Nuffnang Ads

Monday, March 31, 2014

Kuning? Oh tidak!!

Your true color is

Yellow

Call you mellow yellow! You are a bit cautious, but you can be convinced to take advantage of the right opportunities to break out of your mold or help a friend in need. Just when your friends think you are very predictable, you will surprise them.
http://www.quizony.com/color/result.html
________________________________________________________________________

Ramai pulak kawan-kawan yang pos quiz ni di Facebook. Bila ramai yang buat, iskk gatal pulak tangan ni mengklick. Hasilnya.. i'm yellow! Argh.. tidak.. 

Dari segi pemilihan warna, kuning adalah warna yang sering saya elakkan. Pernah sekali pakai baju dan tudung warna kuning. Itupun terpaksa sebab kena ikut tema farewell party kolej kediaman semasa belajar dulu. Dan of courselah baju dan tudung pinjam!! Baju dan tudung Ina Jubet kalau tak silap. Mana nak korek duit dah hujung semester tu nak beli baju dan tudung baru semata-mata nak attend farewell party. Itu adalah kali pertama dan terakhir saya pakai baju dan tudung warna kuning. Even anak-anak pun, rasanya cuma Fahmi je yang ada sehelai t-shirt kuning, itupun sebab warna merah tak ada size dan Nurina ada sepasang kebaya kuning yang diberi kakak ipar saya. Izzad? Cuma jersi kuning warna Serimax! :)

Saturday, March 29, 2014

Kunjungan mesra ke Balai Polis Ayer Keroh dan SKMM Melaka


Cuti sekolah kali ini saya menghabiskan cuti di rumah Melaka. Sempat juga balik ke kampung 2 hari menjenguk mak dan balik semula ke Melaka. Jadi rutin saya, ulang alik dari rumah ke rumah adik. Al maklumlah rumah kami di Melaka tak ada internet. Bawa broadband pun tak jalan.. Nak pasang streamyx rasa tak berbaloi pula kalau cuma balik sebulan sekali. Jadinya nak berinternet, pergi rumah adik je :). 

Alang-alang seminggu di rumah, bersih-bersihkan mana yang patut, baiki mana yang perlu dibaiki. Sinki yang leaking pun dah saya baiki. Panggil kontraktor yang buat kitchen cabinet tempohari pun masih menitik lagi, at last buat sendiri. Tak puas hati dengan kontraktor yang buat dapur tu. Harga mahal tapi buatan tak kemas! Memang kena black list la kontraktor tu. Jaring di kekisi pintu dan tingkap pun dah saya pasang. Harap-harap tak adalah nyamuk dan cicak masuk lagi dari lubang kekisi tu ke dalam rumah.

Kesempatan ini juga saya dan adik ambil untuk berkunjung ke balai polis dan SKMM. Proses awal sebelum tindakan selanjutnya diambil. Nampaknya hamba Allah tersebut memang tak faham bahasa, jadinya kami terpaksa gunakan saluran undang-undang bagi mempertahan hak dan privisi. Kunjungan ke balai polis dan SKMM sangat positif dan kami sangat menghargai bantuan pegawai SKMM yang amat prihatin.

Hasil kunjungan ke Balai Polis Ayer Keroh ;). Ada dua report... satu adik punya.


Kunjungan seterusnya... ke SKMM. Pegawai bertugas pada hari tersebut sangat membantu dan banyak memberi kami info dan pandangan.

di SKMM, Bangunan Yayasan Melaka.. seriusnya makcik! ;p

Ada satu step je lagi yang perlu dibuat. So.. -to whom it may concern- Nampak kan report polis yang saya buat? Kalau rasa tak nak kena saman, tak nak kena panggil ke mahkamah, bawa-bawalah bertaubat. Tak penat ke bertahun-tahun mengganggu orang? We will give you a lil bit more time.. kalau masih ganggu kami BERTIGA, we will proceed to the next step.

Friday, February 14, 2014

9 tahun berlalu, dan kami masih merinduimu


Hari ini, 14 Februari 2014 genap 9 tahun abah pergi meninggalkan kami. Adik PM saya tengahari tadi: "Hari ni 14 Feb, genap 9 thn dh abah tkde..." . Saya tak akan pernah lupa tarikh tu, sebagaimana saya tak pernah lupakan abah. Saya pernah bercerita tentang abah di SINI dan di SINI.. juga di SINI kepada sesiapa yang faham bahasa Jerman. Hati sebak bila teringat abah. :'( Bah, akak rindu nak berbual dengan abah, rindu nak bercerita dengan abah. Rindu nak dengar orang cakap jawa bila balik kampung, sebab abah je yang cakap jawa dengan kami... rindu abah sangat-sangat! Al Fatihah untuk abah. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang beriman di sisi Allah swt.

