Nuffnang Ads

Friday, February 3, 2012

Hujan batu di negara sendiri

: "I wish to be in Malaysia for teaching at uni level.....I love Malysia....nice country..cheers"

: "Are you serious? Such a talent like you should go to America or maybe Singapore. Don't waste your talent! :)"

begitulah bunyinya komen seorang kenalan saya semasa belajar di POLISAS suatu ketika dulu. Kami hanya sama kelas untuk subjek tertentu sebab saya dari kursus Teknologi Komputer dan dia dari kursus Elektronik Perhubungan. Selepas habis sijil, dia terus buat degree di Politeknik Batu Pahat (sekarang Universiti Tun Hussien Onn) dan saya meneruskan diploma di Polisas. Bila saya ke Jerman, dia masih di Batu Pahat dan selepas tu hanya sesekali dengar berita tentang dia.

Terbaru yang saya tahu, dia dah menggenggam PHD sekarang. Saya tumpang gembira dengan kawan-kawan. Kawan-kawan yang sama-sama belajar di Jerman dulu pun ramai yang sedang berusaha untuk dapatkan PHD (yang masuk ke bidang akademik le). Kalau yang ke industri tu, ada master pun macam tak ada je.. :]

Berbalik kepada ayat di atas tu. Ayat tu bukan ditujukan kepada saya ye, tapi untuk rakan beliau yang berminat untuk bekerja di Malaysia selepas tamat pengajian. Itu perkataan yang keluar dari mulut seorang warga akademik yang ada PHD yang sepanjang pengajiannya sejak di POLISAS ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Sedih, betapa kurangnya semangat patriotik di dalam hati beliau. Jadi tak hairanlah kalau ramai golongan cerdik pandai Malaysia yang menuntut di luar negara terus tak pulang ke Malaysia.

Di Jerman dulu, pelajar tajaan JPA batch 1 hingga 6 semuanya melayu. Mulai batch 7, 25% adalah cina dan india. Dan mulai batch ke 8, peratusan cina-india adalah 45% daripada jumlan penghantaran pelajar setiap tahun. Khabarnya sekarang ramai yang 'hilang' meresap di Jerman dan eropah selepas tamat pengajian. Tak tahu apa jadi dengan peraturan pemegang biasiswa yang hanya dibenarkan bekerja 2 tahun sahaja selepas tamat pengajian di negara tempat belajar. Selepas tamat tempoh 2 tahun wajib balik dan laporkan diri di JPA, tunggu sampai dapat surat pelepasan (minima 6 bulan). Dengan surat pelepasan rasmi JPA, baru kita dikira bebas untuk bekerja di mana sahaja.

2 comments:

  1. Hai CikPuan Zue. Saya Izham. Saya ada kawan yang ingin terbang ke Jerman untuk sambung belajar. Sekarang dia lost sikit. Terutama entrance exam perlu buat ujian matematik.

    Boleh saya tanya CikPuan Zue, jika cikpuan Zue ada info pasal ini?

    Harap dapat bantu. =)

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada pertanyaan, boleh email saya ke zyusof@gmx.de

      Delete