Hari ini Amira mula Peperiksaan Sijil Darjah Enam Sekolah Agama Negeri Johor. Fahmi dan Hakimi dicutikan sekolah agama ekoran peperiksaan tersebut. Jadi mak ada kawan petang-petang macam ni. Sejak Peperiksaan Akhir Tahun sekolah kebangsaan tamat, Hakimi dan Fahmi asyiklah check di halaman SAPS untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka. Kadang tu sehari berkali-kali check.
Mak dia sengih je.. Tahu dah kenapa teruja sangat nak check keputusan periksa, sebab takut turun kelas! Mereka berdua tu memang kurang rajin nak belajar, tak fokus. Kalau mengadap buku, 5 minit biarkan, datang semula dah tertidur. Tapi kalau mengadap games di laptop atau telefon, berjam tak bergerak. Manalah mak mereka ni tak berangin sepoi bahasa kadang jadi taufan :)
Jadi sebelum periksa akhir tahun tempohari, mak buat perjanjian dengan anak-anak lelaki. Siapa yang turun kelas, dia tak akan dapat pegang telefon mama, papa, laptop selama SETAHUN! Muka Kimi yang paling cuak giler bila dengar syarat mama. Tapi mahu tak mahu terpaksa setuju.. hahahaha
Petang tadi sampai je rumah dari ambil Amira, Hakimi dah sibuk bertanya nombor Mykid dia. 3 Minit selepas tu terdengar suara dia menjerit "Yey, dapat nombor 10. Yey yey yey, Kimi dapat nombor 10, tak payah turun kelas." Gamaknya nombor 10 paling bermakna dalam hidup dia. Hahahahaha. Fahmi pun tak turun kelas. Malam ni boleh tidur sambil tersengin la budak berdua tu.
Punyalah takut tak dapat pegang telefon dan laptop selama setahun, gigih mereka berdua baca buku sebelum exam tempohari. Hmmm bagus juga, nanti mak boleh apply kat benda lain pulak... Boys berdua ni memang mak kena sabar lebih sikit. Allah dah beri mak senang dan mudah dengan Nurina dan Amira, jadi mak dapat peluang untuk tambah pahala dengan Fahmi dan Hakimi... Kalauuuu mak tak jadi singalah, kalau jadi singa je... pahala pun tak dapat!
Nuffnang Ads
Sunday, November 12, 2017
Sunday, March 20, 2016
Mykid untuk anak lahir di luar negara
Memandangkan dua anak saya , Nurina dan Amira dilahirkan di Jerman, jadi mereka tiada Mykid. Semua urusan pendaftaran selama ini terpaksa dilakukan dengan nombor sijil lahir sahaja. Setiap tahun, soalan yang sama akan diajukan guru kelas.. ,"awak tak ada nombor mykid? Eh macam mana boleh tak ada nombor mykid?" Jadi panjanglah anak-anak saya perlu jelaskan kepada guru masing-masing.
Dua tahun selepas pulang ke Malaysia, saya ada ke JPN Alor Gajah untuk bertanya tentang situasi anak saya, samada perlu buat Mykid atau tidak. Pegawai yang bertugas kata tak perlu dan tak boleh buat. Saya perlu tunggu hingga anak berusia 12 tahun.
Tahun lepas kami perlu buka akaun Tabung Haji untuk Nurina sebagai syarat untuk mengikuti Kem UPSR anjuran Berita Harian dan Tabung Haji di MRSM Pontian. Malangnya kami diberitahu sistem Tabung Haji hanya menerima nombor pengenalan diri dalam bentuk no Mykad/Mykid. Tarikh lahir Nurina pula seminggu sebelum tarikh tutup pendaftaran - masa agak suntuk. Tepat 14 Mei kami ke JPN untuk buat Mykad Nurina, tapi malangnya kami dimaklumkan nama Nurina masih belum diupdate ke dalam sistem database JPN dan permohonan perlu JPN majukan kepada pihak kedutaan untuk proses kemaskini data. Adoi.. dahla kami memang perlukan nombor kad pengenalan tu. Nak buat macam mana, tunggu ajelah. Seminggu jugalah kami tunggu panggilan telefon dari JPN. Dapat je panggilan JPN, malam tu terus ke UTC JB untuk buat Mykad. Nasib baik ada UTC, malam pun boleh buat urusan kerajaan. Hanya selepas itu baru dapat buka akaun Tabung Haji.
Atas alasan tak mahu Amira pun mengalami nasib yang sama, jadi semasa proses membuat Mykad Nurina, saya ajukan lagi soalan yang sama kepada pegawai bertugas di UTC JB - Mykid untuk Amira. Jawapan yang sama juga saya dapat - tunggu hingga berumur 12 tahun.
Selepas keputusan UPSR keluar, Nurina menghadapi masalah untuk mohon ke Sekolah Kawalan kerana data APDM tidak tally dengan data JPN : di APDM Nurina masih guna nombor sijil lahir sebagai dokumen pengenalan diri tetapi di JPN dah ada nombor Mykad. Puas cikgu dan pegawai di PPD Pasir Gudang berusaha untuk mendaftarkan nama Nurina, tetapi masih gagal. Seminggu masalah tak selesai. Akhirnya saya ambil inisiatif menulis sendiri email ke admin APDM di Putrajaya, alhamdulillah mereka update data Nurina di APDM dan namanya berjaya didaftarkan.
Ekoran masalah dan kesulitan tersebut, saya nekad sekali lagi ke JPN Cawangan UTC JB untuk bertanya lagi tentang Mykid Amira. Kali ini dengan 2 pegawai lain dan 2 jawapan yang berbeza. Pegawai pertama kata tak boleh dan kami disuruh tunggu sehingga Amira berumur 12 tahun, manakala pegawai kedua pula kata boleh buat tetapi hanya di JPN Negeri di Setia Tropika. Pelik bila ada 2 jawapan berbeza. Saranan mana yang kami ikut? Sudah tentu saranan pegawai kedua sebab memang itu yang kami mahukan!
Susulan daripada itu, maka hari ini saya dan Izzad ke JPN Negeri Johor untuk membuat permohonan Mykid untuk Amira. Malam sebelumnya saya dah siapkan semua dokuman berkaitan: borang permohonan, Borang W - sijil akuan lahir di luar negara dan sijil lahir asal yang dikeluarkan pihak berkuasa Jerman.
Jadi berjaya atau tidak permohonan saya? Jawpannya: Permohonan berjaya! Prosesnya sangat mudah. Ambil nombor untuk pendaftaran kewarganegaraan dan bila nombor dipanggil, kemukakan aje borang permohonan di kaunter. Mudah dan cepat! Pegawai yang bertugas di kaunter terangkan, asalkan anak tersebut dah tinggal menetap di Malaysia dan tiada komitmen di luar negara lagi, boleh mohon Mykid jika anak belum berumur 12 tahun. Dengan Mykid mereka dah ada nombor kad pengenalan sesiap dan semua urusan pendaftaran di sekolah akan jadi lebih mudah.
Masih tertanya-tanya kenapa 3 pegawai JPN sebelum ini berikan kami maklumat yang salah... Samada mereka memang tak tahu atau?? Hmmm.. Apapun lega sebab Amira dah ada nombor kad pengenalan. Mudahlah urusan pendaftaran untuk UPKK tahun ini dan UPSR serta SDEA tahun hadapan.
