya kes-kes kecurian."
Selain itu, banyak lagi pandangan pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan pindaan undang-undang ini. Saya katakan cadangan kerana menurut YB Menteri Pelajaran malam tadi, keputusan samada melulus atau menolak belum dibuat!
Secara peribadi, saya berpendapat cadangan tersebut amat tidak sesuai. Saya sependapat dengan seorang pembaca Utusan, bahawa kanak-kanak penuh dan kaya dengan sifat ingin tahu, jadi kebarangkalian kemudahan itu disalahguna memang tidak dapat dielakkan.
Ok, apa kata kita senaraikan kebaikan dan keburukan daripada cadangan tersebut. Alah, macam kita buat karangan debat kat sekolah dulu-dulu... :)
Kebaikan:
1. Memudahkan pemantauan. Ibu bapa dapat memantau dan berhubung dengan anak-anak dengan mudah, terutama bila berlaku kes-kes kecemasan. Lebih bagus sekiranya telefon dilengkapi dengan GPS. Proses menjejaki anak-anak jika berlaku penculikan atau ponteng kelas akan menjadi lebih mudah.
2. Pembelajaran secara maya. Dengan adanya iPad, proses pembelajaran secara maya dapat dijalankan. Jadi secara tidak langsung kita dapat menyaingi negara maju yang lebih ke hadapan dalam hal ini. Walaupun saya sendiri agak kurang bersetuju dengan alasan ini kerana setiap sekolah telah dilengkapkan dengan makmal komputer. Jadi di mana rasionalnya penggunaan iPad sendiri?
3. Hmmm apa lagi nak letak kat ruangan ni? Serius... saya tak jumpa hujah lain yang menyokong cadangan ni. Yang ada pun agak berbaur politik... untuk memenuhkan poket pihak yang memperkenalkan iPad 1Malaysia!! Saya dah kata.. agak berbaur politik, tapi rasanya tak boleh disangkal pun....
Keburukan:
1. Penyalahgunaan gajet. Naluri kanak-kanak dan remaja yang sentiasa ingin tahu boleh menyumbang kepada penyalahgunaan telefon bimbit di sekolah.
2. Kes Kecurian. Membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah akan hanya mengundang kecurian di sekolah. Kita tidak boleh nafikan bahawa sekolah bukan hanya dipenuhi oleh pelajar yang elok akhlaknya. Jadi jangan diberi ruang pelajar nakal untuk 'beraksi'. Siapa yang akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kecurian telefon bimbit di sekolah? Sudahnya nanti pihak sekolah juga dipersalahkan kerana tidak menyediakan persekitaran yang bebas 'pelajar nakal'.
3. Mengganggu tumpuan pelajar. Peranan sekolah adalah untuk memberi input dalam bentuk akademik semaksima mungkin mengikut sukatan yang telah ditetapkan di samping penerapan nilai-nilai murni. Pada masa sekarang, setiap matapelajaran hanya diperuntukkan selama 25 minit untuk satu masa (mengambil contoh di sekolah anak saya). Sekiranya masa yang sedia singkat digunakan lagi untuk memastikan pelajar tidak bersms dan leka dengan gajet mereka, berapa minit lagi yang tinggal? 10 minit?
4. Menambah beban guru. Di kebanyakan sekolah, jumlah pelajar di dalam kelas seramai 35 - 40 orang bukan sesuatu yang pelik. Kita andaikan sahaja separuh kelas membawa telefon bimbit ke sekolah dan 25% daripadanya leka dengan gajet mereka. Cuba bayangkan beban tambahan bagi guru-guru untuk memantau pelajar sekolah selain daripada tugas hakiki yang telah diamanahkan kepada mereka dan juga tugas tambahan sedia ada?
5. Masalah disiplin baru. Mencuri rakam video dan gambar yang tak sepatutnya pasti sukar dikawal dan hasilnya masalah disiplin baru timbul. Kita selalu mengkritik pihak sekolah sekiranya disiplin pelajar teruk. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, apakah sumbangan kita sebagai ibu bapa dan masyarakat dalam membantu pihak sekolah untuk memperbaiki masalah disiplin pelajar?
