Semalam Malaysia cuti sempena Maulidur Rasul. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w. Semalam juga merupakan ulangtahun Nina yang ke 10 mengikut kalendar islam. Nurina lahir pada 12 Rabiulawal 1424 @ 14 Mei 2003.
Selepas bersarapan di rumah, kami ke Nagoya untuk membeli langsir kelas Nina dan kain untuk dibuat jubah Nina dan Amira. Selesai urusan di Nagoya kami ke Johor Jaya pula untuk mencari keperluan pejabat Izzad, tapi tak jumpa pun... kesian Izzad :(. Selesai semua urusan dah tengahari, jadi mencari tempat untuk makan tengahari pula. Kami putuskan untuk ke AEON Bukit Indah sebab dah lama tak makan di BBQ Chicken. Sejak BBQ Chicken di Tesco Extra Plentong ditutup, baru dua kali kami ke BBQ Chicken di AEON Bukit Indah - jauh sangat! Kalau tidak, sejak pindah ke sini, dah jadi rutin kami sebulan sekali ke BBQ Chicken Plentong. Nak makan setiap minggu di sana, kopaklah poket.. Sebulan sekali satu keluarga, kira ok lagilah.
Cuti umum, pengunjung AEON pun ramai. Masalah utama tentu nak mencari tempat parking. Masing-masing sibuk mencari tempat parking betul-betul depan pintu masuk. Tak salah nak cari tempat yang strategik, yang salah bila parking di tempat yang tak betul. Jalan dua hala yang boleh memuatkan 3 kereta lalu sebelah menyebelah diparkingnya kiri dan kanan jalan. Macam mana orang nak lalu? Kalau setakat parking sebelah je, bolehlah tahan. Ini sampai menyusahkan orang nak lalu. Sikap mementingkan diri tahap gaban betul!
Oklah, kami pergi tempat yang jauh sikit, banyakkkkkk lagi tempat parking, tapi kena berjalan sikitlah. Hampir ke pintu masuk ke TGV Cinema, ada banyak parking lot untuk OKU. Yang menarik perhatian saya, semua lot tersebut berantai dan berkunci? Sampai macam tu sekali kena buat. Sampai terpaksa dirantai, dikunci untuk mengelakkan orang yang tak berkenaan menyalahgunakan tempat parking khas tersebut! Ada tertera nombor telefon untuk dihubungi sekiranya OKU ingin menggunakan tempat tersebut. Perasaan saya bercampur baur: marah, geram, kecewa, malu. Kalaulah pelancong asing melihat keadaan ini, apa agaknya yang mereka fikirkan? Masyarakat kita memang mementingkan diri sendiri. Tak malu untuk menggunakan kemudahan yang buka hak mereka untuk menggunakannya. Kalau di Tesco, orang kita yang tak membawa anak-anak kecil tanpa rasa bersalah dan malu, selamba je menggunakan parking lot yang dikhaskan untuk ibu bapa yang membawa anak-anak kecil.
Kalau di barat, tempat duduk di dalam bas atau keretapi yang dikhaskan untuk OKU, warga emas dan ibu-ibu mengandung akan kekal kosong jika tiada 3 golongan tersebut walaupun bas penuh dan mereka lebih rela berdiri daripada mengambil tempat tersebut. Kenapa? Mereka amat menghormati hak dan lebih patuh kepada undang-undang. Sekiranya ada yang melanggar undang-undang, akan ada orang yang datang tolong mengingatkan. Dan itu bukan sesuatu yang janggal. Tak payah polis, anggota masyarakat sendiri saling mengingatkan antara satu sama lain.
Mereka merasa malu untuk parking di ruangan khas OKU, malu untuk duduk di tempat duduk yang dikhaskan untuk OKU. Nilai-nilai murni ini telah diterapkan sejak mereka kecil lagi. Orang kita? Semuanya main langgar aje... Oh Malaysiaku!
