Pada hari Jumaat, 5.4.2013 saya membuat temujanji dengan pakar Opthalmology Dr. Yip Kong Yake 叶钢毅医生 di Regency Specialist Hospital, Seri Alam untuk Fahmi. Sebelum ni saya pernah bercerita tentang mata Fahmi yang nampak juling air dalam entry lepas, boleh baca di sini.
Jadi selepas hantar Kimi ke PASTI pukul 8.15 pagi, saya dan Fahmi terus ke Regency sebab pendaftaran dibuka pukul 8.30 pagi dan saya dimaklumkan bahawa di sana first come first serve, walaupun dah buat temujanji! Kat flyover berdekatan Tesco tak jammed, jadi sebelum pukul 8.30 kami dah daftar. Doktor masuk pukul 9.00 pagi. Jadi tunggulah 30 minit, bawak Fahmi pusing-pusing.
Pukul 9.05 pagi doktor sampai... dan nama pesakit pertama dipanggil, bukan kami ;). Tunggu lagi... Pukul 9.25 pagi pesakit pertama keluar dan nama berikutnya... IZZUL FAHMI IZZAD. Bawa Fahmi masuk.. "Selamat pagi doktor" - hensemnya dr :p. Pandai cakap melayu pulak tu... Hahahaha saya biasanya kalau berurusan dengan doktor, saya cakap bahasa melayu penuh! Tak campur sepatah pun perkataan asing, kecuali kalau tak dapat nak diterjemah ke dalam bahasa melayu.. kadang tu cuma jumpa bahasa jerman je sebagai terjemahannya hehehehe. Bukan apa, seronok bila tengok doktor-doktor cina ni berbahasa melayu. Bahasa Melayu Dr. Yip boleh saya kategorikan sebagai bagus. Tak ada slang cina sangat.. mungkin sebab dia dulu belajar di India kot. Paed Fahmi dulu, kat Regency juga grad dari Taiwan, saya macam biasa masuk-masuk je terus cakap melayu, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk cakap melayu juga. Satu yang saya tabik, mereka hormat dengan bahasa yang jadi pilihan kita..
Ok, melalut sampai ke bab bahasa pulak... fokus!!!!! :). Jadi, dia pun tengok rekod perubatan Fahmi sebelum ni dengan Dr. Lee Mun Seng yang dah pindah.... Tanya saya, kenapa datang.. Saya pun ceritala, bimbang anak juling, sbb kadang pergerakan mata hitam kanan-kiri tak seragam bla bla bla.
Dr Yip buat 5 ujian.. 2 daripadanya ujian menggunakan peralatan perubatan. Untuk ujian yang ke 4 untuk mengesan ketidaknormalan bahagian dalam mata, kedua belah Fahmi dititiskan dengan sejenis cecair dan setengah jam selepas itu baru dijalankan ujian.
Hampir pukul 10.30 pagi, kami dipanggil semula. Hasil ujian menunjukkan mata Fahmi sihat. Akar mata (optic nerve) juga dalam keadaan baik. Tiada ketidaknormalan pada lens yang boleh menghalang kemasukan cahaya untuk dibalikkan semula oleh retina. Fahmi juga tiada rabun dekat, tiada rabun jauh... dan kalau saya tak salah dengar, tak rabun warna juga. Dr. Yip juga tunjukkan saya dengan menyuluh mata Fahmi dengan lampu picit, cahaya masuk betul-betul di tengah-tengah anak mata, bagi kedua-dua mata kiri dan kanan. Bila saya ajukan, kenapa kadang-kadang kedudukan mata hitam macam tak center pada mata putih. Dr terangkan... yang tu bukan juling (hmmm pelik juga, bukanke cara nak tengok juling ke tidak, optiknya memang macam tu?).
Doktor kata, proses tumbesaran fungsi-fungsi mata Fahmi masih lagi berjalan dan mungkin matanya memerlukan masa yang lebih lama berbanding kanak-kanak lain untuk mendapatkan penyeragaman pergerakan mata. Sebenarnya masih ada rasa was-was (dan doktor pun dapat baca dari air muka saya rupanya :p). Dari satu segi saya amat bersyukur sebab mata Fahmi berfungsi dengan baik, cuma masih lagi sedikit bimbang... Tapi kan, dah doktor cakap macam tu, dia yang pakarnya, saya terima pandangan doktor... cuma pantau memang tetap kena pantau. Saya tanya, kalau dalam setahun lagi saya datang untuk kawalan, macam mana. Doktor kata, "ok, kita jumpa lagi dalam masa setahun, tapi mata anak puan memang ok!"
