Hari ni saya cuba semula untuk menyemak keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Nina di halaman SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Minggu lepas hanya ada keputusan Peperiksaan Setengah Tahun je. Ermmm hari ni pun masih ada satu subjek yang belum dimasukkan markahnya, Bahasa Malaysia 2.
##kemaskini pada 5.11.2012: Keputusan peperiksaan dah keluar. Nina dapat 10A ;). Tahniah Nina!##
Berdasarkan keputusan peperiksaan, penekanan harus diberi kepada matapelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman. Nina hanya mendapat 80 markah! Cukup-cukup makan untuk dapat A sahaja. Mata pelajaran lain semua sangat baik, 94 hingga 98. Pening juga saya, anak melayu, tapi Bahasa Melayu kurang mantap. Jika nak dibandingkan dengan Bahasa Arab (98) dan Bahasa Inggeris (94), macamlah Nina ni tak bercakap melayu di rumah. Di rumah, saya bukan bercakap Jerman pun dengan anak-anak, kecuali masa bebel marahkan mereka ;). Bahasa Jerman adalah bahasa perbualan untuk saya dengan Izzad. Jadi kalau tetiba mama dan papa berbual dalam bahasa Jerman, tahulah mereka ada rahsia yang sedang diperkatakan ;). Tapi sejak kebelakangan ni saya perhatikan, Nina mula dapat menangkap isi perbualan kami dan banyak perkataan Jerman yang dia dah faham maksudnya. Sejak balik dari Jerman, Nina seperti terputus hubungan dengan bahasa Jerman. Memanglah sayang, tapi saya kekok untuk berbahasa Jerman dengan dia sejak balik sini. Hajat di hati, Nina akan saya ajar bahasa Jerman mungkin setahun dua lagi. Buat masa sekarang biar dia mulakan dengan kelas tahfiz. Tak boleh terlalu banyak aktiviti, kesian kat anak-anak. Nanti tak ada masa untuk rehat pula.
Berbalik kepada keputusan peperiksan, matapelajaran Pendidikan Seni pun dapat 80 markah juga. Dari darjah 1 hingga darjah 3 Nina tak pernah dapat lebih 80 markah bagi matapelajaran Pendidikan Seni. Kuah memang betul-betul tumpah ke nasi ni, sebab baik saya mahupun Izzad, kami memang tak berbakat dalam bidang seni. Lukis melukis memang out, kecuali lukisan kejuruteraan, itupun terpaksa sebab nak lulus periksa. Lepas CAD ada, lukis pun cuma guna komputer je kan..:)
Amira pula dah tak sama sistem dengan Nina. Amira sekarang sistem KSSR. Tak ada periksa, cuma penilaian peringkat sekolah sahaja. Jujurnya saya masih agak risau, kerana sebagai ibubapa, kita tidak tahu kedudukan anak dalam sistem ini. Pada pendapat saya KSSR akan berjaya dengan kerjasama baik antara pihak sekolah dan ibubapa. Kalau sistem dijalankan tetapi pendekatan pihak sekolah tetap macam PKSR juga (tiada interaksi berterusan antara pihak sekolah dan penjaga), rasanya objektif KSSR tidak akan tercapai. Dua minggu lepas saya ada berbual dengan Cikgu Junaidah, guru Bahasa Malaysia Amira. Menurut Cikgu Junaidah, Amira dah boleh sampai ke Band 5. Band 6 mungkin susah sikit sebab soalan untuk Band 6 memang direka untuk budak yang betul-betul cemerlang. Bukan sekadar tahu jawab soalan, tetapi tahu untuk menerangkan logik jawapan yang diberikan. Di sinilah murid-murid dilatih untuk berfikiran kreatif, bukan sekadar meluahkan semula apa yang telah diberi oleh guru di dalam kelas. Saya amat positif dengan sistem ini, tetapi perlu ada kesungguhan dari pihak yang melaksanakannya. Budaya kerja perlu diubah, jika tidak, anak-anak kita bakal menjadi bahan ujikaji Sistem Pendidikan Negara sekali lagi!