Nuffnang Ads
Friday, January 25, 2013
Friday, December 28, 2012
Dark Purple Dendrobium
Hari Selasa kami selamat sampai ke rumah semula selepas bercuti-cuti hujan di Terengganu sejak Khamis malam. Kami berhujan sampai ke Kota Bahru menghadiri majlis akikah Dhia Izzandra, anak adik ipar saya Izzwan dan isterinya Dian Farhana. Nama macam omputeh kan? Ni kes sebab nak juga IZZ kat depan nama tu. Banyak manalah pun pilihan nama IZZ*** tu kan. Dalam hujan-hujan pun kami redah juga ke Taman Tamadun Islam. Telinga ni dah naik bingit bila setiap kali balik ke PG dari Terengganu, anak-anak mesti komplen: "Kita balik Terengganu tak pernah pergi TTI dan pergi Masjid Kristal". Bukan tak nak pergi. Cuma setiap kali balik Terengganu ketika musim cuti raya, siapa yang larat nak mengharungi jammed untuk ke bandar tu? Jadinya kalau balik Terengganu kami hanya melepak di rumah aje, ziarah rumah saudara mara sebelah mami, makan-makan, tidur... :)
Sebelum balik Terengganu, bunga orkid 'Deep Purple Dendrobium' yang saya beli di Ikea pada Febuari lepas memang dah lama berputik. Tak sabar tunggu dia mekar. Pagi Rabu tu rasa nak melompat bila tengok kelopak-kelopak purple gelap orkid saya yang sangat cantikkkk. Indahnya ciptaan tuhan! Ini kali kedua Deep Purple Dendrobium saya berbunga, tapi kali pertama dulu tak menjadi sangat. Sedang dia nak berkembang saya ubah kedudukan pasu, jadinya semua putik-putiknya gugur. Sedihnya masa tu.... :'(
| Baru dua kelopak yang kembang... :) |
Jadi sekarang ni tiga Orkid saya sedang 'tersenyum kembang' di berandah rumah. Tuan punya pun sambil menaip dok tersenyum sendiri. Minah bunga?? Hahahaha ye la kot. Tapi saya cuma minat kat bunga-bunga hidup je. Bunga plastik saya kurang minat. Susah nak jaga! Dah puas sejak kecik-kecik dulu kena jaga, cuci bunga plastik kat rumah mak. Dah ada rumah sendiri, semua nak yang mudah nak diselenggara sahaja. Bunga hidup kalau berhabuk, kita bawa je dekat punca air dan jirus. Hilanglah segala habuk... Kalau dah mim-alif-lam-sin tu, ada aje alasannya kan? ;)
| Deep Purple Dendrobium joins the club |
Sunday, December 16, 2012
Perempuan Melayu merokok? Bukan sesuatu yang pelik dah...
As Salam...
bagus je intro hari ni. Hari ni nak bercerita tentang perempuan dan rokok. Kalau zaman saya sekolah dulu, rata-rata yang kena cekup merokok adalah budak lelaki. Tapi sekarang, budak perempuan pun sama naiknya... Tak tahulah bila trend budak perempuan merokok ni sampai ke Malaysia.
Sewaktu di Jerman memang saya tak nafikan, perempuan merokok dengan lelaki merokok dah macam tak ada beza. Mungkin ada yang kata, kalau saya boleh terima keadaan tu, kenapa nak pertikaikan perempuan yang merokok di Malaysia? Hmmm banyak sebabnya. Salah satunya, mereka di sana tu kebanyakannya hidup tanpa pegangan, tak ada agama. Hidup bersama sampai beranak pinak tanpa ikatan perkahwinan yang sah pun sudah menjadi suatu perkara biasa bagi mereka. Jadi isu perempuan merokok dah tentulah cuma sisik je bagi mereka. Tapi kita lain, kita masih beragama, ada adat resam Melayu yang terkenal sebagai bangsa yang penuh tatasusila dan bersopan santun. Jadi bila perempuan melayu merokok, tak ke sangat kontra dengan kebiasaan kita? Itu belum masuk lagi bab fatwa yang mengharamkan rokok... Kalau ikut hukum islam, maka jawapannya adalah NO NO and NO!
Sabtu merupakan hari berbelanja stok mingguan untuk keluarga kami. Semalam kami ke Tesco Extra Plentong. Lepas maghrib kami gerak dari rumah dan makan malam di KFC. Tesco agak lengang dan KFC pun tak sesak. Selang semeja di belakang kami ada 2 orang perempuan, seorang lelaki bersama bayi mereka . Sedang saya menghabiskan lebihan ayam Hakimi, Izzad bersuara membebelkan orang belakang kami merokok sambil memegang bayi. Saya takdelah nak toleh belakang kan, nanti nampak tak sopan pula. Tapi marah jugaklah, apa hal pulak merokok dalam kawasan berhawa dingin, sambil pegang baby pulak tu. Saya bayangkan tentu lelaki tu yang Izzad maksudkan.