Jadi untuk anda yang ada anak lahir di luar negara, bila balik ke Malaysia dan anak-anak belum berumur 12 tahun, pergi ke JPN Negeri dan buat permohonan untuk mendapatkan Mykid untuk mereka. Tanpa nombor kad pengenalan, anak-anak anda mungkin bakal mengalami masalah seperti yang saya terangkan di atas. Masalah remeh je pun, tapi kalau boleh dielakkan, elok kita elakkan.
Jadi untuk anda yang ada anak lahir di luar negara, bila balik ke Malaysia dan anak-anak belum berumur 12 tahun, pergi ke JPN Negeri dan buat permohonan untuk mendapatkan Mykid untuk mereka. Tanpa nombor kad pengenalan, anak-anak anda mungkin bakal mengalami masalah seperti yang saya terangkan di atas. Masalah remeh je pun, tapi kalau boleh dielakkan, elok kita elakkan.
Sunday, February 21, 2016
Visiting Nurina at MRSM JB
Hari ni genap seminggu Nina mendaftarkan diri di MRSM Johor Bahru. Poor Nina! Dia taknak pergi sebenarnya dan saya pun lebih suka kalau dia kekal di SMK Dato Penggawa Timur, tapi Izzad tetap mahu Nina ke MRSM. Seharian dia menangis lepas dapat keputusan MRSM, merajuk dengan papa! Lagipun Nina dah serasi di SMK Dato Penggawa tu. My poor baby!
Hari jummat tempohari, first visit ke MRSM. Hmm Nina seems happy there, alhamdulillah. Adik-adik pun macam dah bertahun tak jumpa kakak, semua berebut nak duduk dekat-dekat kakak dan berebut-rebut nak bercakap dengan kakak. Jadi mama dan papa beri laluan kepada 4 beradik tu melepas rindu dengan cara mereka - berbual, berborak, bertukar cerita.
Hati ibu ni libang libu lagi: happy sebab tengok dia ok.. sedih bila kenangkan my first child is now away from home :'( . Rindu nak dengar dia bercerita dalam kereta semasa hantar dan ambil dia dari sekolah. Takde dah peneman saya bila layan movie di Diva. Takde peneman bila saya masak pagi-pagi sebelum dia ke sekolah. Takde dah hectic morning every monday bila semua anak-anak ke sekolah waktu pagi dengan 2 kereta bergerak ke 2 arah yang berlainan. Nina dan saya ke Penggawa, anak-anak yang lain dengan Izzad ke Rinting.
![]() |
| Nina dengan adik-adik, MRSM JB Feb 2016 |
Sabtu dapat bawa dia balik outing sekejap. Dari pukul 2.30-5.30. Jadilah sekejap je dapat bersama dia. Kami lunch lewat sebab nak tunggu Nina. Dia pun sengaja tak pergi makan tengahari tu ".. Nina nak makan sama-sama family kat rumah.." Owh.. sayunya hati dengar. Tabahla duhai hati.. tapi biasalah mama dia yang kememeh ni kan... tabahla sangat ;)
Ok, MRSM JB ni merupakan salah sebuah MRSM Cambridge-IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education). Jadi mereka akan belajar subjek untuk KPM dan IGCSE sekaligus. Untuk IGCSE akan ada peperiksaan Checkpoint IGCSE di tingkatan 2 dan IGCSE di tingkatan 4. Untuk KPM, seperti sekolah biasa yang lain, PT3 di tingkatan 3 dan SPM di tingkatan 5. Memandangkan mereka akan menduduki IGCSE di tingkatan 4, jadi semua silibus KPM akan dihabiskan semasa di tingkatan 4. Memang beban yang agak berat untuk mereka. Bagaimana dengan Nina? InsyaAllah.. she's a strong-minded, independent young lady and I'm sure, she'll be fine.
I'm gonna miss her dearly..
Tuesday, December 29, 2015
Resepi : Ayam Masak Bali
Lama tak update blog.. cuti sekolah tapi sibuk. Tahun ni anak yang sulung UPSR kan, jadi lepas result keluar dok hantar dia interview sana sini. Setakat ni cuma dapat Sekolah Kawalan je. Kelas Rancangan Khas dan Kelas Kawalan pun dapat juga, tapi kami pilih Sekolah Kawalan. SBP tak berjaya terpilih tapi dah buat e rayuan. MRSM masih belum tahu keputusannya. Saya cuma doa yang terbaik untuk dia, apa yang terbaik untuk dia tu masih rahsia Allah. Frust? Oh tidak.. saya dahulu pun sekolah biasa juga, di kampung dan tak pernah sangka akan berpeluang ke Jerman. Tapi semua tu rezeki Allah kan. Laluan saya tak sama seperti mereka yang lepas SPM terus ke matrikulasi atau A Level, tapi penyudahnya saya tetap bersama mereka. Kena yakin dan mohon selalu kepada Allah.
Ok, kita cerita tentang resepi pulak. Sekitar 1998, saya menerima tetamu 4 orang pelajar perubatan dari Scotland yang melawat rakan mIRC mereka di Konstanz. Ada sekali mereka masak ayam sambal yang sangat sedap, tapi lupa (ke malu) nak minta resepi. Jadi saya kerap mencari dan mencuba resepi ayam sambal tapi tak pernah jumpa yang sama rasanya. Sampailah tadi selepas mencuba resepi Ayam Masak Bali. Ya Allah... rasanya 95% sama! Rasa nak menangis masa makan tengahari tadi.. Jadinya sesi makan tengahari tadi jadi sesi saya mengimbau kenangan di Jerman, berkongsi cerita dengan anak-anak. :) Cuma seingat saya kenalan tersebut menggunakan daun limau purut bagi menggantikan daun kari. Itupun kami cuma dapat bekalan daun limau purut kering di Jerman.
Sebab saya masak untuk 300-400g ayam je, jadi sukatan saya agak-agak je dan saya tambahkan sedikit kentang. Tapi resepi di bawah ni resepi asal dari FB Aisha Shukor.. Tak edit pun, just copy paste dari FB dia je... dan saya lupa nak letak belacan! hehe itulah suka derhaka resepi... Tadi makan dengan lemak pucuk manis (asin-asin) yang saya kutip dari edible garden saya, ulam pegaga juga dari edible garden dan ikan kembung goreng.
Ayam Masak Bali.
- 1 ekor ayam dibersihkan n selawat,tos..kunyit garamkan xperlu byk sgt..cukup satu camca kecil garam n kunyit..
- Panaskan minyak satu cawan..minyak mmg lebih sikit..nti nk guna utk tumis..goreng ayam xperlu garing..nk juicy2..angkat
- Ok,disebabkan uolls xpnh rasa original nyer,sila ikut resepi ni sebiji2 ya..jgn tanya kenapa byk tu ok..ikut je..jgn degil..hihi..jgn risau..In Sha Allah jadi..sukatan utk seekor ayam..