Friday, February 7, 2014

Resepi: Currywurst - sosej dan sos tomato berempah. Snack orang Jerman

Currywurst : Snack orang Jerman

Semalam kami dinner curry wurst lagi. Kami tambahkan dengan salad dan roti bawang putih untuk dapatkan diet yang sesuai untuk dinner ;). Curry wurst antara makanan ringan yang sangat popular di Jerman. Kalau kita popular dengan keropok lekor atau pisang goreng sebagai kudapan yang kita boleh jumpa di gerai-gerai tepi jalan kan? Di Jerman, situasinya lebih tersusun. Tak ada gerai-gerai haram yang kita boleh suka-suka pasang di tepi jalan. Tetapi gerai-gerai makan (stall) masih wujud di tempat-tempat yang dibenarkan. Stall di Jerman dikenali sebagai Imbiss atau Schnell Imbiss. Makanan yang kerap ditemui di Imbiss, selain kebab, falafel, waffel dan berliner ialah curry wurst - sosej bakar atau goreng yang dihidang dengan sos tomato berempah dan kentang goreng. Itu snack mereka.

Keistimewaan curry wurst terletak pada sos yang digunakan kerana ia bukan sos tomato biasa tetapi sos tomato berempah. Jujurnya saya tak pernah rasa curry wurst asli yang dimasak oleh orang Jerman - bimbang dengan status halalnya. Sosej yang mereka gunakan dah sahla tak halal kan... Makan curry wurst pun di kedai turki dengan sos tomato biasa - tak sedap! Semasa belajar dulu, di Mensa (kantin universiti), curry wurst ni memang sajian wajib. Macam kantin kita dengan nasi lemak! :)

Sebab tak puas hati, jadi saya mula google cari resepi untuk curry wurst asli Jerman. Alhamdulillah setelah beberapa kali mencuba, saya dapat resepi curry wurst yang sesuai dengan selera saya. Jom tengok cara nak buat sos tomato berempah ni..

Resepi Curry Wurst: (saiz hidangan untuk 4 orang)

1/2 biji bawang besar kuning - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - diketuk sahaja
2 inci lobak merah - dipotong dadu
2 inci batang seleri yang besar - kalau tak ada, guna batang seleri biasa pun boleh, cuma tambahkan kuantiti
3 sudu besar tomato puree
2 sudu besar minyak zaitun
sedikit serbuk lada hitam
sedikit stok ayam, 1/5 dari kiub
1/2 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar serbuk cili
garam, gula secukup rasa
air

Cara:

  1. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang besar, bawang putih. Masukkan tomato puree, serbuk kari dan serbuk cili. Tumiskan sebentar dan tambahkan air. 
  2. Masukkan seleri dan lobak merah. Masak hingga seleri dan lobak lembut. Jika air kurang, tambahkan lagi. Tambahkan serbuk lada hitam, stok ayam. 
  3. Bila dah lembut, tapiskan sos, lenyek bahan yang tak hancur. Masukkan sos semula ke dalam periuk dan masak lagi. Tambah air jika perlu untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai - rujuk textur sos di dalam gambar! Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 

Saya gunakan sosej ayam jumbo Ayam Madu. Sosej biasa kurang sedap untuk curry wurst ni. Bakar atau panggang sosej, tuangkan sos berempah dan ayakkan (taburkan) serbuk kari diatasnya. Sedap dimakan dengan kentang goreng. Sediakan salad campuran lettuce, iceberg salad, tomato dan lada benggala untuk seimbangkan menu. Cubalah, anda akan dapat merasai kelainannya.



Thursday, January 30, 2014

Review makan: The Manhattan Fish Market, AEON Tebrau City, Johor Bahru

Hari ni cuti sempena CNY bermula. Kiddos pun cuti 6 hari, tapi kami tak ke mana pun. Balik kampung tidak, balik Melaka pun tidak, balik Terengganu? Haaa yang tu kena tunggu big boss cuti. Kalau setakat balik Melaka, balik rumah mak kat Muar, saya balik sendiri dengan anak-anak je pun tak apa. Tapi Terengganu tu jauh sangatla pulak nak drive sengsorang. Ikutkan cuti lama macam ni bagus juga balik Melaka, boleh bercucuk tanam kat tanah sekangkang kera tu, tapi penatlah pulak rasanya nak drive sengsorang. Minggu lepas baru je balik Melaka, minggu sebelum tu pun balik Melaka juga. Izzad memang dah warning sesiap yang dia "cuti tapi tak cuti" CNY ni sebab banyak kerja kat office. Kiddos ni pulak, pantang disebut nak balik Melaka, suka je nak jumpa sepupu diaorang. Kadang tu melekat kat rumah maksu, taknak balik rumah sendiri :). Puas kena pujuk baru nak balik. Itupun pagi-pagi dah merengek suruh hantar ke bawah (rumah maksu).

