Dua hari lepas diaorang umumkan kadar denda terbaru untuk kesalahan trafik. Denda maksima RM2000 untuk kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju. Cadangan dah dibentangkan di parlimen, tapi belum diluluskan lagi, dan telinga saya pun cuma tangkap tang "memandu melebihi had laju" je. Yang lain-lain tak ambil kisah dah. Aisehman... lepas ni tak boleh merempit lagi le? Sure boring dan mengantuk giler kat highway nanti. Kalau bawa 100-110 kmh, dua jam lebih baru sampai Melaka lepas nih. Itu kalau jalan clear.. tapi kalau ramai yang bawa kereta macam hampas - bawa 90kmh tapi dok kat lorong paling kanan dan yang tak reti bahasa guna emergency lane, peh tu sibuk nak masuk lane balik, ni kes menyusahkan orang! - maunya lebih 3 jam atas jalan nanti. Boleh kalau nak tambah jumlah denda.... tapi had laju pun kena tambah jugaklah. Rasanya dengan kemampuan enjin kereta sekarang, 120-130 kmh adalah kelajuan yang saya kira sesuai dan masuk akal. Tak terlalu laju, dan tak terlalu perlahan.
Memanglah kan, bila bawa laju, risiko untuk kemalangan lagi tinggi. Tapi kalau bawa slow dan kita jadi bosan dan mengantuk, pun risiko jugak tu. Haih... kena control jugakla lepas nih. Masa pegang stereng, sendiri kena ingat. Bila jadi co-driver, kena selalu ingatkan cik abe. Nanti tak pepasal dok kena bagi 'sedekah' kat polis RM2000. Isk, isk, isk...
Nuffnang Ads
Friday, June 29, 2012
Monday, May 7, 2012
Restoran Aroma Barat - Setia Tropika
Tiga minggu lepas ada keluar rencana dalam Utusan Malaysia tentang restoran makanan barat yang sedap di Johor Bahru - Restoran Aroma Barat. Jadi hujung minggu lepas kami mencari restoran tersebut berpandukan alamat yang tertera di dalam Utusan Malaysia.. Jalan Setia Indah 1/4, Taman Setia Indah. Punyelah bersemangat nak mencari, masuk je maghrib cepat-cepat solat dan terus masuk kereta. Sampai ke alamat yang dituju, tak jumpa kawasan kedai pun di Jalan Setia Indah 1/4. Kedai semua kat kawasan Jalan 3/**. Kami pusing, sampai ke Taman Mount Austin, pusing semula. 4 kali kami pusing dan yang pasti Jalan Setia 1/4 tu adalah kawasan rumah!! At last makan malam kat Pizza Hut di Setia Tropika je.
Tak puas hati betul dengan Utusan Malaysia ni. Beri alamat pun salah. Balik ke rumah, saya buka tanya Pakcik Google. Memang betulpun alamat dalam Utusan Malaysia tu salah... sepatutnya Restoran Aroma Barat, Jalan Setia Tropika 1/14. Jadi hari selasa tu kami pun ronda semula untuk mencuba. Alhamdulillah selamat sampai. Tuan punya restoran pun ada cerita, ada customer yang pusing-pusing 3 jam cari restoran mereka. Hahaha, kami dah angkat bendera putih lepas sejam!
Ok, bab nak komen pasal makanan pulak. Saya dan Izzad ambil menu yang sama, grilled chicken chop with black pepper sauce. Amira dan Nurina memilih spaghetti dengan kuah merah (tomato) dan fish and chips untuk Fahmi dan Hakimi. Tak sempat nak ambil gambar pun. Jadi pada pendapat dan selera saya, Aroma Barat memang jauh lebih sedap dari Papa Chop Mama Grill di Bukit Dahlia tu. Berkali ganda lebih sedap dari steak di restoran 2 in 1 - western food and yong taufu di Jalan Balau, Taman Rinting. Sos lada hitam yang cukup rasa, ayam pun digrill sempurna dan coleslaw pun sedap. Pemilik yang ramah, dia sendiri datang ambil order. Masa menunggu pun tak lama sangat, sebab kami sampai awal - kami shopping di tesco dulu. Lepas maghrib terus cari restoran. Ok ni bab nak komplen sikit. Saiz menu yang kecil - tak cukup untuk mengalas perut orang dewasa! Kentang goreng boleh dilebihkan sedikit. Untuk spaghetti pulak, sos tomato terlalu banyak lada hitam. Rasa lada hitam yang terlalu kuat mengganggu rasa kuah spaghetti. Fish and chip - rasanya macam ikan dan kentang goreng :)
Secara keseluruhannya boleh saya beri markah 7/10. Pilihan kedua untuk kami kalau malas sangat nak ke BBQ Chicken di Aeon Bukit Indah. Jadi kalau sesiapa nak cuba masakan barat yang sedap, bolehla cuba Restoran Aroma Barat di Setia Tropika.