1)Blend Cili kering segenggam..Bawang besar yg merah ya 6biji (byk bwg br sedap),bwg putih satu labu,halia sikittt je,hujung jari kelingking n belacan besar stgh ibu jari
2) Serai dititik-8btg (ni yg kurus ya..klau serai yg gemuk2 tu cukup 5btg)
3)Daun kari 6tangkai-cuci n tos
4)Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic sy atas tu)
5)Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance)
6)garam dua camca kecil
2) Serai dititik-8btg (ni yg kurus ya..klau serai yg gemuk2 tu cukup 5btg)
3)Daun kari 6tangkai-cuci n tos
4)Kicap tamin (renjis smp dpt warna mcm pic sy atas tu)
5)Gula 3sudu besar (jgn risau manis,sbb nti rasanye akn balance)
6)garam dua camca kecil
- Minyak ayam td tu,gorengkan serai,sampai separa coklat
- Masukkan daun kari smp garing (bkn hangus)..api sederhana ya
- dah dpt warna cantik camtu,baru masuk semua yg dh blend td..tumis smp naik bau n garing
- Masuk gula,garam n renjiskan kicap dlm 5kali renjis..jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon..
- Masukkan ayam n masak lagi 10minit
- Siap..jgn makan terus lps masak..biar la dulu dlm stgh jam..mkn esok lg aduii sedapppnyerr..Selamat Mencuba
![]() |
| Ayam Masak Bali |
Saturday, November 14, 2015
House Renovation - Part 1
Plan nak renovate rumah Melaka dah lama tersimpan, tapi cuma baru-baru ini Allah permudahkan urusan kami untuk buat pengubahsuaian rumah kami. Ramai yang bertanya: dah nak balik Melaka ke buat renovation ni? Atau, tak duduk lagi buat apa nak renovate bagai. Tak kurang juga yang bising sebab membazir katanya - alasan sama sebab kami tak duduk lagi.
Hmm setiap orang ada perkiraan masing-masing kan? Kami cuma buat congakkan kasar, harga bahan binaan dan upah meningkat saban tahun. Tak rugi rasanya kami buat pengubahsuaian iaitu penambahan binaan kekal tanpa aksesori dalaman tambahan. Saya hanya tambah dapur berserta table top, buat stor dan laundry area.
Untuk kerja pengubahsuaian ni kami lantik firma adik Izzad, Akar Rustika dari Shah Alam sebagai arkitek dan kontraktor. Senang berurusan dengan orang yang kami kenal dan percaya. Tak mahu lagi kena seperti kes ubahsuai dry kitchen dulu, bayar mahal tapi semua yang kami nak tak dapat! Dahtu satu sen pun tak dikurangkan walau janji nak beri barang berkualiti, tetapi yang kami dapat standard biasa-biasa. Cuma soft locking door system untuk kitchen cabinet yang jadi pengubat hati!
Perbincangan lapan mata kami buat semasa balik raya haji di rumah MIL pada September lepas, walaupun sebenarnya yang banyak bercakap adalah biras saya selaku MD dan saya sebagai pelanggan. Dua orang adik beradik, suami saya dan adik lelakinya jadi pemerhati dan hanya menyampuk sesekali je. Rekaan mengikut kehendak saya, suami cuma tengok plan dan approved mengikut bajet yang kami peruntukkan. Semuanya mudah sebab kehendak kami biasanya tak banyak beza. Kami mementingkan praktikaliti dan simple. Jadi saya cuma pastikan ikut je 2 perkara tu, pasti akan approve! ;)
Projek ubahsuai kali ini melibatkan penambahan struktur binaan kekal di bahagian belakang rumah bersaiz 26 x 9 kaki. Dapur utama bersaiz 20 x 9 kaki berserta table top konkrit 9 x 7 kaki, stor penyimpanan barang 6 x 3 kaki dan laundry area 6 x 4.5 kaki. Mengikut perancangan asal, satu binaan pergola di depan rumah juga akan dibuat, tetapi bila difikir semula, binaan kayu tersebut boleh aje dibuat kemudian kerana pemasangannya mudah dan tak memakan masa. Cuma binaan kekal di bahagian dapur yang jika dibuat selepas kami pindah akan sedikit mengganggu rutin harian - habuk, bising dan sebagainya.
Jadi pada 05.10.2015 kerja-kerja ubahsuai mula dijalankan. Saya berikan mereka 20.11.2015 sebagai date line untuk menyiapkan dapur saya. Biras saya Naem sentiasa memaklumkan saya tentang progress ubahsuai. Syarat saya cuma satu, bekalkan barang-barang yang berkualiti sebagaimana yang tertakluk dalam perjanjian.
Dua minggu selepas kerja-kerja dimulakan, dapur saya dah siap 65%. Proses mencari dan menunggu jubin dapur agak memakan masa. Keseluruhan dinding menghadap belakang dan dinding kanan saya pasang jubin dari lantai ke siling. Senang nak bersihkan nanti dan tak perlu nak cat! Teringat Frau Mueller, tukang masak semasa saya tinggal di Schloss Heidelberg untuk persediaan PNDS. Setiap hari selesai menyediakan sarapan pagi untuk kami dia akan bersihkan dan lap semua dinding di dapur. Setiap hari! Kalau ikutkan tak kotor mana pun, tapi dia memang pembersih.
Hmm setiap orang ada perkiraan masing-masing kan? Kami cuma buat congakkan kasar, harga bahan binaan dan upah meningkat saban tahun. Tak rugi rasanya kami buat pengubahsuaian iaitu penambahan binaan kekal tanpa aksesori dalaman tambahan. Saya hanya tambah dapur berserta table top, buat stor dan laundry area.
Untuk kerja pengubahsuaian ni kami lantik firma adik Izzad, Akar Rustika dari Shah Alam sebagai arkitek dan kontraktor. Senang berurusan dengan orang yang kami kenal dan percaya. Tak mahu lagi kena seperti kes ubahsuai dry kitchen dulu, bayar mahal tapi semua yang kami nak tak dapat! Dahtu satu sen pun tak dikurangkan walau janji nak beri barang berkualiti, tetapi yang kami dapat standard biasa-biasa. Cuma soft locking door system untuk kitchen cabinet yang jadi pengubat hati!
![]() |
| Pelan asal projek ubahsuai - pergola di car porch kami KIV dulu |
Perbincangan lapan mata kami buat semasa balik raya haji di rumah MIL pada September lepas, walaupun sebenarnya yang banyak bercakap adalah biras saya selaku MD dan saya sebagai pelanggan. Dua orang adik beradik, suami saya dan adik lelakinya jadi pemerhati dan hanya menyampuk sesekali je. Rekaan mengikut kehendak saya, suami cuma tengok plan dan approved mengikut bajet yang kami peruntukkan. Semuanya mudah sebab kehendak kami biasanya tak banyak beza. Kami mementingkan praktikaliti dan simple. Jadi saya cuma pastikan ikut je 2 perkara tu, pasti akan approve! ;)
Projek ubahsuai kali ini melibatkan penambahan struktur binaan kekal di bahagian belakang rumah bersaiz 26 x 9 kaki. Dapur utama bersaiz 20 x 9 kaki berserta table top konkrit 9 x 7 kaki, stor penyimpanan barang 6 x 3 kaki dan laundry area 6 x 4.5 kaki. Mengikut perancangan asal, satu binaan pergola di depan rumah juga akan dibuat, tetapi bila difikir semula, binaan kayu tersebut boleh aje dibuat kemudian kerana pemasangannya mudah dan tak memakan masa. Cuma binaan kekal di bahagian dapur yang jika dibuat selepas kami pindah akan sedikit mengganggu rutin harian - habuk, bising dan sebagainya.