Saya nampak cerewet ke dengan keputusan peperiksaan anak-anak? Entahlah ye.., saya cuma nak pastikan mereka buat yang terbaik untuk diri mereka. Selama ni saya beri kekebasan kepada mereka. Tak pernah menyekat mereka untuk bermain, gunakan tablet, laptop, internet, tengok tv. Asalkan kerja sekolah siap, dan yang terbaru mereka buat hafalan untuk kelas tahfiz, mereka bebas untuk mengisi masa lapang pada waktu petang dengan aktiviti sendiri. Cuma kalau gunakan internet, saya akan pantau kandungannya, juga TV pun ada tapisan yang dibuat. Mereka bebas mengatur jadual harian sendiri tetapi tetap tertakluk kepada peraturan asas saya, contohnya setiap hari pukul 10 malam kena masuk tidur. Saya tak pernah memberi kelonggaran kepada masa tidur terutama jika hari bersekolah. Kalau hari cuti atau kalau di kampung, itu lain cerita. Jadi dengan kebebasan yang diberi, belajar tanpa tekanan dan paksaan, saya harap mereka tak lalai. Betul keputusan masih cemerlang, cuma untuk subjek Bahasa Malaysia, memang perlu penambahbaikkan.
Nuffnang Ads
Tuesday, October 30, 2012
Wednesday, October 10, 2012
Kenapa saya pilih pusat Tahfiz sebagai pendidikan tambahan?
Jujurnya sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menghantar anak-anak kami untuk belajar di Pusat Tahfiz, samada secara separuh masa atau sepenuh masa. Mungkin pendedahan yang kurang dari pihak saya sendiri. Cuma yang pasti, saya memang berazam untuk memastikan anak-anak kami mengaji dan khatam Al-Quran sebelum mencapai usia 12 tahun. Alhamdulillah, anak sulung saya Nurina berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran sebelum dia berusia 9 tahun. Amira (7 tahun) masih mengaji juzuk 7. Hakimi (4 tahun) sudah saya biasakan dengan Iqra'. Tetapi Hakimi masih sukar untuk fokus. Sebutan semua sudah betul, tapi mata meliar ke arah lain bila mengaji. Fahmi ada juga ikut membuka Iqra' bila kakak mengaji.
Berbalik kepada tahfiz. Segalanya bermula 2 tahun lepas. Kakak saya telah mendaftarkan anak sulungnya yang berusia 10 tahun ke sebuah pusat tahfiz sepenuh masa di Melaka. Awalnya tanpa rela dan hanya menurut kehendak abang ipar saya. Saya sebagai ibu saudara juga agak kecewa sebenarnya kerana Hidayah merupakan seorang yang bijak dan cemerlang di sekolah. Pendedahan saya tentang peluang lepasan pusat tahfiz untuk menceburi bidang profesional lain agak kurang. Ditambah pula dengan kehendak abang ipar supaya anaknya mengikuti pengajian 'Mualimah' setelah selesai pengajian Tahfiz. Maksudnya segala ilmu yang pada pendapatnya ilmu dunia terus disisihkan - pendapat yang amat saya tentang, sebabnya semua ilmu itu ilmu Allah. Ilmu Allah bukan setakat ilmu agama semata-mata! Melalui pemerhatian juga ramai lepasan pusat tahfiz yang seakan membataskan penglibatan mereka dalam bidang keagamaan sahaja: samada sebagai penceramah agama, guru-guru, pensyarah - hanya menjurus kepada pendidikan dan agama sahaja! Jarang kita didedahkan dengan kejayaan lepasan pusat tahfiz yang menceburi bidang profesional lain seperti jurutera, doktor, peguam dan sebagainya. Memang ada, tetapi kurang didedahkan kepada umum!
Melihat keupayaan Hidayah berjaya menghafaz 19 juzuk dalam tempoh tak sampai 2 tahun, saya mula memasang niat untuk melihat anak-anak saya juga mendapat didikan di pusat tahfiz, bukan sepenuh masa, tetapi hanya separuh masa. Saya mula meninjau kewujudan pusat tahfiz di persekitaran kediaman. Alhamdulillah, ada sebuah Pusat Tahfiz Perempuan berdekatan dengan rumah. Tetapi memandangkan Nurina masih belum khatam, saya pendamkan dulu hasrat saya dari pengetahuan suami. Hanya Kak Iya dan adik tahu tentang hasrat saya ni. Malangnya pusat tahfiz tersebut telah ditutup sekitar Mac 2012 kerana gurunya berpindah ke Selangor. Saya agak kecewa memikirkan hasrat saya yang tidak kesampaian. Jadi selepas Nurina khatam Al Quran pada April 2012, dia mengulang mengaji semula di rumah Cikgu Sue.