Huhs.. lega sangat bila dah jumpa doktor ni... sejak tahun lepas, saya kerap risaukan mata Fahmi.....
Nuffnang Ads
Tuesday, April 9, 2013
Saturday, April 6, 2013
Menyertai dunia telefon pintar dengan Galaxy Ace Plus ;)
Dua hari lepas saya dapat kejutan yang tak disangka daripada Schatzi saya. Saya dihadiahkan Galaxy Ace Plus berwarna putih. Tak pernah minta dan tak sangka, tetiba je dapat hadiah. Yelah, tak sangka sebab birthday saya lama lagi, anniversary kami pulak dah lepas. Apa-apa pun alhamdulillah rezeki Allah beri melalui Izzad. Danke dir Schatz! Jadi selepas 2 tahun Nokia C5 menemani saya, maka secara rasmi saya merehatkannya. Sayang C5 tu walaupun dah tanggal sana sini sebab selalu sangat dihempas, dibaling heroes saya semasa mereka kecil.
![]() |
| Nokia C5 yang menemani saya lebih 2 tahun... akan tetap saya simpan elok-elok. Masih berfungsi walaupun pernah melalui zaman sukar bila dihempas, dibaling heroes saya.. ;) |
Selepas bertahun-tahun setia dengan Nokia, saya beralih ke Samsung pula. Sekarang ni anak-anak dah tak mahu guna HTC Flyer dan Tablet made in China mereka. Empat-empat berebut telefon mama. Si Kimi siap sound papa dia, "Papa bawalah i-pad (touch pad) Kimi ke office, Kimi dah tak nak dah, dah rosak!" Blurrr je kami dengar statement macam tu. Mentang-mentang ada gading bertuah, tanduk dah tak berguna lagi ;). Padahal sebelum ni, 2 touch pad itulah yang mereka empat beradik rebutkan.
![]() |
| Ni Galaxy Ace Plus hadiah dari my hubby... mode: masih jakun lagi... hehehe |
Untuk review Galaxy Ace Plus ni, boleh ke review.uk.samsung.com. Nak beri komen sendiri, saya memang tak tahu apa-apa pun spec-spec hand phone ni. Dan lagi saya masih tak mahir dengan Galaxy Ace Plus ni. Swipe sana, swipe sini. Bab swipe-menswipe tu tak adalah jakun sangat kan, sebab HTC Flyer tu pun dah biasa saya guna. Cuma, saya ni kan old fashion sikit, hand phone untuk saya cukup sekadar boleh telefon dan sms sahaja. Apa-apa pun terima kasih kat Izzad... kejutan yang sangat menjadi! Ich liebe dich Schatz... :)
Thursday, March 21, 2013
Kutu @Louse @Laeuse
Anak-anak perempuan saya yang dua orang tu diserang kutu. Ini bukan main kutu ya... ini kutu parasit yang dok menginap di hotel 5 star kat atas kepala tu. Allah, saya memang paling tak suka kalau mereka kena kutu ni. Tak senang duduk selagi kutu-kutu tu tak hilang. Ini kali ke 4 mereka dijangkiti kutu. Kali terakhir kena kutu selepas bercuti di kampung bulan November lepas. Rasanya semua orang tahu kutu tu apa kan? Dan mungkin juga masa kecik-kecik dulu pernah kena serang kutu. Saya tak terkecuali dan bertahun jugak kutu jadi teman saya dan adik. Kenapa tak hilang?? Hmmm tu kena tanya mak sayalah ;)
Kutu; english louse (plural-lice), german laus (plural laeuse)
![]() |
| Kutu dewasa. Gambar dari www.joeyliu.com |
![]() |
| Kutu dewasa dan telur kutu. Gambar dari licehappens.com |
Isk.. bila bercakap tentang kutu, kepala tetiba pulak rasa gatal-gatal :(. Jadi semalam saya cuci kepala Amira dengan syampu Anti-Lices yang ada dalam simpanan - elok ada stock syampu ni kalau kat rumah ada anak-anak kecil. Kutu ni senang berjangkit dan kalau dah terkena, mudah nak uruskan dengan syampu ni. Syampu ni boleh dibeli di farmasi tanpa priskripsi doktor.