6. Mewujudkan jurang sosial di kalangan pelajar. Salah satu tujuan utama pemakaian pakaian seragam sekolah adalah untuk mengelakkan wujudnya jurang sosial yang dapat dibezakan melalui pakaian dalam kalangan pelajar sekolah. Dengan pakaian yang sama, tak akan timbul masalah "aku pakai baju jenama G**, kau hanya pakai baju pasar raya". Serius, masalah jurang sosial berdasarkan pakaian kerap menjadi topik perbincangan di negara yang tidak mengamalkan pemakaian uniform sekolah seperti Jerman. Pernah juga mereka mengusulkan pemakaian uniform untuk mengelakkan jurang sosial semakin meruncing di sekolah-sekolah. Satu usul yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan, lantaran mendapat tentangan daripada majoriti yang terbiasa dengan sistem pakaian biasa ke sekolah. Sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba pasti akan wujud: Siapa yang ada gajet paling terkini? Tablet siapa yang lebih mahal? Gajet siapa yang paling canggih?
7. Kebebasan sekolah menjadi terbatas. Bagaimana guru menjalankan tugas mengajar anak kita di sekolah, selagi ia bertepatan dengan falsafah pendidikan, biarlah menjadi urusan pihak sekolah. Dengan telefon masakini yang dilengkapi dengan kemudahan merakam video dan gambar, kita khuatir ada yang mengambil kesempatan untuk merakamkan setiap aktiviti di sekolah yang akhirnya mengundang campurtangan keterlaluan pihak ibu bapa dan luar.
8. Peningkatan kos untuk penjaga. Jika si A ada telefon bimbit atau iPad. Kawannya si B pun mahu gajet yang sama juga. Sedangkan ibu bapa si B punya tanggungan lain yang lebih mendesak. Bingit telinga mendengar rengekan si anak, dibelikan juga telefon bimbit. Murah aje, RM100. Fikirnya masalah akan selesai. Rupanya tidak, setiap minggu telefon minta ditambah nilai. Minima RM10 seminggu, bermakna kos tambahan sebanyak RM40 setiap bulan untuk kad pra bayar.
Dalam perjalanan pulang sekolah tadi, saya sempat mengajukan soalan berkaitan kepada anak saya Nurina yang berusia 9 tahun.
Saya: "Nina, pihak Kementerian Pelajaran bercadang membenarkan pelajar sekolah bawa telefon bimbit mulai tahun depan, apa pendapat Nina?"
Nina: Dengan muka terkejut bertanya, "La, apa pasal pulak?"
Saya: "Kenapa? Tak boleh ke? Cuba Nina bagi sebab kat mama, kenapa tak boleh."
Nina: "Iyelah ma, nanti kalau murid-murid bawa telefon bimbit ke sekolah, kalau murid-murid tu tak pandai jaga telefon diaorang dan hilang, siapa yang nak bertanggung jawab?"
Saya: "Lagi?"
Nina: "Nanti telefon tertinggal kat dalam kelas"
Dan sebab seterusnya masih menjurus kepada hilang, tertinggal atau dicuri. Nak expect apa sangatlah dari budak sementah tu kan? Tapi sekurang-kurangnya dia pun tahu fikir, benda tu tak elok....
Kesimpulannya, membenarkan penggunaan telefon bimbit, iPad, iPhone, tablet juga telefon pintar di sekolah hanya akan mengundang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Jadi saya fikir, tak perlulah kita menambah masalah sedia ada yang tak selesai dengan masalah baru. Itu cari penyakit namanya! Dan sebagai penutup bicara, elok juga kalau KPM pertimbangkan cadangan untuk membenarkan pelajar membawa Astro on-the-go (AOTG) ke sekolah kot!? Alang-alang bawa iPad ke sekolah, apa salahnya AOTG sekali, iye tak? ;)

Tuesday, July 17, 2012
Paprik ayam cili kering
Sedang kekeringan idea nak masak apa, terbelek resepi paprik dalam majalah lama ketika saya sedang mencari gambar buah laici untuk projek sekolah Amira. Majalah apa ek tadi tu? Harmoni kot, ke Mingguan Wanita? Ntahla.. tak pasti. Saya pun dah lama tak membeli majalah ni, kecuali majalah Dapur yang muncul 3 bulan sekali. Bila tengok bahan, hmm tak sama dengan paprik ayam yang selalu saya buat, nampak mudah jadi apa kata saya cuba buat? Saya keluarkan ayam dan mula masak. Hasilnya meeeemang sedap! Rasanya lain dari paprik yang biasa saya buat. Nak cuba? Jom kita tengok bahan-bahannya.