Lebih kurang 2 bulan lepas, saya mula nampak sekumpulan pelajar perempuan berpurdah kerap berulang-alik ke Jalan Beringin 9. Saya tahu sebelum ni kerap pelajar Tahfiz Lelaki yang berpusat di Beringin 11 ke Beringin 9. Mungkinkah telah dibuka pusat tahfiz perempuan pula? Hati saya kembali berbunga mengharap. Jadi minggu lepas, saya memberanikan diri mencadangkan kepada Izzad tentang hasrat saya untuk menghantar Nurina dan Amira ke pusat tahfiz secara separuh masa (dalam hati tak henti berdoa moga Izzad bersetuju). Saya percaya niat yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan urusannya! Alhamdulillah Izzad bersetuju tanpa banyak soal, asalkan Nurina dan Amira kekal mendapat pendidikan akademik dan agama sebagaimana biasa. Syukur kepadamu ya Allah!
Setelah mendapat keizinan Izzad, saya terus ke Beringin 9 untuk bertanya. Saya dimaklumkan, premis tersebut adalah kediaman mudir (warden). Pusat Tahfiz Perempuan memang ada dibuka, tetapi di Beringin 6. Saya kemudiannya ke Beringin 6 berjumpa Ustazah Khadijah. Saya diberi borang permohonan dan diberi penerangan. Setelah selesai urusan permohonan dan sesi temuduga, akhirnya Amira dan Nurina diterima sebagai pelajar tahfiz separuh masa bermula Selasa, 09.10.2012.
Sebenarnya, rencana di dalam sisipan Mega Utusan Malaysia tentang huffaz yang menceburi bidang profesional memberi saya motivasi dan pencetus untuk saya meluahkan hasrat menghantar 2 anak perempuan belajar tahfiz kepada Izzad. Allah telah memberi jalan kepada saya dan semoga usaha kami diberkati Allah.
Amira sewaktu berusia 3 tahun dan Nurina yang berusia 5 tahun mampu menghafal dialog beberapa episod siri Upin dan Ipin yang berdurasi 5 minit setiap episod hampir tanpa sebarang kesalahan. Saya masih belum menyediakan jadual khusus untuk mereka belajar setiap hari di rumah, sekadar memastikan mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah dan menjelang peperiksaan mereka perlu sekurang-kurangnya satu kali 'khatam' buku sekolah. Itu memadai bagi saya dan alhamdulillah mereka masih mengekalkan prestasi yang cemerlang di sekolah kebangsaan dan juga di sekolah agama. Jadi besarlah harapan saya moga kemahiran mereka untuk mengingat itu masih ada dan dapat digunakan dengan sebaiknya. Tahun lepas saya pernah melatih Amira yang terlupa untuk memberitahu saya ada satu surah tambahan untuk pertandingan Hafazan (cikgu memberi masa seminggu untuk menghafaz 11 surah). Dalam masa tak sampai sehari, dia dapat hafaz satu surah tersebut. Tahun lepas juga saya ada melatih Nurina membuat persediaan pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris. Dengan bantuan flash card yang saya sediakan, Nurina mampu menghafal cerita dalam masa satu hari. Jadi rasanya keputusan saya tidak salah. Saya percaya mereka memiliki kemahiran asas untuk menghafaz, cuma bimbingan yang lebih sistematik daripada tenaga pengajar yang berkelayakan perlu untuk membolehkan mereka mampu menghafaz Al Quran pula.

Tuesday, October 9, 2012
Tahfiz Al-Islah, Taman Rinting
Mulai hari ni, Amira dan Nurina akan memulakan pengajian separuh masa di Pusat Tahfiz (Perempuan) Al Islah di Taman Rinting. Doa dan harapan saya moga Amira dan Nurina akan diberikan kemudahan Allah swt untuk menghadapi pelajaran baru di sana. Sedaya mungkin saya dan suami akan cuba memberikan pendidikan yang seimbang, dunia dan akhirat untuk anak-anak kami. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menghantar Nurina dan Amira belajar tahfiz secara separuh masa, tapi tak ada tempat yang dekat. Dulu memang ada sebuah pusat tahfiz di taman ni juga, tapi sejak guru yang mengajar berpindah ke Selangor, pusat tahfiz pun ditutup. Kebetulan Pusat Tahfiz Al Islah baru berpindah ke sini, memang rezeki saya la tu. Izzad setuju je dengan saranan saya, asalkan anak-anak tetap ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama seperti biasa.