Bila kami bangun dan beredar, saya tanya semula kat Izzad, siapa yang merokok tadi. "Perempuan baju putih tu la. Dahla merokok dalam kawasan ni, pegang baby tu. Tak bertanggungjawab betul." Laaaa perempuan rupanya, ingatkan dia bebelkan lelaki yang duduk sebelah dia. Memang tak bertanggungjawab betullah tu... tak pepasal anak dia jadi sekunder smoker. Kalaupun tak sayang diri sendiri, belajarlah sayangkan anak tu. Kadang-kadang bila berjalan dengan anak-anak dan terserempak dengan perempuan yang merokok, mereka akan bertanya juga. Alhamdulillah, biasanya saya akan selalu dapat ilham untuk terangkan situasi kat mereka dan lepas tu selitkan ingatan untuk mereka.. ;) Dah nama pun mak kan? Jadi syarahan jangan dilupa...

Saturday, December 15, 2012
Terima kasih pekerja SWM..
| Fahmi sempat snap gambar "pakcik swm" di lorong belakang rumah.. dia masih panggil "pakcik tong sampah".. belum berjaya betulkan lagi..... ;) |
Biasa tak ucap terima kasih kat pekerja yang memungut sampah di belakang rumah kita? Kalau di Johor ni, SWM lah yang bertanggungjawab memungut sampah kami. Bagi yang bekerja mungkin kebarangkalian nak jumpa mereka amat tipis, kecuali kalau cuti jatuh pada hari pungutan sampah dibuat. Tapi takkanlah kita nak bertunggu tangga kat belakang rumah semata-mata nak ucapkan terima kasih, iye tak? Tak pepasal nanti orang kata kita ni tak betul...
+ "Buat apa Cik Limah, dari tadi dok menunggu kat pintu belakang."
- "Takde apa Cik Konah, saya tunggu lori SWM ni, nak ucap terima kasih sebab mereka tolong pungutkan sampah kita kan...."
+ "Ohh kisahnya..." (dalam hati, buang tebiat ke Cik Limah ni?)
Hahahaha tak pepasal nanti kisah kita menunggu lori SWM jadi bahan bualan di ofis jiran kita pulak.
Mungkin ada yang akan kata: "Ala dah memang kerja diaorang, tak perlu ucap terima kasih pun takpe". Memanglah tu kerja diaorang, tapi cuba bayangkan kalau tak ada orang yang nak kerja pungut sampah tu, haru kita jadinya. Jadi kalau kebetulan kita sedang buang sampah di belakang rumah atau di depan rumah dan terserempak dengan petugas SWM, ucapkanlah terima kasih pada mereka. Banyak jasa mereka pada kita tau!
