Nuffnang Ads

Friday, April 26, 2013

Tahfiz separuh masa waktu malam tamat..

Malam semalam balik dari kelas Tahfiz...

Nina&Mira: Ma, ustazah kata mulai isnin minggu depan kelas tahfiz separuh masa waktu malam dah tak ada lagi. Ustazah kena mengajar di Puteri Wangsa. Kelas separuh masa cuma ada siang je pukul 2.00-4.30 petang. Macam mana kitaorang nak pergi kelas ma? Kitaorang tak nak berhenti kelas tahfiz...

Mira: Nina kata dia nak berhenti sekolah agama ma, nak pergi tahfiz je. Macam mana Mira nak pergi ma? Sekolah agama Mira dari pukul 2.00-3.30. Nina pulak pukul 6.30 baru balik....

Mama: Agak terkejut dengan short notice dari al-islah dan sedikit sesak dengan "macam mana" yang bertubi-tubi. Hmmm tarik nafas panjang.. Takpe, takpe rileks dulu.., nanti mama telefon ustazah, mama bincang dengan ustazah, kita cuba cari penyelesaian ok?

Nina&Mira: Ok, tapi kitaorang tak nak berhenti tau!

*Ya Allah, permudahkanlah urusanku*

---------------------------------------------------

Sebelum tidur semalam kepala ligat memikirkan bermacam pilihan yang ada boleh saya kemukakan kepada Ustazah Rabiatul. Dua tiga kali juga saya terjaga malam dan kepala masih memikirkan topik yang sama. Hahahaha macam tu lah saya, kalau ada benda yang tak settle memang tak senang duduk ;). Tambahan ini melibatkan perkara yang penting, yang anak-anak minat. Alhamdulillah mereka menunjukkan minat dan kesungguhan dalam pembelajaran tahfiz. Walaupun sejak akhir tahun lepas sehingga ke bulan Februari Al Islah kekurangan tenaga pengajar dan mereka kurang membuat hafalan baru, mereka hampir habis juzu' Amma. Bagi saya, cukup baik bagi pelajar separuh masa seperti mereka.

Dan hari ini selepas berbincang dengan Ustazah Rabiatul, kami mencapai kata sepakat yang Nurina akan ke kelas tahfiz pada waktu petang dari pukul 2.00 - 3.15 dan selepas itu saya hantar dia ke sekolah agama. Cuma untuk Amira je masih tak ada kata putus. Amira habis sekolah agama pukul 3.30, jadi agak singkat masa untuk kelas tahfiz yang tamat pukul 4.30 petang. Saya nak hantar sambung mengaji di rumah Cikgu Su dia tak mahu (Amira masih mengaji juzu' 13).. Nampaknya saya kena bincang semula dengan Ustazah Rabiatul.


3 comments:

  1. salam puan,boleh saya dptkn contact num mana2 ustaz atau ustazah utk ajar iqra pada kanak 4.5 dan 6 tahun..terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam puan,boleh saya dptkn contact num mana2 ustaz atau ustazah utk ajar iqra pada kanak 4.5 dan 6 tahun..terima kasih..email saya roznifa83@gmail.com

    ReplyDelete