Jadi pada 05.10.2015 kerja-kerja ubahsuai mula dijalankan. Saya berikan mereka 20.11.2015 sebagai date line untuk menyiapkan dapur saya. Biras saya Naem sentiasa memaklumkan saya tentang progress ubahsuai. Syarat saya cuma satu, bekalkan barang-barang yang berkualiti sebagaimana yang tertakluk dalam perjanjian.
![]() |
| Proses awal penyediaan tapak - kerja ikat besi dengan struktur asal rumah telah selesai |
![]() |
| Proses memlaster bahagian luar dan dalam rumah |
Dua minggu selepas kerja-kerja dimulakan, dapur saya dah siap 65%. Proses mencari dan menunggu jubin dapur agak memakan masa. Keseluruhan dinding menghadap belakang dan dinding kanan saya pasang jubin dari lantai ke siling. Senang nak bersihkan nanti dan tak perlu nak cat! Teringat Frau Mueller, tukang masak semasa saya tinggal di Schloss Heidelberg untuk persediaan PNDS. Setiap hari selesai menyediakan sarapan pagi untuk kami dia akan bersihkan dan lap semua dinding di dapur. Setiap hari! Kalau ikutkan tak kotor mana pun, tapi dia memang pembersih.
Thursday, October 29, 2015
Sketsa di kedai runcit
Beberapa hari lepas saya ke kedai runcit untuk membeli sedikit sayur dan surat khabar. Semasa mengira harga barang yang saya beli, terjadilah dialog berikut..
"Surat khabar ni kakak punya?" Tanya pembantu kedai Acheh merujuk kepada naskhah NST di atas meja.
"A ah." Jawab saya ringkas
"Pandai ek kak baca inggeris."
"Bolehla sikit-sikit."
"Sikit-sikit ye kak? Hmm."
Huhuhu, bila pakai selebet ke kedai, beli NST pun orang tanya boleh baca tak surat khabar tu. Sebab tu ada peribahasa Jerman berbunyi "Kleider machen Leute" yang bermaksud manusia dinilai berdasarkan imej luarannya.
Sebelum ni pun pernah saya ke Tesco, bertshirt lengan panjang, tak berbedak, tanpa handbag sambil mendukung anak lalu di hadapan booth Program Diploma UTM. Bersungguh-sungguh adik di situ memujuk supaya saya mendaftar program mereka.
"Ambil diploma sambil bekerja kak, tak perlu cuti, separuh masa je."
"Takpelah dik, malas dah nak belajar lagi." Jawab saya sambil tersenyum.
Dua tiga hari berikutnya, usai urusan di sebuah agensi dan masih berpakaian ala-ala eksekutif dengan high heel dan handbag, saya lalu di hadapan booth yang sama, tapi kehadiran saya langsung tidak dikejar seperti sebelum itu. See, saya yang bertshirt tanpa make up dianggap tak berpelajaran berbanding saya dengan imej kedua. Saya senyum sendiri dengan ragam dunia.
Di rumah mak mertua pun beberapa kali saya dianggap sebagai maid oleh tetamu yang datang beraya atau ketika kenduri-kendara ketika saya sibuk membantu mengemas. Kejadian yang terbaru semasa raya Aidilfitri tempohari. Seorang saudara jauh mami menegur saya yang baru keluar dari pantry dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya yang menunggu giliran untuk mengambil makanan.
"Oh ni pekerja baru ke, dah lama kerja sini."
"Saya? Oh tak, tak, saya menantu mami."
Saudara mami tersenyum kelat dan dapat saya lihat merah mukanya menahan malu. Saya hanya tersenyum dan menyambung kerja di dapur.
Petang tu terjumpa dia di rumah mak saudara mami yang saya panggil Tok Su dan dia datang kepada saya meminta maaf sebab menganggap saya sebagai maid. Saya hanya tersenyum sambil berkata, tak mengapa. Tok Su yang terdengar perbualan kami bertanya, tetapi saya hanya senyum je.. Dan tok Su menambah..
"Nape? Dia kata Dah maid mami ke?" Saya dan Tok Su masing-masing hanya ketawa. Dan saudara jauh mami tu tersenyum simpul malu.
Tok Su selalu marahkan saya bila tolong maid mami buat kerja. Tok Su pernah kerja kat rumah mami masa saya balik bercuti dengan Nina tahun 2003 dulu. Kerja Tok Su cuma tolong-tolong mami siram bunga dan buat kerja luar. Bila turn saya bawa Nina ke rumah Tokmi dia, memang Tok Su la jadi kawan saya berbual, sambil bantu dan teman dia buat kerja.
Kleider machen leute... betullah peribahasa tu ;)
Tuesday, October 6, 2015
Brownie Kedut aka Chewy Goey Brownie
Minggu lepas saya buat Brownie Kedut aka Chewy Goey Brownie. Resepi dapat dari Afzan Mohd di FB. Semoga murah rezeki beliau yang tak lokek berkongsi resepi. Siap pesan lagi dia halalkan kalau orang nak buat berniaga! Ada sesetengah orang tu, dah kongsi resepi kat FB tapi bila orang dok share tak beritahu, dia marah-marah. Tak faham betul. Dah share kat FB, lepas tu set untuk tatapan umum, biasalah orang anggap memang kita betul-betul nak share kan? So tak perlulah nak sentap tak tentu pasal, iye tak? Dia tak tahu berapa banyak pahala dia dapat bila ramai orang yang share dan ramai pulak yang dapat manfaat dari resepi tersebut.
Ok saya pun nah share resepi Afzan, moga resepi ni jadi amal jariah beliau kelak. InsyaAllah.. Betul kata Afzan, brownie ni tak terlalu cakey dan tak terlalu chewy. Sangat sedap! Bahan pun tak mahal sangat dan berbaloi untuk dicuba. Ok jom kita tengok resepinya..
![]() |
| Brownie Kedut |
Brownie Kedut
Bahan 1:
100g butter suhu bilik - buttercup atau sebarang jenis butter lain
100g gula biasa
90g gula perang
2 biji telur - saya guna 3 biji sebab saiz telur kecil
Bahan 2:
40g dark chocolate button Beryl - saya guna Selbourne
Secubit nescafe - saya guna 2 sudu teh kopi pekat sebab kehabisan stock nescafe
Bahan 3:
100g tepung gandum
40g serbuk koko
3g garam - saya tinggalkan garam sebab guna salted butter
** Gaul bahan kering dan ayak
Bahan 4:
90g dark chocolate button
Cara:
- Campurkan butter, gula biasa, gula perang. Panaskan dengan api perlahan sampai butter cair. Bila nampak macam ada lapisan minyak, ketepikan dari api.
- Gunakan whisk dan kacau seketika hingga suam, dalam 1 minit macam tu. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. Adunan akan jadi sedikit likat. Kacau hingga betul-betul sebati.
- Kemudian ketika masih suam, masukkan bahan-bahan 2. Kacau hingga coklat cair. Adunan akan jadi likat.
- Gunakan spatula. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik setiap kali selepas masukkan tepung. Kaup balik hingga adunan jadi licin. Tunggu 5 minit.
- Masukkan bahan 4 dan kacau sekali dua sahaja. Tuang dalam adunan 8x8 inci yang dialas kertas pembakar. Bakar selama 25 minit sahaja pada suhu 160 C. Kalau suka boleh tabur nut sebelum bakar. Dah siap boleh keluarkan dari oven dan tunggu sejuk baru potong.