Friday, May 4, 2012
Rindu yang tak pernah padam
Pagi ini saya secara tidak sengaja ke halaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menceritakan tentang pemergian ayahandanya yang tercinta pada tahun 1992. Sebagai seorang yang memang rapat dengan abah, air mata pasti akan berjurai gugur bila membaca kisah seperti ini. Kememeh tu memang satu hal lah kan, tapi topik kenangan hubungan ayah-anak memang selalu buat saya hiba.
Sehingga sekarang saya seboleh mungkin mengelakkan pengunaan perkataan 'arwah' bila menyebut nama abah atau bila bercerita tentang abah. Bagi saya, abah masih dan akan terus hidup di hati saya sampai bila-bila. Bukan nak menafikan pemergian abah, tapi menyebut 'arwah' seakan menjarakkan antara saya dan abah. Lagilah dengan ketiadaan pusara yang boleh kami kunjungi (abah meninggal di Madinah selepas selesai mengerjakan ibadah haji bersama mak pada 2005), membuatkan saya rasa, abah masih ada! Tiada pusara bukan bermakna tidak boleh berdoa untuk abah. Saya cuba pastikan ada fatihah untuk abah setiap kali usai solat (walaupun kadang-kadang termiss juga terutama bila solat dalam keadaan nak cepat! - maaf bah, akan cuba perbaiki). Dalam keadaan biasa pun, bila teringat abah, saya akan sedekahkan fatihah. Hanya itu yang mampu saya buat sekarang sebagai balasan atas bakti dan jasanya membesarkan saya dan memberi didikan hingga saya mampu pergi jauh hingga ke Jerman. Dan segalanya atas pertolongan Allah jua!
Dulu abah selalu pesan, setiap kali usai solat jangan lupa sedekah fatihah untuk Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabat nabi, datuk nenek yang dah meninggal dunia, ibu bapa kalau mereka dah pergi. "Nanti terang kubur mereka. Kalau tidak, gelap je". Saya tak mahu kubur abah gelap. Saya tak mahu jadi anak yang tak tahu mengenang budi. Saya tak mahu 'tinggalkan' abah keseorangan. Saya mahu abah sentiasa ada. Abah sentiasa 'hidup' di hati saya.

Tuesday, April 10, 2012
Bila 'burung kakak tua' bercakap
Mama : "Adik, adik sayang mama tak?"
Fahmi : "Cayang."
Mama : "Banyak mana?"
Fahmi : "Banyak mama."
Mama : "Adik, mama baik tak?"
Fahmi : "Baik."
Mama : "Mama comel tak?"
Fahmi : "Tomel."
Mama : "Mama cantik tak?"
Fahmi : "Tantik."
Mama : "Mama pandai tak?"
Fahmi : "Pandai."
Mama : "Mama buruk tak?"
Fahmi : "Buyok."
Hahahahaha sejak sebulan dua ni, lepas Fahmi mula jelas percakapannya, semakin seronok melayan dia bercakap. Dia hanya mengulang perkataan yang ditanya.... :)Sebab sekarang ni fasa burung kakak tua Fahmi... :) Dan dah pandai mengadu jugak, pandai marahkan Hakimi. Kalau Hakimi buat salah, dia akan cakap: "Pigi macuk bilik, pigi!" Aksi dia mengalahkan mama pulak :).