Saya didik anak-anak supaya ucap terima kasih kepada pekerja SWM setiap kali lori mereka lalu di belakang rumah saya. Yang kecil tak banyak soal, ikut je. Yang besar dah mula tanya kenapa? Jadi saya terangkanlah..... bla bla bla. Mereka faham dan siap buat kesimpulan sendiri. "Kerja mereka walaupun nampak kotor, tapi tak kisahlah, itu semua rezeki. Asalkan halal kan Ma?" Eh eh terlebih pandai pulak buat kesimpulan... Tapi Alhamdulillah, misi saya berjaya.... :)
Ada satu lagi cara nak ucapkan terima kasih pada mereka. Kita boleh asingkan siap-siap sampah yang boleh dikitar semula dengan yang memang tak boleh dikitar semula. Dengan cara ni tak payahlah mereka selongkar lagi sampah-sampah kita kan? Saya mungkin dah terbiasa dengan cara saya semasa menetap di Jerman. Jadi tak menjadi masalah bagi saya untuk mengasingkan sampah-sampah kami. Tak susahpun, cuma perlu sediakan 3 tong sampah berbeza di rumah. Satu untuk sisa makanan, satu untuk sampah biasa dan satu lagi untuk barang kitar semula (plastik, tin, botol). Kertas dan surat khabar lama pun kami kitar semula. Sementara anak-anak masih ada yang pakai diaper lagi, saya sediakan satu tong sampah bertutup khas untuk diaper sahaja di dalam toilet anak-anak. Bila kita buang diaper sekali dengan sampah di dapur, tu yang menyebabkan bau yang kureeeeeng menyenangkan di tong sampah kita. Lepas tu didik anak-anak untuk buang sampah mengikut tong sampah yang telah ditetapkan. Jadi anak-anak saya dah tahu botol Vitagen misalnya perlu dibuang di dalam tong sampah kitar semula sahaja. Salah tempat, kena kutip semula! ;)
Saturday, December 8, 2012
Tambahan koleksi Orkid
Dua minggu lepas saya dan anak-anak balik kampung sebab mak demam teruk. Adik dan Abang Noh pun balik juga. Kiranya 6 anak-anak mak daripada 8 orang ada kat kampung masa tu. Kak Mah dan Abang Ceh je tak balik. Rasanya mak demam rindu cucu kot. Sementara kami kat kampung, pastikan mak makan ubat ikut masa, makan ikut masa dan banyakkan minum air. Lepas 3 hari kat kampung, mak dah beransur sihat. Hari keempat, mak dah bertambah sihat dan mula masak nasi! Hehehehe, hebat kan penangan anak-anak? Jadi... anak-anak kena rajin jenguk mak, ayah kat kampung. Kadang bukan wang ringgit yang mereka harapkan. Kehadiran kita dah cukup buatkan mereka bahagia dan gembira. Errr tapi kalau mak dan mertua memang harapkan $$$, kenalah siapkan dua-dua sekali, balik kenalah berisi, iye tak? ;p
Balik kampung kalau kebetulan terkena hari Khamis, acara wajib yang anak-anak minta ialah ke pasar lambak. Pasar lambak?? Sesetengah orang mungkin tak biasa guna istilah pasar lambak. Pasar minggu tahu kan? Sama je bendanya, pasar lambak@pasar minggu@pasar malam. Cuma pasar malam tu, sesuai dengan namanya, waktu jualannya hanya pada waktu malam. Err ada ke pasar malam waktu siang? hehehehe ;p. Jadinya pagi Khamis tu saya, Kak Iya dan adik buat rombongan kanak-kanak tadika ke pasar lambak. Penat nak mengawal 6 orang kanak-kanak ribena yang kalau boleh semua benda nak dibeli dan diangkut balik ke rumah. Dengan panasnya lagi... Sudahnya Amira dan Nurina dapat tudung sorang sehelai. Kimi dan Fahmi dapat baju tidur Angry Birds. Sejak hari rabu lagi dia dah pesan "Ma, Kimi nak pegi pasar lambak. Kimi nak baju Angry Birds malam. Kimi nak pakai kat rumah atuk." Pakai baju tidur pasar lambak je? Errr kisah apa saya. Saya bukan label freak ok! Ada jenama ok, tak ada jenama pon sapu jugak.
Untuk saya, siang-siang Kak Iya dah beritahu. "Dot, orang yang jual orkid tu dah ada semula. Cantik-cantik tau orkid dia." Aiyoo Kak Iya ni memang sengaja membakar saya. Jadinya sebab ada tukang bakar, saya berjaya menyambar 2 pokok orkid dan dua pokok lain untuk rumah Melaka. Orkid tu cantikkkkkkkkk sangat. Nampak tak banyak kk yang saya taip? Konon nak membayangkan betapa cantiknya Orkid tu la.... :). Tapi serius.. cuba tengok kat bawah ni, memang cantik kan? Betul tak? :8 <-- kembang hidung kejap :)
Ahahaha koleksi la sangat.... Padahal baru ada 4 batang pokok orkid je pun. Baru ada 4 pokok dah berangan nak sebut koleksi.... :D

| Haaa.. cantik kan orkid baru dalam koleksi saya ni? |
Sunday, November 4, 2012
Kelas renang di Permas Jaya Sport Centre
Akhirnya berjaya juga mendaftarkan Nina dan Amira ke kelas renang pada musim cuti sekolah yang akan datang, setelah hasrat tersebut tertangguh selama 2 tahun! Pada cuti sekolah tahun 2010 tak jadi sebab mereka 4 beradik kena chicken pox semasa cuti sekolah hujung tahun tu. Rancangannya nak ke kelas renang dengan anak-anak jiran saya E-Ling (Wo Bing dan Shi Nie) juga Vishen anak Murali dan Suzy. Sebab anak-anak saya kena chicken pox, terpaksalah batalkan janji dengan mereka. Cuti tahun 2011 pulak kena HFMD. Alhamdulillah tahun ni semua ok, jadi boleh teruskan plan yang tertangguh. Semalam dah pergi daftarkan mereka. Kos untuk setiap orang sebanyak RM240 bagi 16 kali sesi latihan renang.