Brownie ni sedap kalau dipanaskan 20 saat dalam micro wave sebelum dihidangkan. Choc button dalam tu akan cair sedikit. Tapi kalau makan macam tu je pun dah ok.. Kalau nak potong, gunakan pisau yang tajam dan lap bersih pisau sebelum potongan berikutnya. Dengan cara ni akan terhasil potongan yang bersih dan cantik. Tapi untuk makan sendiri ni saya main taram je... anak-anak pun dah tak sabar tunggu... Jadi apa lagi.. cubalah!
Aktiviti to kill the time
Dah dua hari sekolah ditutup sebab jerebu. Anak-anak pun kebosanan sebab tak boleh keluar rumah. Jadi semalam Nina dan Amira cuba buat Chocolate Muffin. Ok saya serahkan dapur kat mereka, duduk jauh-jauh walau dalam hati bergelodak nak datang dekat. Tak boleh datang dekat nanti saya petpotpetpot.. cerewet kan mama diaorang ni ;). So daripada mereka cuak, baiklah saya menjauhkan diri, cuma sebelum mereka mula tu pesan apa nak kena buat, cuci telur bersih-bersih dan pastikan ikut resepi step by step. Mereka guna resepi mana tah, Nina yang google di Internet.
Lepas batch pertama dah masuk oven, Nina datang..
"Ma, dalam resepi ada suruh letak gula, tapi kenapa kat cara buat takde pun letak gula?"
"Abistu Nina letak gula tak?"
"Nina tak letaklah.."
"La.. kalau tak letak, tak manislah, bak resepi tu mama tengok."
Selepas belek.. hmm memang takde step letak gula pun... samada dia yang salah salin, atau....
"Dah yang baki tu pergi sukat dan tambahkan gula."
"Ok ke ma? Tak apa?"
"Tak pe boleh je, tapi lain kali kena hati-hati.."
![]() |
| Cubaan pertama Nina & Mira bakar muffin |
So inilah hasilnya Choc Muffin Nina dan Mira. Saya beri markah 6 la dari 10. Rasa agak baik cuma tektur muffin yang tak mencapai kualiti muffin dan rasa soda bikarbonat yang agak kuat. Hasil yang pada saya cukup baik untuk anak-anak berusia 12 dan 10 tahun. Saya dulu umur 16 tahun baru belajar buat kek. Ingat lagi resepi kek span pandan yang mak dapat semasa pergi tengok orang buat demonstrasi buat kek di Bilik GPW kat kampung. Saya ikut resepi tu step by step, tapi 2 kali cubaan saya tak menjadi.. Huwaaa sedihnya. Dahla setiap satu adunan perlukan 10 biji telur. Bahan-bahan yang bukan murah untuk ekonomi keluarga kami waktu tu.
Selepas gagal kali kedua, abah tanya nak buat lagi tak? Saya jawab, tak nak! Abah pujuk supaya jangan putus asa.. tapi saya memang serik. Tak pernah sekali pun saya buat kek sampailah saya belajar di Jerman dan buat kek pertama sempena birthday saya yang ke 23. Pun tak berapa nak menjadi, tapi selepas tu saya banyak beli buku kek, buat ikut resepi. Yang buat lagi bersemangat sebab bahan-bahan untuk buat kek murah di Jerman. Jadinya skill semakin baik dari sehari ke sehari.. Macam-macam kek saya buat. Yang paling kerap Brownie, Apple Cake dan Streussel Cheese Cake. Kalau dessert tu memang Tiramisulah yang jadi pilihan.
Selepas gagal kali kedua, abah tanya nak buat lagi tak? Saya jawab, tak nak! Abah pujuk supaya jangan putus asa.. tapi saya memang serik. Tak pernah sekali pun saya buat kek sampailah saya belajar di Jerman dan buat kek pertama sempena birthday saya yang ke 23. Pun tak berapa nak menjadi, tapi selepas tu saya banyak beli buku kek, buat ikut resepi. Yang buat lagi bersemangat sebab bahan-bahan untuk buat kek murah di Jerman. Jadinya skill semakin baik dari sehari ke sehari.. Macam-macam kek saya buat. Yang paling kerap Brownie, Apple Cake dan Streussel Cheese Cake. Kalau dessert tu memang Tiramisulah yang jadi pilihan.
Harini mereka merengek nak buat Chewy Goey Brownie aka Brownie Kedut pulak. Jadi dapur diserahkan sekali lagi kepada mereka. Saya ok je asalkan mereka pandai kemas selepas buat kerja. Dan wow! Mereka memang kemaskan dapur seperti keadaan asal.. Suka, suka, suka :)
![]() |
| Ninamira ChewyGoeyBrownie |
Saya minta diaorang derhaka pada resepi, guna separuh dark chocolate dan separuh milk chocolate. Hasilnya, kalau ikut resepi asal lagi sedap. Bila guna milk chocolate, hmm tekstur dia rapuh sikit dan rasa agak milky. Ok yang ni saya beri 9/10. Lulus dengan baik! Nak tahu apa komen Kimi si drama king tu?
"Ermmm kek yang tersedap di alam semesta ini"
Hahaha mau tak menyengih panjang si kakak-kakak dengar pujian Kimi. Sekejap je dah abis satu loyang. Misi lepas ni nak ajar mereka buat puding roti pulak. Puding roti ni favourite Amira. Hujung minggu ni kot boleh buat...
Tuesday, September 15, 2015
Top 100 RHB-NST National Spell It Right - State Challenge, Galleria Kotaraya, JB
Pada 4 September 2015, Nurina terpilih sebagai salah seorang peserta Top 100 RHB-NST National Spell It Right - State Challenge yang diadakan di Galleria Kotaraya, Johor Bahru.
Pada pusingan Preliminery di UTM Skudai yang diadakan pada 10 April lepas Amira turut serta, tetapi tidak terpilih ke pertandingan peringkat negeri. Nurina dan 3 rakan lain dari SK Taman Rinting 3 (Nursyafiqah, Irfan Isqandar, Farid Hakimi) membawa cabaran untuk bersaing dengan peserta lain dari seluruh Johor.
Pada pusingan Preliminery di UTM Skudai yang diadakan pada 10 April lepas Amira turut serta, tetapi tidak terpilih ke pertandingan peringkat negeri. Nurina dan 3 rakan lain dari SK Taman Rinting 3 (Nursyafiqah, Irfan Isqandar, Farid Hakimi) membawa cabaran untuk bersaing dengan peserta lain dari seluruh Johor.
Nurina tewas di pusingan akhir kalah mati (sudden death) untuk pemenang kumpulan kepada penyandang juara tahun lepas yang juga juara tahun 2015. Tak mengapa, job well done dear. I'm so proud of you!
![]() |
| Peserta kelima, Group 1 |
![]() |
| 1 to 1 sudden death |
![]() |
| Preliminary pada April 2015 di UTM Skudai: Nurina 3 dari kiri, Amira 5 dari kiri |
Friday, June 12, 2015
Banana muffins with choc chips and honey-cinnamon walnut
Mak aii dah bersawang blog ni. Lama betul tak update.. Alasan? Hahaha sibuk kot.. tak sempat.. tak ada idea :) Ok alang-alang dah update ni, apa kata kita tengok resepi muffin pisang ni. Mudah dah sedap!