Mula-mula basahkan kepala, ratakan pada rambut dan biarkan 10 minit, lepas tu bilas. Syampu semula rambut dengan syampu biasa, bilas dan keringkan rambut. Lepas tu saya terus cari telur-telur kutu di kepala Amira. Sejam jugalah saya mengadap kepala Amira. Banyak betul telur-telur kutu tapi seekor kutu pun saya tak jumpa dan kulit kepala dia tak ada pulak yang luka bekas gigitan kutu. Jadi saya rasa, mungkin dia dapat dari sepupu dia masa balik kampung sebelum mak pergi umrah 2 minggu lepas. Kutu memerlukan masa 8 - 12 hari untuk menetas jadi tak sempat menetas lagilah tu. Kalau semua telur-telur kutu tu sempat menetas, haru jadinya! Selepas mereka balik dari tahfiz, giliran Nina pula untuk dicarikan kutu. Tak banyak telur kutu yang saya jumpa. Hmm hari ni lepas mereka balik sekolah, kena cari lagi dan pastikan semua telur-telur kutu habis ditarik keluar.
![]() |
| Ni shampoo yang saya gunakan untuk buang kutu kepala mereka. Beli kat farmasi je |
Kebetulan awal minggu ni ada keluar artikel tentang kutu ni di sisipan kesihatan Utusan Malaysia. Macam tahu-tahu je anak-anak saya kena kutu... :). Boleh baca tentang "kutu ganggu psikologi" di sini..
Friday, March 8, 2013
"when we first met..."
"When we first met, i honestly had no idea that you would be so important to me :)"
Semalam terbaca ni dalam wall rakan semasa belajar di Jerman dulu. Itu yang sering terlintas di kepala saya bila memandang suami. Kali pertama bertemu Izzad beberapa bulan setelah sampai di Jerman, ketika saya masih menjalani kursus intensif bahasa Jerman selama 8 bulan di Carl Duisberg Centren, Koeln. Masa tu pun cuma nampak dia dari jauh je. Budak-budak lelaki lain sibuk mengerumun Izzad masa tu, iyelah dia merupakan satu-satunya pelajar dari batch dia yang lulus PNDS - peperiksaan bahasa Jerman untuk membolehkan pelajar asing memasuki universiti di sana. Logikla masing-masing mengerumun senior tu kan? :). My first impression? "Err, ni ke budak yang lulus PNDS dan dapat masuk U tu? Serabainya dia.." :) ;) Mana taknya, dengan muka cengkung, rambut panjang melepasi bahu, cap tak lekang dari kepala, spec besar hampir empat segi... Pandang sekali lalu ajelah dari belakang! ;)
Dan episod tu terhenti di situ sahaja. Lagipun masa tu satu Jerman tahu Izzad dah berpunya... hehehe Juvita memang rajin bercerita tentang kawan-kawan satu batch dia ;). Tambahan pula Izzad belajar jauh di selatan Jerman, di Nueremberg, Bavaria, jadi dia agak terpisah jauh dengan komuniti pelajar Malaysia tajaan JPA dan MARA yang banyak tertumpu di Koeln, Duisburg dan Karlsruhe. Kali kedua berjumpa Izzad sekitar Ogos 1996 semasa saya dan housemate ke Aalen dan dalam perjalanan untuk ke Prag, Republik Czech. Kami plan nak pergi dengan Kodiang dan 4 rakan mereka yang study di Plymouth, UK (housemate saya dan Kodiang satu course di UiTM). Sampai di stesen keretapi Aalen, Kodiang bersama Izzad dah menunggu kami. Hmm tak tahu pulak Izzad akan turut serta dalam trip tu. Dan dalam trip berikutnya ke Muenchen (Munich), Izzad pun ada juga.., sebab Izzad rapat dengan Kodiang dan kami pula memang baik dengan Kodiang. Jadi kawan atas kawanlah kiranya ;). Tapi seperti yang saya katakan awal-awal tadi, tidak pernah timbul soal hati sebab saya tahu dia dah berpunya. Perasaan? Memang pure sahabat atau lebih tepat kenalan sahaja sebab selain dari pertemuan tak dirancang dan secara kebetulan, kami tak pernah berhubung melalui telefon dan sebagainya.
Situasi berubah selepas pemilihan barisan kepimpinan MGSS yang baru semasa AGM di Konstanz pada awal 1998. Izzad dipilih sebagai Presiden MGSS dan saya dipilih sebagai setiausaha. Bermula dari situ kami mula berhubung bila ada perkara berbangkit mengenai persatuan dan sebagainya. Tapi masih juga terhad kepada hal-hal MGSS sahaja. Bila Izzad pindah ke Konstanz pada musim panas 1998, barulah kami kerap terserempak di Universiti. Memandangkan di Konstanz hanya ada 5 orang pelajar perempuan, jadi biasanya kalau ada makan-makan, tugas memasak diletakkan di bahu saya dan housemate. Komuniti yang kecil membuatkan kami kerap berkumpul.. BBQ merupakan acara wajib kalau berkumpul dan lokasi febret adalah di bawah jambatan sungai Rhein berdekatan hostel kami.