Anak-anak saya, kalau mereka buat salah, memang mereka tahu akan kena denda duduk dalam bilik untuk jangkamasa yang saya tentukan mengikut tahap kesalahan mereka. Biasanya 3 hingga 10 minit. Dan saya memang sentiasa konsisten dengan undang-undang rumah yang terpakai untuk anak-anak. Contohnya larangan siri kartun tertentu seperti Asarichan, Hagemaru, Ultraman dan cerita-cerita hantu. Mereka tak cuba untuk pertikaikan larangan saya sekarang. Masa mula-mula memanglah banyak soalan "kenapa" yang mereka ajukan, dan saya jawab satu persatu berserta alasan yang boleh mereka fahami. Sampai tahap sekarang, masing-masing dah tahu. Saya tak nafikan, kadang-kadang kalau saya terlepas pandang, diaorang "sesat" juga ke cerita tu. Tapi nampak je kelibat mama, terus tukar channel lain :p. *mama garang seh, jangan cari pasal*. Cuma kalau balik kampung, memang agak sukar untuk dipraktikkan. Biasanya hancur lebur....
Dan saya bersyukur kerana Izzad sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam aspek didikan anak-anak. Dia tak pernah menyebelahi anak-anak bila mereka dimarahi oleh saya. Ini amat penting sebenarnya. Ibu bapa perlu dilihat oleh anak sentiasa "sepakat" dalam sebarang tindakan. Bila kita menyebelahi anak yang dimarahi atau bila kita pula memarahi pasangan yang memarahi anak, kita sebenarnya menjatuhkan maruah pasangan di depan anak. Tanpa disedari, akan membuatkan anak kurang atau hilang rasa hormat kepada pasangan kita.
Kalau nak diikutkan, saya lebih garang dengan anak-anak, tapi mereka lebih takut kepada Izzad! How come ha? Hehehe mungkin sebab Izzad jarang marah. Jadi kalau sekali Izzad tinggikan suara, mereka dah kecut perut. Marah mama ni dah jadi macam lagu Najwa Latiff kat telinga mereka kot!

Wednesday, April 4, 2012
Terukir di bintang - Yuna
Saya sukaaaa sangat dengar lagu ni - muzik, lirik dan video yang sangat-sangat sesuai. Mendengar lagu dan menonton videoklip ini membawa saya kembali menyusuri lorong-lorong di Veniece. Walaupun telah lebih 10 tahun berlalu, keindahan musim panas di Veniece masih segar di ingatan.
Terima kasih Yuna kerana mencipta lagu ini bersama video yang sangat cantik!
Friday, March 23, 2012
Lambatnya Sabtu!
All times shown are local times
AF256
23:20 - 23 March 2012
Paris, Charles de Gaulle (CDG) - France
terminal 2E
18:40 - 24 March 2012
Singapore, Changi (SIN) - Singapore
terminal 1
-----------------------------------------------------------------------------------
Tadi saya semak jadual penerbangan Izzad dari Paris esok. Hmmm, pukul 6.40 petang Sabtu baru sampai Changi. Ambil beg, imigresen, tunggu teksi (kalau teksi dia tak sampai lagi), lalu imigresen kat Johor lagi. Rasanya pukul 9, 10 malam jugaklah baru sampai rumah.
Anak-anak tak sabar nak jumpa papa diaorang. Fahmi pun dah baik demam. Sejak Izzad ke Paris minggu lepas Fahmi mula demam. Baru 2 hari ni ok semula. Tapi badan Fahmi susut sangat sebab sepanjang demam tu dia taknak makan, cuma harapkan susu badan je. Sedih tengok Fahmi yang melidi tak bermaya. Tak boleh berenggang pulak tu, tinggal sekejap pun dia menangis.
Saya takde pesan apa-apa yang special pun dari Izzad, cuma minta coklat Fererro Giotto je. Kat Malaysia saya tak pernah jumpa coklat tu. Tapi kalau tak dapat pun tak apa. Yang penting Izzad selamat sampai ke rumah...

Gambar ni Izzad hantar 3 hari lepas. Pukul 2.30 pagi dia telefon saya semata-mata nak bagitahu, dia kat Eiffel Tower, nak pergi makan di restoran atas kapal menyusuri sungai Seine :). Kebetulan masa tu saya tak tidur lena pun, baru nak terlelap sebab berjaga tunggu Fahmi yang demam.

Monday, March 19, 2012
Pembantu rumah Indonesia dan RM700 untuk satu tugas
Hujung minggu tempohari kita dikejutkan dengan dakwaan Dr. Reyna Usman dari TKI bahawa pembantu rumah Indonesia yang bakal bekerja di Malaysia akan dibayar gaji sebanyak RM700 sebulan dengan elaun tambahan sebanyak RM27 sehari jika cuti bulanan tidak diberi. Lagi menarik, seorang pembantu rumah untuk satu tugas khusus samada sebagai penjaga bayi, pembantu untuk memasak, pengemas rumah atau penjaga orang-orang tua. Kementerian Sumber Manusia Malaysia menafikan yang mereka bersetuju dengan syarat tersebut. Hmm, biarlah siapa yang membuat onar memperbetulkan semula keadaan!
