Nuffnang Ads

Wednesday, February 8, 2012

Cuti lagi..

Rasanya baru je berjalan masa CNY aritu, walaupun hanya balik kampung dan balik rumah Melaka, masih dikira berjalan juga tu. Hujung minggu lepas, ada cuti 4 hari lagi dan kami meneruskan aktiviti berjalan, ronda-ronda. Kali ni ke Shah Alam pula, bawa anak-anak jumpa Aki dan Tok Mi. Rancangan asal cuma 2 malam di sana, isnin tu kami akan ke Batu Pahat untuk menghadiri kenduri Khairul Hakimin, ex MGSS yang juga bekas engineer Izzad dan terus balik ke Pasir Gudang. Hari sabtu masa tengah minum petang, mak mertua sebut tentang plan diaorang nak ke Bukit Gambang Waterpark satu keluarga. Izzad pandang saya, saya pandang Izzad, diam, masing-masing berfikir, kelip-kelip mata, hmmmm. Lepas beberapa minit Izzad pun bersuara. Huhs, lega bila dia yang buka mulut dulu.

Jadi kami batalkan rancangan untuk ke kenduri Hakimin, nasib baik tak janji lagi dengan Hakimin tu. Tak ada rezeki nak tengok Hakimin naik pelamin. Dan isnin jam 5.30 pagi tu kami keluarga Pak Ishak bertolak ke Kuantan. Izzu, Naem dan anak-anak bertolak lewat sikit, lepas subuh katanya. Kami berhenti solat mana ntah... dan berhenti breakfast di Temerloh. Masa otw tula terserempak dengan kemalangan maut kat LPT tu, masih ada lagi kat tepi highway dan belum diangkat lagi.

Isnin tu seharian kami di Bukit Gambang Waterpark. Itupun anak-anak masih tak puas lagi. 6 jam main air pun tak puas lagi? isk isk isk. Jam 4 petang kami bertolak ke homestay di Permatang Badak Jaya. Malam tu pulak pergi makan sate di Terminal Satay Zul, Jalan Alor Akar (dekat dengan rumah sewa saya masa belajar di Polisas dulu). Rupanya masa FIL jadi pengetua UiTM Jengka, mereka sekeluarga selalu ke Satay Zul... suasana di Satay Zul masih sama... tak berubah!

Selasa pagi kami bertolak balik ke Pasir Gudang. Saya risaukan Nurina dan Amira yang masih tak siapkan homework. Iyelah sebab tak rancang nak balik lewat pun. Plan asal balik hari isnin, jadi masih ada hari selasa untuk diaorang siapkan kerja sekolah. Baju-baju sekolah, saya dah siap cuci petang jumaat tu. Kalau tidak, kalut juga saya. Kasut sekolah pun nasib baik ada yang bersih.

Aha lupa pulak... Ahad tu ajak Izzad pergi IKEA. Saje jalan-jalan. Mak mertua pun ikut sekali. Dalam tak ada benda nak beli tu, saya terambil juga plastic bag storage Rationall Variera, bekas sudu, tempat simpan barang-barang kecil gantung (PS Fangst) dan dua pokok orkid! hehehe. Dan seperti biasa tak boleh nak merewang lama-lama. Encik Hubby bukan jenis yang suka window shopping dan berjalan santai. Jadi kami cuma 2 jam je di IKEA. Takpelah, itupun dah cukup... danke dir Schatz!

No comments:

Post a Comment