Banana muffins with choc chips and honey-cinnamon walnut
Bahan: untuk 12 cups muffin
1 ½ cawan tepung
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
¼ st garam
¾ cawan gula castor (saya kurangkan satu sudu besar gula castor, tambahkan 1 sudu besar gula perang)
1 st esen vanilla
3 biji pisang di lecek
1 biji telur
1/3 cawan mentega cair (saya gantikan dengan minyak jagung)
Walnut – dicincang, gaul dengan 1 sudu besar madu dan ½ sudu teh serbuk kayu manis
Choc chips
Cara:
- Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat. Masukkan garam, gula dan gaulkan sebati bahan kering.
- Pukul telur dengan whisk. Masukkan pisang lecek, vanilla dan minyak, gaul sebati.
- Tuangkan bahan kering ke dalam bahan cair dan gaul sebati dengan senduk. Jangan terlebih gaul!
- Sudukan adunan ke dalam paper cup ¾ penuh atau lebih sedikit kalau nak dapatkan muffin yang naik gebu.
- Taburkan choc chips dan walnut
- Bakar dengan suhu 175 C selama 25 minit. Angkat dan biarkan sebentar sebelum disejukkan
Thursday, December 25, 2014
ProKIDS di Savanna Hill Resort
Alhamdulillah hasrat untuk hantar Nurina dan Amira mengikuti Program Kembara Iman dan Solat (ProKIDS) anjuran Ustaz Ebit Lew dan Transform Training & Consultancy dipermudahkan. Saya daftarkan Nurina dan Amira pada 17.11.2014 setelah terbaca mengenai program tersebut di Facebook. Dan pada 6-8 Disember lepas, Nurina dan Amira selamat mengikuti kem 3D2N yang diadakan di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram.
![]() |
| Izzad, Nurina dan Amira di hadapan Dewan Savanna Hill Resort |
Seminggu sebelum program, kami dah tinjau lokasi dan persekitaran. Alhamdulillah semuanya ok dan confident untuk melepaskan anak mengikuti program tersebut meningkat ke 95%. Nurina pada mulanya agak keberatan, tetapi Amira memang teruja sejak saya mula beritahu tentang rancangan kami untuk hantar mereka mengikuti program tersebut.
Selepas sesi pendaftaran pada 6.12.2014, ada sesi ibubapa bersama Ustaz Ebit Lew. Alhamdulillah banyak yang dapat kami bawa ke rumah untuk dijadikan amalan, antaranya bacaan Hadis di rumah yang lama tertangguh untuk saya mulakan.
Harapan saya dan suami agar PROKIDS akan sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk mendidik anak-anak soleh dan solehah di samping memperbaiki cara hidup kami ke arah yang lebih positif.
Tak sangka akan bertemu anak saudara saya yang juga menghantar dua anaknya ke kem. Jumpa kawan Kama-technician Izzad yang menghantar adiknya. En Sahril, jiran selang 3 buah rumah dan Haji Azizan juga ahli kariah Surau Beringin.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Ebit Lew, En Abd Rahman Lew, Pak Mail, kru Transform dan fasilitator. Semoga usaha anda menjadi asbab perubahan positif pada anak-anak kami.
![]() |
| Sesi pendaftaran - gambar ihsan FB Ustaz Ebit Lew |
![]() |
| Sesi ibu bapa bersama Ustaz Ebit Lew - gambar ihsan FB UEL |
![]() |
| Pooh dan Kitty menghiburkan anak-anak kecil sementara program ibu bapa bersama Ustaz Ebit Lew berlangsung - gambar ihsan FB UEL |
![]() |
| Program untuk anak-anak - gambar ihsan FB UEL |
![]() |
| Amira dalam kumpulan - gambar ihsan FB UEL |
![]() |
| Nina dalam kumpulan - gambar ihsan FB UEL |
![]() |
| Aktiviti anak-anak - gambar ihsan FB UEL |
![]() |
| Owh Amira menangis... :"( - gambar ihsan FB UEL |
![]() |
| Nurina... - gambar ihsan FB UEL |
![]() |
| Buku Ustaz Ebit yang sempat kami beli.. 4 buah hanya RM70 |
Thursday, October 16, 2014
Review: Kedai Makan Rahmat, Kampung Pasir Putih
Dah lama tak review makan-makan. Lately ni kurang mencuba makan tempat baru, tambahan selepas my dearest berhenti smoking, dia agak fragile dan perlu jaga makan, salah makan memang kesianla. Salah satu sebab dia balik lunch kat rumah sekarang ni, sebab kurang selera nak makan di luar. Bagus juga, boleh tambah pahala masak untuk keluarga ;). Jadi saya dah ubah rutin masak dari petang ke pagi. Kadang-kadang masih masak petang juga kalau lauk habis.
Ok berbalik ke Restoran Rahmat. Ia merupakan salah satu port En Hubby makan tengahari semasa dia masih keluar makan dengan kawan satu office. Dah lama dia nak bawa kami ke sana, tapi asyik tak berkesempatan. Kebetulan mak ada datang dan menginap di rumah kami selama 2 minggu sebelum Aidiladha tempohari, jadi bawa mak sekali ke sanaa.
Speciality Restoran Rahmat ni adalah Ikan Siakap Goreng Garing. Dimakan dengan kicap-lada-bawang dan sambal belacan. Kami buat reservation terlebih dahulu sebab restoran ni memang selalu penuh terutama hujung minggu. Kami pesan seekor siakap goreng saiz besar, udang goreng, sambal tempe, sayur kacang (ala-ala sambal goreng jawa). Anak-anak bukan jenis yang makan sangat, jadi seekor ikan memang cukup. Lagilah Kimi dan Fahmi leka tengok anak-anak ikan todak di laut, makan pun sikit je.
Komen saya:
Menu: Siakap goreng memang sedap. Sambal tempe agak manis bagi selera saya. Pisang disediakan sebagai pencuci mulut.
Service: Sangat cepat. Kami datang peak hour, tapi masa menunggu memang tak lama.
Harga: Amat berpatutan. Ok banyak kalau nak dibandingkan dengan Senibong! ;)
Lokasi: Agak memeningkan terutama untuk orang luar kerana ia terletak di dalam kawasan kampung, di tepi laut.
Ok, saya tak snap gambar pun semasa kami makan, jadi terpaksa pinjam gambar dari hungrygowhere dan johorkaki.blogspot
Lokasi Restoran Rahmat.
Speciality Restoran Rahmat ni adalah Ikan Siakap Goreng Garing. Dimakan dengan kicap-lada-bawang dan sambal belacan. Kami buat reservation terlebih dahulu sebab restoran ni memang selalu penuh terutama hujung minggu. Kami pesan seekor siakap goreng saiz besar, udang goreng, sambal tempe, sayur kacang (ala-ala sambal goreng jawa). Anak-anak bukan jenis yang makan sangat, jadi seekor ikan memang cukup. Lagilah Kimi dan Fahmi leka tengok anak-anak ikan todak di laut, makan pun sikit je.
Komen saya:
Menu: Siakap goreng memang sedap. Sambal tempe agak manis bagi selera saya. Pisang disediakan sebagai pencuci mulut.
Service: Sangat cepat. Kami datang peak hour, tapi masa menunggu memang tak lama.
Harga: Amat berpatutan. Ok banyak kalau nak dibandingkan dengan Senibong! ;)
Lokasi: Agak memeningkan terutama untuk orang luar kerana ia terletak di dalam kawasan kampung, di tepi laut.