Malam tadi kami ke AEON Tebrau City, kononnya saya nak cari sepasang sandal Scholl dan kasut untuk jogging (hahaha badan dah mula terasa berat - lama tak swimming dan tak exercise). Sampai di AEON, kami dinner dulu kat The Manhattan Fish Market. Sebelum ni cuma lalu je depan TMFM tu, tetiba hari ni rasa nak masuk pulak. Hakimi dah merajuk sebab dia nak ke Nando's. Puaslah kami memujuk. Saya pilih Seafood Sea-esta, Mediterranean Baked Fish untuk Izzad, Spaghetti Aglio Olio untuk Amira, Cajun Chickie Marinara untuk Fahmi dan Hakimi. Nurina cuma nak Mushroom Soup je. Jadi kami order 2 Mushroom soup.

Sewaktu kami sampai, cuma 3 meja yang ada pelanggan, tetapi hidangan pertama kami hanya sampai kira-kira 30 minit kemudian! Itupun pasta Aglio Olio untuk Amira. Hampir 5 minit selepas tu Seafood Sea-esta saya sampai. Diikuti Mushroom soup, Cajun Chickie Marinara  dan Baked Fish untuk Izzad yang terakhir sekali sampai - hampir 40 minit selepas pesanan dibuat!

Rasa makanan biasa-biasa aje. Agak tak berbaloi dengan harga yang dibayar! Seafood Sea-esta saya kuat sangat rasa bawang putih! Memandangkan saya bukan penggemar bawang mentah atau apa sahaja bawang yang tak masak, kiub-kiub bawang separuh masak yang ditabur dalam sup sangat mengganggu. Sup pun rasa terlalu manis. Bagi saya, kombinasi masam manis yang tak menjadi. Shrimp Aglio Olio Amira pun biasa-biasa sahaja. Sekali lagi saya terpaksa ketepikan bawang-bawang yang didadu halus. 

Izzad kata baked fish dia pun so-so je. Nina pun tak habiskan mushroom soup. Mushroom soup kedua hanya luak suku aje. Spaghetti je yang habis, itupun sebab Hakimi dan Fahmi berkongsi menu dan saya tolong menghabiskan spaghetti Amira.

Komen kami: 
Masa menunggu : 6/10
Suasana : 8/10
Makanan : 6/10
Harga : 6/10

Rasanya The Manhattan Fish Market memang tak akan kami kunjungi lagi selepas ni. Tak berbaloi. Tak tahulah kenapa tempat ni kawan-kawan selalu up gambar dalam Facebook. Agaknya sebab nampak macam 'grand' gitu. Padahal rasa makanan biasa-biasa je... Sorry kat sesiapa yang memang suka tempat ni, selera lain-lain kan ;)


Seafood Sea-esta. Foto ihsan web TMFM

Meditarranean baked fish. Foto ihsan web TMFM

Shrimp Aglio Olio. Foto ihsan web TMFM

Cajun Chikie Marinara. Foto ihsan web TMFM

Cream of mushroom. Foto ihsan web TMFM

Friday, January 10, 2014

Pakar mata (Opthalmologist) di KPJ

Hari ni minggu kedua Johor secara rasmi menukar cuti mingguan kepada Jumaat dan Sabtu. Minggu lepas saya buat temujanji dengan pakar mata di KPJ Johor Bahru untuk Nurina dan Fahmi. Nurina perlukan general check up sebab dia selalu mengadu mata kurang jelas bila membaca papan tanda dan juga di dalam kelas. Ikutkan saya memang mahu elak anak-anak pakai cermin mata ni, tapi nak buat macam mana kan? Dah Izzad pun memang pakai cermin mata sejak tingkatan 1. Saya? Hahaha saya ni si rabun yang tak sedar diri! Lepas balik dari Jerman, ada fasa saya bercermin mata sekitar 5 tahun kot.. Lepas tu rela rabun dari rimas dengan spectacle! 

Selepas buat pemeriksaan dengan Dr. Mohamad Asri Halili, pakar Opthalmology di KPJ Johor Bahru, Nurina perlu pakai cermin mata untuk tujuan pembelajaran sahaja. Maksudnya, cuma di dalam kelas sebagai bantuan untuk melihat papan putih/papan hijau dengan lebih jelas. Power memang masih rendah, 0.5 dioptri untuk kedua belah mata kanan dan kiri. Punah harapan saya untuk anak-anak bebas kanta :p. Pun masih tak berpuas hati sampai keluar soalan bodoh sebab nak menyedapkan hati kat doktor "Er doktor, kalau cuma 0.5 je, ada harapan akan pulih ke?" -dah tahu jawapan mesti tak boleh pulih punye, tapi masih gak nak dengar dari mulut doktor tu- Sebagaimana yang dijangka jawapan dari Dr. Asri..., "Memang tak akan pulih, untuk budak perempuan kemungkinan power meningkat secara mendadak tu ada". Hmmm lahai apo nak dikato? Bermato ompekla kau Nina oii. 