Paprik Ayam cili kering
Bahan:
200g ayam dipotong kecil - digaram dan kunyitkan
50g kobis bunga - potong kecil
2 batang kacang panjang - potong serong
1/2 batang lobak merah - dipotong serong
1 biji bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dititik
1 batang serai - dititik
4 tangkai cili kering - buang biji dan gunting serong
1 1/2 sudu besar serbuk cili atau pes cili
1 sudu besar sos tiram
4 helai daun limau
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara:
1. Goreng ayam hingga sedikit garing
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili kering hingga sedikit wangi. Masukkan pes cili dan tumis lagi hingga lada masak. Masukkan serai. Masukkan sos tiram dan tambahkan sedikit air. Bila lada dah masak, masukkan ayam, lobak merah, kobis bunga. Gaul seketika. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun limau dan angkat. Sedap dimakan dengan nasi putih panas... buat sikit telur dadar.. hmm tak sedar tambah sepinggan lagi nasi! :)

Tuesday, July 10, 2012
Rumah kedua
Sejak setahun selepas tinggal di Pasir Gudang, topik rumah kedua kerap juga muncul dalam perbincangan kami. Selalunya akan panas untuk seminggu dua, lepas tu sejuk semula sampailah timbul semula 2, 3 bulan lepas tu :)
Agak penting juga memikirkan perihal rumah kedua ni. Bukan apa, takkan selamanya kami nak menyewa di Pasir Gudang. Rumah di Ayer Keroh tu memanglah akan kekal jadi rumah untuk kami tinggal nanti. Tapi sementara kami masih tinggal di Pasir Gudang ni, terasa membazir pulak bila hanya menyewa. Duit sewa RM600 setiap bulan tu sama banyak untuk bayaran bulanan rumah teres kos sederhana kalau di kawasan Scientex atau Kota Masai. Cuma lokasinya tulah yang kami kurang berkenan.
Taman Rinting ni rasanya dah sangat strategik. Sejak Coastal Highway dibuka, perjalanan ke Permas Jaya dan bandaraya Johor Bahru juga ke Pasir Gudang jadi amat mudah. Dengan adanya EDL (Eastern Dispersal Link) yang menyambungkan Coastal Highway dan PLUS, senang sangat nak balik kampung. Tak payah lagi pecah kepala dengan jem di Highway Pasir Gudang.
Mr. Thason nak ke jual rumah dia ni? Kalau nak jual berapa agaknya? Kalau dalam linkungan RM200k mungkin masih ok lagi. Tapi kalau lebih dari itu, hmmm maunya hutang kami yang terkumpul hampir setengah juta nanti! Setengah juta??? Huhuhu... Nak beli rumah yang baru dibuat, Izzad tak nak (belum cuba racun dia lagi.. :)). Rumah baru teres setingkat kat area ni pun dah RM260k. Dengan harga tu kami boleh dapat semi D dua tingkat di Ayer Keroh!
Saya pulak jenis orang yang perlukan cahaya untuk hidup! Maksud saya... pencahayaan rumah kena optimal! Dan satu lagi, kami tak nak rumah dua tingkat! Susah saya nak pantau anak. Banyak la songeh kan? Sebab tu pilihan saya samada lot tepi setingkat atau semi D setingkat. Dan faham-faham sahajalah, kalau dah jenis macam tu, harga pun bukan murah. Rumah kami di Ayer Keroh tu pun, alhamdulillah kami dapat dengan harga yang berpatutan - kalau sekarang boleh masuk kategori murah! Terletak di kawasan yang sangat strategik pulak tu. RM170k untuk semi D setingkat empat bilik.. kalau kat sini, rumah macam tu mungkin dah RM300k kot sekarang!

Wednesday, July 4, 2012
Dr. Sheikh Muzaphar dididik berkongsi cawan
Beberapa hari lepas saya ada terbaca dalam akhbar, Datuk Abdul Shukor mendidik anak-anaknya (Dr. Sheikh Muzaphar dan adik beradiknya) semasa kecil supaya minum berkonsgi gelas atau cawan. Menurut beliau itu adalah petua supaya hubungan antara adik-beradik menjadi rapat.
Berkongsi gelas atau cawan untuk minum memang kerap saya praktikkan, antaranya semasa anak-anak makan. Mungkin bukan setiap kali makan, tapi sering! Tujuan saya cuma satu, untuk mendidik anak-anak dengan sikap tolak ansur dan sabar. Satu lagi sebab sampingan yang paling hampeh.. sebab tak mahu cawan kotor banyak sangat! hahhaha memang hampeh kan? ;) Saya ingin mendidik mereka bertolak ansur mengambil giliran untuk minum dan sabar semasa menanti adik beradik yang lain sedang minum. Amalan ini memang saya terapkan pada Nurina dan Amira sejak mereka kecil lagi. Memanglah kadang-kala berlaku pertengkaran mulut. Di sinilah saya sebagai ibu memainkan peranan untuk menasihati mereka supaya sabar menunggu dan bertimbang-rasa antara adik beradik.