Ok, saya tak snap gambar pun semasa kami makan, jadi terpaksa pinjam gambar dari hungrygowhere dan johorkaki.blogspot
Lokasi Restoran Rahmat.
![]() |
| Peta Restoran Rahmat. Gambar hungrygowhere.my |
Restoran Rahmat
No. 3, Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor
GPS: 1.434552,103.931629
Waktu operasi: 10.30 pagi - 3.30 petang
![]() |
| Restoran Rahmat. Gambar dari johorkaki.blogspot |
![]() |
| Siakap goreng garing, udang goreng, kicap-lada-bawang. Gambar dari johorkaki.blogspot |
Friday, September 26, 2014
Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Child's car seat)
Baru-baru ni terbaca artikel yang dipautkan ke FB oleh seorang rakan mengenai kerusi keselamatan kanak-kanak. Artikel yang disiarkan di Paultan.org amat menarik dan patut diberi perhatian oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.
Malaysians need to start putting their children in child car seats when travelling in their cars
Menetap di Jerman sewaktu mempunyai anak kecil, kami terbiasa dengan undang-undang di sana yang mewajibkan kanak-kanak diletakkan di dalam kerusi keselamatan sewaktu menaiki kereta. Car seat merupakan antara barang keperluan bayi yang saya beli sebelum kelahiran Nurina dulu. Beli di Ebay sahaja dengan harga EUR57 untuk Maxi Cosi Citi. Barang baru, bukan terpakai. Mungkin penjual mendapat banyak hadiah yang sama semasa kelahiran anak, dan akhirnya menjual kembali dengan harga murah.
| Nurina di dalam Maxi Cosi Citi 0-13kg |
Maxi Cosi ni saya gunakan daripada Nurina hingga anak yang bongsu Fahmi, dan sekarang saya turunkan kepada anak adik yang kecil.
Berbalik kepada kerusi keselamatan, saya setuju dengan pandangan penulis di Paultan. Pihak berkuasa di Malaysia seharusnya mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan untuk penumpang cilik. Kajian menunjukkan, apabila kita melakukan brek kecemasan sewaktu memandu dengan kelajuan kereta hanya 30km/h pun boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Cuba bayangkan apa yang boleh berlaku ke atas kanak-kanak ini di dalam kereta jika mereka dibiarkan tanpa kawalan keselamatan yang sepatutnya?
Sebilangan ibu bapa yang mempunyai MPV kadangkala bangga memuatnaik gambar anak-anak mereka bergelimpangan di bahagian belakang, kononnya untuk menunjukkan betapa luasnya MPV mereka. Mereka sebenarnya berfikiran singkat. Sayang anak tapi tak bertempat. Bayi dan kanak-kanak perlu diletakkan di dalam kerusi keselamatan yang sesuai dengan usia mereka sewaktu menaiki kenderaan.
![]() |
| Kedudukan bayi dan kanak-kanak kecil di dalam kereta - gambar dari internet |
![]() |
| Kerusi keselamatan untuk kanak-kanak - gambar dari internet |
Anak-anak saya memang wajib duduk di car seat sejak lahir lagi. Biasanya dari usia bayi hingga 12++ bulan memang tak ada sebarang masalah. Kadang-kadang mereka tidur sepanjang perjalanan dari Johor ke Terengganu yang mengambil masa antara 8-10 jam bergantung kepada keadaan trafik dan juga masa rehat. Tips: Biarkan anak penat bermain sebelum bertolak, bila penat mereka akan cepat lelap di dalam kereta. Kadang-kadang tak sampai 10 minit bertolak, mereka dah tertidur ;). Pada usia 13-16 bulan, akan ada fasa memberontak, di mana mereka akan menangis dan menolak bila diletakkan di dalam car seat. Ataupun mereka akan bosan dan akhirnya merengek dan menangis. Cuba alihkan perhatian mereka dengan mainan and the worst what we did - lekakan mereka dengan DVD Player di dalam kereta ;). Dan sebagai ibu bapa, kita kena tegas dan jangan mengalah dengan tangisan anak. Orang kata kena hati kering sedikit. Bila kita tegas, mereka akan tahu, menangis macam manapun, kita tak akan mengalah dan mereka akan faham dan menurut akhirnya.
Anak-anak saya pun tak terlepas dari fasa tersebut. Apa yang kami buat? Kekal dengan rules - tak mengalah dan angkat anak-anak dari car seat. Pernah sekali Amira menangis dari rumah mak ke Melaka. Perjalanan selama 1 jam 15 minit disulami dengan raungan dan jeritan Amira. Saya keraskan hati walaupun Allah je yang tahu sedihnya tengok dia menangis. Dan itulah satu-satunya episod dia menolak untuk diletakkan di car seat. Selepas tu menangis sekejap-sekejap dan boleh dipujuk. Fahmi pula ada dua kejadian dia menangis tak mahu duduk di dalam car seat sewaktu saya memandu sendiri dari Kuantan ke Muar. Sepanjang perjalanan dari Pekan ke Muadzam Shah dia tak berhenti menangis. Saya abaikan tangisan dia sebab tiada tempat sesuai untuk berhenti dan saya perlu fokus kepada pemanduan - bawa 4 orang anak tu di belakang. Kejadian berikutnya sewaktu perjalana dari Muar ke Pasir Gudang, dia tak berhenti menangis dari Machap sampai ke rumah sehingga Nurina dan Amira kehabisan modal nak entertain adik mereka. Kata kuncinya di sini, jangan mengalah dengan anak-anak dan kena bersedia untuk pekakkan telinga untuk sekali dua. Pasangan pun kena beri kerjasama juga sebab tanpa kerjasama pasangan, memang tak berhasillah.
![]() |
| Amira dengan Graco CarGo, Nurina dengan Graco Tri Logic, Fahmi di dalam Roemer King, Hakimi di belakang di dalam Sweet Cherry |
Untuk jenama pula, beli yang mampu milik. Jenama luar negara memang agak mahal, tapi menang memakai. Saya hanya beli kerusi keselamatan bayi Maxi Cosi sekali sahaja untuk kegunaan anak-anak saya seramai 4 orang. Kerusi stage 2, Roemer King pun dipakai oleh Nurina, Amira, Hakimi dan Fahmi. Kerusi Stage 3 - Graco CarGo, sekarang ni Fahmi yang pakai. Untuk stage 4 bagi usia 8 - 12 tahun, kami belikan Nurina dan Amira Graco Tri Logic. Semuanya samada kami beli yang terpakai di Internet atau semasa jualan murah di butik kanak-kanak. Sekali modal RM300 - RM400 bagi kerusi jenama luar negara untuk kegunaan 4 orang anak dalam tempoh 10 tahun, rasanya pelaburan yang berbaloi.
![]() |
| Graco Car Go |
![]() |
| Graco Tri Logic Pedic |
| Roemer King |
Saturday, August 16, 2014
Resepi: Choc Brownie
Hari ni buat makan-makan sikit untuk staff Izzad di QA/QC dept. dan panggil staff Serimax yang tinggal satu taman dengan kami. Staff Izzad pun cuma yang di office je, yang di workshop tak panggil pun. Saya tak buat menu raya sebab fikir-fikir bila ke open house kita akan jumpa menu yang hampir sama di setiap rumah. Jadi kami buat menu western supaya tetamu makan makanan lain sikit selain ketupat, soto, rendang etc tu. Kami buat curry wurst, lime chicken, garden salad. Dessertnya choc brownie dan juga marble cheese brownie.