Selepas check si kakak, giliran Fahmi pula. Saya masih tak puas hati dengan juling air mata Fahmi. Dah dua kali saya bawa ke Regency, dan jawapoan doktor di sana boleh rujuk di sini. Jadi tujuan berjumpa Dr Asri adalah untuk mendapatkan pandangan kedua. Nampaknya pandangan kedua-dua doktor adalah sama. Juling pada tahap yang minima yang tidak menjejaskan pemfokusan mata bila melihat objek. Maksudnya pergerakan mata yang tak seragam hanya berlaku bila mata dalam keadaan santai, contohnya bila dia berangan atau memandang secara kosong. Tetapi penting untuk pastikan Fahmi tak rabun, kerana rabun boleh menjejaskan kosmetik matanya. Ok dah puas hati selepas berjumpa doktor kedua? Sedikitlah.. cuma selepas baca semula tentang juling tahap minima di web tadi, saya berharap juling Fahmi ni akan hilang. Sebab menurut rencana yang saya baca, juling dalam tahap minima akan hilang dengan sendiri. So, jangan putus harapan... ;)

Dalam perjalanan balik ke rumah, singgah sekejap di Tesco Seri Alam untuk buat cermin mata Nurina. Bingkai yang ringkas je. Mula-mula Nurina nak warna hijau!! Dah agak dah, warna 'febret' dia.. Tapi bila dah letak kat muka nampak pelik sangat, dia pun tak berkenan, jadi tukar kaler hitam je. RM160 siap lens. Esok cermin mata tu siap.

Friday, November 15, 2013

Cuti hujung minggu di Johor tukar ke Jumaat dan Sabtu?

Dua, tiga hari kebelakangan ni agak hangat juga diperkatakan tentang berita bahawa Johor akan menukar cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu. Betul ke? Hmm kalau tak silap, Johor telah menukar cuti hujung minggu dari Jumaat/Sabtu kepada Sabtu/Ahad bermula Januari 1990. Saya masih bersekolah menenengah lagi waktu tu. Mula-mula tu macam pelik je, tapi lama-lama, sebulan dua jadi normal je. Berbalik kepada cakap-cakap tersebut, macam mana ye? Kalau pertukaran cuti hujung minggu ni menyeluruh, maksudnya tidak kira swasta atau kerajaan terlibat, oklah kot.. tapi kalau cuma kerajaan je, mungkin ada yang lompang sana sini nanti. Apa-apa pun kita tunggu pengumuman Kerajaan Negeri Johor... Cuti Jumaat ke, Sabtu ke, Ahad ke... yang penting masih diberi cuti.. ;) 

Hari ini merupakan hari terakhir penggal persekolahan bagi tahun 2013. Jadi semalam telah diadakan Hari Anugerah Juara SKTR 3 untuk meraikan anak-anak yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan juga pentaksiran tahun 2013. Alhamdulillah Nurina dan Amira masih mengekalkan prestasi yang baik dalam peperiksaan dan pentaksiran masing-masing. Di sekolah agama pun kedudukan mereka kekal dengan peningkatan peratus yang sangat baik. Alhamdulillah. 


Foto: Die Schwestern bei "Hari Anugerah Juara SKTR 3 Taman Rinting" ;)
Nurina dan Amira di Hari Anugerah Juara SKTR 3, Taman Rinting

Untuk Nurina, bermula tahun depan saya akan mulakan jadual belajar. Tahun depan dia dah darjah 5, jadi perlu diperkenalkan dengan cara belajar yang lebih bersistem. Bersistem, bukan beban! Saya masih percaya dengan kaedah "anak-anak perlu dilatih bahawa belajar itu sesuatu yang menyeronokkan". Tuition for kids is a big NO to me! Benarkan mereka bebas bermain di luar - bukan games atau gadjet. Sentiasa pantau kerja sekolah mereka dan bantu mana yang perlu - bantu, bukan buatkan kerja sekolah mereka. Juga pastikan anak-anak tak ponteng sekolah. Alhamdulillah anak-anak memang tahu dan ikut peraturan saya, semua kerja sekolah perlu disiapkan sebelum maghrib. Adalah sekali dua mereka tersasar, dan biasanya saya akan pandang sebelah mata aje. Selepas maghrib dan makan malam, mereka boleh rehat sebelum masuk tidur pukul 10.00 malam. Tidur yang cukup (7-8 jam) amat penting supaya anak-anak tak letih dan boleh fokus di dalam kelas pada keesokan harinya.