Tak sangka pulak ada orang lain yang mempraktikkan perkara yang sama, walaupun tujuannya berbeza! Saya mahu anak-anak saya kelak akan kekal mesra dan rapat walaupun mereka berjauhan. Saya datang dari keluarga yang 'riuh' dan banyak cakap. Hubungan kami adik beradik memang amat rapat dan mesra walaupun masing-masing sudah berkeluarga. Tak hairanlah kalau kami balik bercuti dan berjumpa di kampung, riuh-rendah rumah mak dibuatnya. Justeru sesuatu yang amat mengerikan bila melihat situasi keluarga, di mana hubungan adik beradiknya tidak rapat dan tidak mesra. Bila balik kampung duduk makan semeja pun masing-masing diam seribu bahasa. Tiada komunikasi antara mereka, apatah lagi gurau senda. Saya boleh lemas dalam situasi macam ni.
Sesetengah bapa kurang selesa untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak, terutama bagi bapa yang sibuk bekerja. Tetapi dalam mendidik anak-anak kami, saya minta Izzad tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. Peluk dan belai anak-anak sekerap yang boleh. Alhamdulillah, sampai sekarang setiap kali sebelum pergi kerja, Izzad akan ke bilik anak-anak, cium dan peluk mereka. Kalau Izzad pulang lewat dan anak-anak dah tidur, dia akan pergi jenguk anak-anak di bilik.

Monday, July 2, 2012
Pavlova, Pavlova, Pavlova.. mmm yummy! :)
Junior saya semasa belajar di Jerman dulu, Eppy asyik post gambar Pavlova je kat FB sejak minggu lepas. Iyelah kan, Eppy sekarang ni buat bisnes sambilan: ambil tempahan buat dessert, pulut sotong, nasi dagang dan banyak lagi. Tak pasal-pasal saya pun ikut demam Pavlova juga. Satu sebab nama yang sedap PAVLOVA.. rima yang cantik dan sedap untuk disebut. Kedua, kombinasi whipping cream dan buah-buahan yang memang kegemaran saya! Dan last sekali sebab dessert ni nampak senang nak dibuat.
Kebetulan hari Jumaat lepas ada resepi Pavlova dalam ruangan Dari Dapur oleh Chef Azli Razali dalam sisipan Mega Mode. **tengoklah tu, dalam FB Eppy post gambar Pavlova, dalam paper pun Chef Azli cerita dan bagi resepi Pavlova. Macam nak 'bakar' kita je kan? :) - kebetulan... dan itu juga jadi pemangkin untuk saya mencuba!**
Jadi semalam, saya buat Pavlova mengikut resepi Chef Azli. Ada juga saya surf di internet untuk resepi lain. Tapi kali ni, biar saya cuba versi Chef Azli dulu... Kalau nak cuba, mudah sangat nak buat Pavlova ni.
Bahan:
4 biji (120g)telur putih saiz gred A
1 cawan (190g) gula kaster
1/2 sudu teh vanila
1 sudu teh cuka makan
1 sudu besar tepung jagung
Topping:
1 cawan (250ml) krim putar - saya guna satu kotak 200g je
1 1/2 sudu besar (20g) gula ising
1 sudu kecil esen vanila atau coffee emulco - yang ni saya tak letak
Bahan lain:
Buah segar - kiwi, strawberi, blueberri, mangga dan lain-lain mengikut kesukaan. - Saya letak kiwi, mangga dan kirisan navel orange dan jem anggur.
Cara buat:

- Pukul putih telur sehingga separuh kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit sehingga putih telur kembang sepenuhnya dan berkilat. Pastikan semua gulanya telah hancur.
- Masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan. Jangan kacau keterlaluan.
- Tuangkan atas kertas minyak, buat bentuk bulatan, kira-kira diameter 6-7 cm dan ratakan. Tinggikan sedikit di bahagian tengah.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 130C selama lebih kurang 60 hingga 70 minit. Bila masak, biarkan meringue sejuk dalam oven dengan pintu yang terbuka.
- Untuk topping, pukul krim putar dan gula hingga kembang. Simpan sebentar di dalam peti sejuk. Bila meringue betul-betul sejuk, sapukan dengan krim putar diatasnya dan hiaskan dengan buah-buahan segar. Saya tambahkan jem anggur sedikit. Rasanya memang sedap!!
Subscribe to:
Posts (Atom)