Saya memang agak kurang bersetuju dengan kebergantungan yang terlampau masyarakat kita kepada pembantu rumah. Bukan sebab saya suri rumah sepenuh masa, tetapi pada pendapat saya budaya bergantung kepada khidmat pembantu merupakan salah satu penyumbang kepada sikap acuh tak acuh dan kurangnya tanggungjawab generasi muda kini. Dan secara peribadi saya memang tidak selesa bila ada orang asing di rumah. Pergerakan seakan terbatas dan terasa sentiasa diperhatikan! Tambahan pula banyak kes yang berlaku di sekeliling saya, rahsia rumahtangga yang tak sepatutnya keluar dari pintu dan tingkap rumah, dijaja pembantu kepada orang luar - mertua, ipar duai, adik beradik juga merupakan orang luar dalam konteks ini.
Tulisan Dr. Mohd Yusoff Ismail bertajuk "Satu amah, satu tugas: jenaka bangsawan moden" yang disiarkan dalam ruang rencana di Utusan Malaysia hari ini menarik perhatian saya. Tulisan beliau kena dan tepat pada masanya dan harapan saya moga tulisan Dr. Mohd Yusoff Ismail tidak dikesampingkan begitu sahaja oleh pihak-pihak yang terlibat.
Masyarakat kita sebenarnya terlalu manja dan membawa ke tahap mengada-ngada bila tiba bab pembantu rumah. Sesetengahnya tidak mengukur baju di badan sendiri. Ada tu yang sudah terang lagi bersuluh memang tidak mampu menggaji pembantu rumah tetapi masih juga mahukan pembantu. Bukankah itu mencari penyakit namanya?
Melahirkan generasi pemalas.
Mungkin kita pernah lihat situasi ini? Anak-anak yang hanya menghantar pinggan mangkuk selepas makan ke sinki untuk dibersihkan pembantu. Lebih parah yang selamba meninggalkan pinggan di atas meja makan untuk dipungut dan dicuci oleh pembantu rumah. Atau anak-anak yang keberatan untuk membersihkan tandas mereka sendiri. Atau anak-anak yang membiarkan katil dan bilik mereka tidak berkemas. Atau anak-anak yang tak ambil pusing samada kasut-kasut sekolah mereka sudah dicuci atau belum. Yang mereka tahu, pagi Isnin kasut yang bersih dan siap berkapur mesti tersedia untuk dipakai. Tak kurang juga anak-anak yang hanya tahu mencampakkan baju kotor mereka ke dalam bakul baju dan mengambil yang bersih, bergosok dan siap berlipat dari dalam almari. Proses apa yang berlaku dari baju di dalam bakul hingga siap kemas berlipat tersusun dalam almari mereka tak tahu dan mungkin juga tak mahu ambil tahu. Yang penting semua tersedia! Dalam fikiran mereka "kalau cuci dan buat sendiri, nanti pembantu tak ada kerja pula". Kerja-kerja dapur? Lagi panjang nanti nak dihuraikan.. :). Dengan gaya hidup semasa kebanyakan daripada kita maka akan lahirlah anak-anak tak kira perempuan atau lelaki yang langsung tak tahu atau tak biasa melakukan kerja-kerja rumah. Nak salahkan siapa kalau lahir generasi sebegini? Salah kita sendiri kerana kita tidak melatih mereka untuk berdikari. Anak-anak perlu dilatih dan dibiasakan dengan kerja-kerja rumah, tak kira lelaki atau perempuan. Mereka perlu dilatih dengan tanggungjawab. Saya cukup lemas dengan anak-anak yang semua benda mengharapkan bantuan pembantu rumah. Semua minta disuap! Sebab itulah generasi muda kini ramai yang kurang kreatif dan kurang inisiatif!
Penderaan emosi secara tanpa sedar.