Sesekali berjumpa di MIRC - laman sembang popular untuk kami waktu tu. Tapi kami masih kekal sebagai sahabat seperjuangan. Macam mana boleh jadi serius, sampai sekarang saya masih tak dapat nak rungkaikan. Semuanya bermua tanpa dirancang sekitar Mei 1999.. sehinggalah kami bertunang pada 3 Disember 1999. Bertunang pun tanpa kehadiran saya dan Izzad. Keluarga Izzad datang menghantar rombongan ke kampung saya, cincin pun tak bersarung di jari. Dan pada 2 September 2000, kami disatukan. Alhamdulillah, tahun ke 13 kami bersama. Pasang surut dalam berumahtangga, susah-senang bersama dan InsyaAllah, dia akan kekal menjadi satu-satunya insan bernama suami yang bertakhta di hati saya.
Monday, March 4, 2013
Pencerobohan Lahad Datu: Dari Sudut Pandangan Dr. Hassan Ali
Al Fatihah untuk pejuang negara yang telah gugur demi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Setakat masukan ini ditulis, seramai 7 orang anggota pasukan keselamatan kita telah terkorban. Dua anggota polis komando VAT69 maut dalam kejadian perangkap di Lahad Datu pada 1 Mac 2013, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud. Terdengar juga berita yang mengatakan seorang anggota ketiga yang cedera turut maut semasa menerima rawatan. Tetapi saya tidak dapat memastikan kesahihan maklumat tersebut.
Hari ini 3 Mac 2013 seramai 5 orang anggota polis maut dalam kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Di Facebook, Blog, ramai yang bersuara memberikan pendapat masing-masing. Ada yang boleh pakai, ada tu yang kita baca, rasa nak je hantar dan letakkan si penulis tu di barisan hadapan menentang penceroboh dari Kesultanan Sulu tersebut! Cakap memang senang sebab lidah ni tak bertulang. Saya tertarik dengan kupasan Dr Hassan Ali mengenai tindakan yang Kerajaan Malaysia ambil dalam proses menyelesaikan masalah ini. Kata-kata Dr Hassan Ali yang paling saya suka nak ketengahkan;
"Bagi tukang penempelak apa sahaja tindakan yang diambil samada berunding atau tindakan bersenjata yang lebih decisive, bagi mereka kedua-duanya sama sahaja. Memilih alternatif satu yakni berunding pun akan menerima caci nista. Seandainya pihak yang berwajib terus memilih alternatif ketenteraan yang lebih decisive pun akan dijaja sebagai tidak cermat dan gagal mengambil perhitungan kepada hubungan geografi dan budaya yang terjalin sekian lamanya antara Kesultanan Sulu dengan Sabah." - disalin tampal dari AIDC
Untuk membaca ulasan lengkap Dr Hassan Ali, boleh ke halaman AIDC - Peristiwa Berdarah di Lahad Datu Mencerminkan Sikap Buruk Pembangkang
Memang betul apa yang DHA katakan. Semua tindakan yang pihak kerajaan ambil, serba tak kena di mata pembangkang dan penyokong mereka. Sepatutnya dalam keadaan sekarang, kedaulatan negara haruslah didahulukan melebihi pegangan politik masing-masing. Tapi pihak pembangkang nampaknya masih mahu menangguk di air yang keruh. Ingat lagi apa kata Tian Chua semalam? Tian Chua mendakwa bahawa insiden tembakan di Lahad Datu merupakan tindakan terancang (konspirasi) kerajaan Malaysia. Ramai pulak tu di Facebook yang sependapat dengan Tian Chua. Ada tu siap menyamakan Kerajaan Malaysia dengan Rejim Bashar Al-Asad yang snggup membunuh 60,000 rakyatnya demi untuk kekal berkuasa. Kononnya Kerajaan BN sekarang terlalu terdesak untuk menang PRU13 hingga sanggup "merancang" serangan ini sebab nak jadi hero. Pendapat paling bodoh -maaf dengan perkataan kasar- yang saya baca/dengar. Negara mana yang sanggup menghuru-harakan nagara yang aman sebab nak kekal berkuasa? Ni memang kes kalau cakap tak gunakan akal, main ikut sedap mulut je.
Boleh baca laporan penuh kenyataan Tian Chua oleh Keadilan Daily di SINI. 24 jam lepas tu Tian Chua sibuk kata, Utusan yang putar belit kenyataannya. Kononnya Utusan beri gambaran salah mengenai kenyataan beliau. Baca SINI. Hmmmm, usah dilayan orang seperti Tian Chua ni.