Kelas renang mereka akan bermula pada 12 November sebanyak 3 kali seminggu. Ikutkan nak buat setiap hari pun boleh. Tapi untuk beginner macam Nina dan Amira, 3 kali seminggu pun dah cukup rasanya. Semalam pun dah jumpa Coach Jimmy yang sangat baik. Kali pertama jumpa pun saya rasa selesa dan harap Nina dan Amira dapat belajar dengan baik. Lepas ni boleh kot kalau saya pulak yang belajar berenang ;)

Friday, November 2, 2012
Mendidik anak bercakap
Mengajar budak untuk bertutur dengan sempurna memang memerlukan kesabaran yang tinggi kan? Sejak kecil saya memang tak pernah bercakap dengan anak-anak menggunakan bahasa bayi. Contohnya mamam (makan), alan (jalan), anje (manja) dan lain-lain lagi. Satu kajian saintifik atas perkembangan pertuturan bayi menunjukkan bahawa bayi yang sering didedahkan dengan bahasa bayi, lebih berisiko untuk membesar sebagai kanak-kanak yang pelat.
Alhamdulillah Amira dan Nina tidak pelat sejak kecil, cuma mengambil masa untuk menyebut sukukata yang sukar seperti ny dan ng. Jadi ada satu fasa di mana Nina menyebut monget (monyet) dan bungi (bunyi). Ini mengingatkan saya kepada rakan baik semasa belajar di Jerman, Juvita yang memang tak boleh menyebut suku kata ny. Rindu kenangan saya dan Faridah mengusik dan memerangkap Juvita supaya dia menyebut perkataan nyanyi, bunyi, monyet... :) Amira pula memang jelas pertuturannya sejak belum berusia 2 tahun lagi. Hakimi, sekarang berusia 4 tahun dan saya masih berjuang untuk membetulkan pertuturannya. Kadang-kadang ok, tapi ada kalanya ke laut! Contohnya untuk suku kata ny dan ng. Ada perkataan yang sempurna dibunyikan seperti bunyi dan monyet, tapi tengok jadi tenok pula.
Susun atur ayat pun hampir 99% sempurna, cuma untuk untuk sesetengah ayat pertanyaan seperti, "mama, bila kita nak sampai ni?" atau "mama, kita dah nak sampai ke?" akan bertukar jadi "mama, bila kita nak dah sampai?" dan "mama, kita nak dah sampai ke?". Dulu pun stokin akan jadi toskin. Sekarang dengan bangga dia akan cakap: "Mama, tenok, tenok, Kimi dah pandai cakap... sto-kin. Pandai kan Kimi?" Hahaha betul kat satu tempat, yang setempat lagi masih tak boleh nak tune. Sampaikan Izzad cakap, "Kimi ni, dalam satu ayat, dia terbalikkan perkataan. Dalam perkataan, dia terbalikkan huruf pulak!"
Setakat ni Fahmi (3 tahun) masih sukar untuk menyebut l.Huruf dan suku kata lain walaupun dia dah boleh sebut.. Kimi tetap jadi TIMI, Kakak Mira jadi Kakak BILA. Sama juga dengan Hakimi, walaupun dah boleh sebut perkataan adik, tapi bila sebut adik merujuk kepada Fahmi, tetiba bertukar jadi ADEH.
Hahaha menulis tentang sukukata-sukukata ni, teringat pulak tugasan Prof. Dr. Koeppel untuk bab Asimilasi bunyi bagi subjek Phonetik & Phonologie dulu...
Subscribe to:
Posts (Atom)