Saya dapat resepi choc brownie ni dari kawan adik.. Saya kongsikan di sini... Moga berpanjangan pahala dia yang bermurah hati berkongsi resepi.
Brownies mudah
350g cooking choclate #saya guna 100g semi sweet choc (Beryls/Selbourne) +250g cooking choc
50g brown sugar #saya tambah 30-40g gula pasir
100g butter
3 bj telur
½ cawan serbuk badam #saya letak 1/4 cawan sahaja
1 sudu teh esen vanilla
100g Kacang walnuts (chopped) #saya campurkan dengan almond
Choc chips
Ayak bersama:
Tepung 150g
1sdteh baking powder
Cara:
Double boil choc dan butter bersama, ketepikan hingga suam
Alas loyang. Pre heat oven 180°c
Pukul telur dan brown sugar
Masukkan coklat gaul sebati
Masukkan tepung + serbuk badam sedikit sedikit sampai habis
Masukkan half kacang walnuts
Masukkan ke dalam loyang pembakar 9x9". Ratakan dan taburkan baki walnut dan choc chip. Bakar dengan suhu 170 C selama 30 minit. Angkat dan sejukkan.
Untuk Drizzle:
50 g cooking choclate
50 ml whipping cream
satu sudu besar butter
satu sudu besar golden syrup - tiada pun tak mengapa
satu sudu besar golden syrup - tiada pun tak mengapa
Panaskan dalam periuk sehingga agak pekat. bila sejuk boleh drizzle atas brownie
## masa bakar berbeza mengikut jenis oven yang digunakan. masa mungkin berbeza +-5 minit.
## untuk langkah penjimatan elektrik, saya tak pre heat oven
## untuk langkah penjimatan elektrik, saya tak pre heat oven
Tuesday, May 20, 2014
Resepi : Tiramisu
Dah hampir sebulan mascarpone menginap di dalam fridge tak berusik. Hajat hati nak buat Tiramisu asyik tertangguh. Penyakit mim-alif-lam-sin memang kronik sungguh. Jadi semalam selepas menyiapkan Couscous untuk makan malam, saya buat Tiramisu. Alhamdulillah, Tiramisu masih dan tetap my preferred dessert ever :). Saya kongsikan resepi mudah Tiramisu di sini.
Tiramisu*
500g mascarpone cheese - cth Galbani mascarpone
400g lady fingers biscuit
120g gula
4 biji telur
Secubit garam
1 sudu teh vanilla
100g Coklat parut
Air kopi
Cara:
- Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang dan likat **. Masukkan mascarpone dan gaulkan sehingga sebati.
- Dalam bekas berasingan pukul putih telur dengan secubit garam. 30saat selepas dipukul, tambahan vanilla dan teruskan pukul putih telur hingga kembang. Kaupkan separuh putih telur ke daam campuran mascarpone + kuning telur hingga sebati. Kaupkan separuh lagi ke dalam adunan.
- Sediakan air kopi
- Celupkan bahagian lady fingers yang tak bergula ke dalam air kopi dan aturkan dlam serving dish - yang dicelup kopi ke bawah. Bila dah siap satu lapisan, tuangkan campuran mascarpone ke atas lady fingers. Taburkan coklat parut.
- Lapiskan sekali lagi dengan lady fingers yang dicelup kopi. Lapiskan dengan mascarpone dan taburkan dengan coklat parut. Cukup 2 layer untuk satu serving.
- Lebihan, buat step yang sama untuk serving dish yang kedua. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam di dalam peti ais sebelum dihidangkan, semalaman lagi elok.
*Untuk Tiramisu ni saya buat separuh adunan (gunakan 3 biji telur gred B) dan gantikan biskut lady fingers dengan sponge cake. Kopi pun guna strong instant nescafe je. Rasa tetap marvellous, cuma textur agak kasar kalau nak dibandingkan dengan lady fingers.
**Boleh juga kalau nak guna teknik double boiled. Pukul kuning telur hingga kembang, ketepikan, masukkan gula dan teruskan pukul sampai suhu telur kuning turun baru masukkan mascarpone.
Sunday, May 4, 2014
Johor Premium Outlet
Hari Khamis 1 Mei kami ke Pontian menghadiri majlis perkahwinan dua orang bekas staff Serimax. Roha bertemu jodoh dengan Jonathan. Seorang lagi engineer Perancis yang tersangkut dengan perempuan Melayu :). So to all French parents out there, if you don't want to have an Asian daughter in law, please don't let your sons to come over here :p. Ramai juga staff Serimax yang datang. Sebahagiannya saya kenal dan ada juga yang baru pertama kali jumpa.
Selesai majlis Izzad ajak singgah ke JPO. Hahahaha macam orang mengantuk disorongkan bantal kan? That's one of his character, that I love ;). Kami mula ronda di ground floor dahulu. Coach ada discount up to 60%, tapi orang beratur, mak aiii panjangnya. Lalu jela tepi tu. Masuk outlet Esprit, si Kimi dok sibuk mencuba winter coat. Siap suruh beli lagi. Duh nak ke mana dengan winter coat tu?
Kebanyakan outlet mempamerkan diskaun bermula 10% - 70%. Saya tak masuk semua outlet. Outlet yang barangnya memang saya tak akan beli macam Diane von Furstenberg, Armani, Salvatore Ferragamo, Burberry tu memang saya tak masuk la. Pertanyaan Izzad: "Ayang tak nak masuk Diane von Furstenberg?" saya jawab dengan senyum sumbing ;). Kami cuma ronda ke outlet sport, parfume, kids apparel etc. Jadi sempatlah "tinggalkan" duit kecil di Esprit, Guess, Soda, Voir dan Chocolate Studio! Hampir penuh satu beg memborong coklat.. Hanuta, Milka, Kiss, Kinder Bueno, Snickers (macamla tak ada kat tempat lain Snickers ni?) dan ntah apa coklat lagi.
Kalau nak ikutkan memanglah mereka tempek diskaun sehingga 70% kan. Tapi pilihan memang sangat terhad dengan fesyen yang ntah apa-apa. Macam Winter Schluss Verkauf (Winter sale) kat Jerman je. Masuk GAP, Esprit, Cotton On nak cari baju kids pun tak banyak pilihan. Terkilan gak tak masuk Coach.. Tapi fikirkan nak kena beratur panjang tu.. hmm tak payahla. So dapatlah clutch kat Guess je, 50% less! Citi Chain pun ok juga, ada jam yang sedikit defect diberi diskaun sehingga 30% daripada harga yang dah sedia murah! Kalau tak fikirkan kami berdua baru je beli jam disember lepas, nak juga sambar satu.. sabar... ;)
Izzad je balik dengan tangan kosong dan -wallet yang berjaya kami kosongkan- :p! Isey Miyake tak ada stock, jersey Jerman pun tak ada. Jaket Bayern musim lepas adalah, tapi bukan perlu pun jaket tu jadi dia tak beli. Saya tak belek pun parfume, suruh Izzad je masuk dan belek sendiri. Nanti kalau saya masuk, harus ada yang "terpaksa" ikut balik ;)
So, JPO pada saya yang tak masuk semua outlet ni.. so so la. Nak kata heaven sangat berbelanja kat sini tak juga, biasa-biasa je...
Subscribe to:
Posts (Atom)

