Wednesday, February 20, 2013
Inverness, Scotland
![]() |
| Senja di Inverness |
![]() |
| River Ness: macam tepi sungai Rhein kat Konstanz je.. ;) |
![]() |
| Scotland masih sejuk... |
![]() |
| Hotel penginapan di Inverness |
Friday, February 15, 2013
14 Februari datang lagi
Sejak 7 tahun lepas, kedatangan 14 Februari akan membuatkan saya pilu. Hari ini genap 7 tahun abah pergi meninggalkan kami. Abah pergi mengadap Ilahi selepas menunaikan rukun islam yang kelima. Abah menghembuskan nafas terakhir di Madinah beberapa jam sebelum bertolak ke Jeddah untuk mengambil penerbangan pulang ke tanah air pada 14 Februari 2005 jam 4.50 petang waktu Madinah. Hanya emak yang menemani abah hingga ke akhir hayatnya. Emak kata abah berjaya menyempurnakan syahadahnya dan hanya kalimah Allah, Allah yang keluar dari bibir abah hingga ke nafas yang terakhir. Syukur padamu Ya Allah. Abah pergi dalam keadaan yang baik.
Kesian mak terpaksa meninggalkan jasad abah sebelum selesai urusan pengkebumian sebab perlu menaiki pesawat yang telah dijadualkan. Pengurusan jenazah disempurnakan sepenuhnya oleh pihak Tabung Haji. Terima Kasih Tabung Haji! Setelah selesai urusan pengkebumian, kami telah dihubungi oleh pegawai Tabung Haji yang memaklumkan bahawa jenazah abah telah selamat disemadikan di Perkuburan Baqi' pada 15 Februari 2005. Sebelum itu jenazah abah telah disembahyangkan di Masjid Nabawi usai solat Fardhu Subuh. Alhamdulillah!
Alhamdulillah juga Allah memudahkan urusan saya untuk pulang bercuti ke Malaysia sebelum abah bertolak ke Mekah pada awal Januari 2005. Teringat kata-kata adik semasa saya beritahu, tak pasti lagi samada dapat balik sebelum abah ke Mekah atau saya hanya akan pulang bercuti untuk menyambut kepulangan abah dari Mekah. Adik kata: "Abah cakap nko kena balik jugak sebelum abah gi Mekah. Abah nak ko balik." Masa tu agak pelik juga sebab selama 9 tahun saya di Jerman, tidak pernah sekali pun abah mendesak supaya saya balik bercuti ke Malaysia. Rupanya itulah kali terakhir saya bertemu abah. Teringat lambaian akhir abah semasa beratur sebelum masuk ke dewan menunggu di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Abah tersenyum sambil melambai ke arah saya dan adik. Ya Allah, rindunya pada abah... rindu sangat-sangat.
Abah tak sempat tunggu saya pulang terus ke Malaysia pada September 2005 tu, abah pergi lebih awal. Abah tak sempat merasa tinggal di rumah baru yang kami adik beradik kongsi bina untuk abah dan mak, abah pergi lebih awal. Abah tak sempat mendukung anak kedua saya, Amira yang ketika itu 4 bulan dalam kandungan, abah pergi lebih awal.
Saya bukan hanya hilang abah. Saya hilang teman bercerita. Saya hilang tempat membuat rujukan. Saya hilang tempat bermanja. Saya ralit bila mendengar abah bercerita. Dari kisah abah kecil yang kematian ibu ketika berusia 10 tahun. Bagaimana abah dihalang masuk ke sekolah Inggeris (High School Muar) setelah tamat darjah 4. Kisah abah merantau belajar sekolah pondok menuntut ilmu agama, kisah zaman Jepun, zaman British dan banyak lagi. Tak lupa kisah abah bermalam di hutan memburu dan bertempur dengan komunis hingga berjaya menembak mati salah seorang daripada mereka semasa zaman darurat. Saya tak pernah jemu mendengar kisah yang sama diulang cerita oleh abah. Tak pernah jemu!
Dulu abah selalu pesan: "Sembahyang jangan tinggal, kalau tidak macam mana nak doakan abah, mak kalau kami dah tak ada." InsyaAllah bah, orang akan selalu doakan abah dan mak. Orang titipkan Fatihah untuk abah selalu. Bukan sahaja usai solat bah, tapi bila-bila orang ingat abah. Sayang abah, rindu abah! :'(

Subscribe to:
Posts (Atom)