Kebanyakan wanita-wanita dari Indonesia yang masyarakat kita ambil sebagai pembantu rumah berasal dari kawasan kampung dan pedalaman dan sering juga mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi. Kalau bernasib baik mungkin mereka tamat SMA (setaraf sekolah menengah). Kalau dapat yang tamat SD (sekolah rendah) pun dah dikira beruntung. Ramai juga yang sekadar tahu membaca serba sedikit. Logiklah jika mereka yang mungkin pertama kali seumur hidup jumpa microwave, mesin penyedut hampagas atau mesin basuh automatik dan yang seumpama dengannya memerlukan masa untuk 'biasa' dengan segala butang yang perlu ditekan. Sesetengah majikan sangat 'kedekut' untuk memberi pembantu mereka masa. Yang mereka tahu, sekali beritahu, kena faham, ingat dan mesti pandai kendalikan semua alat-alat bantuan tersebut! Bila si pembantu bertanya berulangkali, keluarlah perkataan 'bodoh', 'lembab' dan sebagainya. Lagi parah bila pembantu dimarah di hadapan individu lain bagaikan kanak-kanak kecil. Mereka, walaupun hanya bekerja sebagai pembantu adalah manusia biasa yang ada perasaan. Bukan setaraf hamba abdi yang tidak punya hak. Itu yang orang kita selalu lupa. Pada mereka: "Aku dah bayar, jadi kau kena buat apa aku suruh dan jangan banyak cakap."
Hilang peluang isteri untuk menambah pahala.
Setiap tugas yang isteri buat untuk suami, anak-anak dan keluarga, jika dilakukan dengan ikhlas merupakan satu ibadah. Bayangkan berapa banyak pahala yang bakal isteri perolehi setiap hari jika mereka ikhlas berbakti untuk suami dan anak-anak? Kalau pahala tu datang bergolek dan boleh kita nampak, saya fikir ramai wanita yang berebut-rebut hendak berbakti kepada suami dan anak-anak mereka.
Saya teringat perbualan antara kami kumpulan pelajar Malaysia dengan pensyarah bahasa kami sewaktu menuntut di Jerman suatu masa dahulu. Pensyarah bahasa saya, seorang wanita, terkejut bila diberitahu adalah sesuatu yang normal dalam masyarakat kita, seorang wanita berkerjaya seperti beliau mempunyai pembantu rumah yang tinggal bersama untuk menguruskan rumahtangga. Pembantu rumah dalam definisi masyarakat kita hanya mampu digajikan oleh orang yang betul-betul kaya dan berada dalam masyarakat mereka. Di Jerman ada istilah pembantu rumah, tetapi mereka hanya datang dan dibayar mengikut jam bekerja. Tanggungjawab membesarkan anak biasanya terletak dibahu ibu-bapa sendiri, kecuali bagi mereka yang benar-benar sibuk akan menggaji pengasuh kanak-kanak (nanny) atau anak-anak dihantar ke rumah pengasuh. Masih juga mereka hanya menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan ibu bapa di rumah. Undang-undang buruh di Jerman membenarkan ibu atau bapa yang mempunyai anak kecil bercuti maksimum sehingga anak-anak berusia 3 tahun. Seorang kenalan saya berbangsa Jerman yang pernah bertugas sebagai pengetua Akademi Celcom di Malaysia dan mempunyai 2 orang anak juga hanya menggunakan khidmat pengemas dan pencuci rumah yang datang pada hari-hari tertentu untuk membantu membersihkan rumah. Selainnya mereka sekeluarga melakukan sendiri. Cuba kita bayangkan posisi dan kedudukan yang sama, tetapi individu tersebut adalah orang Malaysia!
Berjaya di pejabat dan juga cemerlang di rumah bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Cuma perlu sedikit kemahiran untuk menguruskan masa dengan efektif di samping pembahagian tugas sesama isteri dan suami yang bekerja. Bak kata pepatah: "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing". Tak ada salahnya jika lelaki membantu isteri menyelesaikan kerja-kerja rumah. Persepsi "menguruskan rumah adalah tugas perempuan" harus diperbetulkan. Jadikan tugas mengurus rumah tanggungjawab seisi keluarga. Bila anak-anak melihat kerjasama antara ibu bapa, pasti mereka akan mencontohi sikap baik tersebut. Sikap dan mentaliti generasi akan datang kitalah yang mencorakkannya. Pisau dan mentimun ada di tangan kita, jadi fikir-fikirkanlah!

Subscribe to:
Posts (Atom)