Jadi Amira dan Nurina akan berhenti mengaji di rumah Cikgu Sue. Petang lepas balik sekolah agama boleh mereka rehat dan siapkan kerja sekolah. Saya pun senangla sikit tak payah nak tapis siri-siri kat TV untuk mereka. Bila dah ke kelas tahfiz dari 7.30 - 9.30 malam, secara tak langsung tak dapat tengok TV ;). Mungkin boleh kot setengah jam, sebelum masuk tidur pukul 10 malam tu.
Pusat Tahfiz Perempuan Al Islah mempunyai 16 orang pelajar tahfiz sepenuh masa, 4 orang pelajar separuh masa dengan 2 orang tenaga pengajar. Hantar anak sepenuh masa (tinggal di asrama) di Pusat Tahfiz? Hmm.., setakat ini, itu bukan pilihan saya. Saya masih perlukan anak-anak dan rasanya anak-anak pun masih perlukan saya.

Wednesday, October 3, 2012
Marble Cheese Brownie
Hajat di hati nak makan Marble Cheese Brownie ni dah lama ada sejak tengok Ina dok mengiklankan brownie untuk jualan di FB dia. Puas mencari resepi yang sebiji sebentuk.. akhirnya sampai ke fotopages Rinnchan. Dulu masa zaman berfotopages, masa masih di Jerman, rajin juga mengulit fotopages Rinnchan ni yang saya kenal dari fotopages Mamafami. Tapi sejak orang sibuk dengan FB, terlupa pulak nak jejak fotopages :). Terima kasih Kak Rinnchan sebab kongsi resepi ni. Saya ambil dan kongsi pula di halaman saya. Resepi pun saya C&P bulat-bulat dari sana.. tak edit apa-apa pun. Jiran sebelah rumah, En. Azmi dan Siti yang tinggal di sebelah rumah En. Azmi pun dah merasa kek ni. Rumah Pumitha kat sebelah kanan dah terpisah dengan jalan, jadi boleh dimaafkan kalau tak diberi kan? :) Dan resepi dah pun sampai ke Cikgu Junaidah lepas dia rasa kek yang Amira beriya-iya nak beri kat cikgu dia.
MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Friday, September 21, 2012
Lime chicken with brown cream sauce
Dah lama gak tengok Jess tunjuk resepi ni dalam facebook dia. Setiap kali nak cuba je, tengok fresh thyme tak ada dalam simpanan. Ahad lepas masa shopping barang dapur kat Tesco, terus ambil fresh thyme. Ingat nak cuba hari isnin.. tapi Izzad ajak pergi makan steak kat JB pulak. Hari selasa dan rabu, Izzad tak balik makan malam sebab ada badminton dan futsal. Jadi semalam baru boleh cuba resepi ni... Mudah sangat dan sedap! Cuma lain kali kena kurangkan sikit thyme dan lada hitam.. sebab kombinasi dua bahan ni kalau terlebih, kuat sangat rasa lidas kat lidah...
So, mari kita tengok bahan-bahannya
Bahan A
1/2 ekor ayam potong ikut suka (kalau guna 4 keping dada ayam lagi bagus, senang nak empuk)
3-4 sudu besar minyak olive
1 1/2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
3 - 4 tangkai fresh thyme. (kalau guna thyme kering, lebih kurang 1 sudu besar)
3/4 sudu kecil garam
** Campurkan semua bahan A, gaul sebati dan perap dengan ayam sekurang-kurangnya satu jam. Kalau nak masak untuk dinner, bagi yang bekerja tu, pagi sebelum gerak ke office dah boleh perap ayam dan simpan bertutup dalam peti sejuk **
Dah siap perap, panaskan non stick pan dengan api kuat. Bila dah kuali dah panas, grill ayam perlahan api. Grill lebih kurang 5 - 10 minit setiap bahagian. Bila ayam dah masak, perahkan dengan sebiji jus lemon atau limau nipis dan 20gm butter. Balik-balikkan ayam supaya sebati dengan jus lemon dan butter. Angkat ayam dan tutupkan selama 15 hingga 30 minit. Tujuan kita simpan ayam bertutup adalah untuk biar ayam terus masak dengan suhu yang diperangkap. Orang putih kata kita "rest"kan ayam tu. Jadi nanti ayam kita tak kering. Kalau panggang ayam pun saya biasa "rest"kan ayam lepas dipanggang. Ayam tak kering, tak liat... jadi elok je.
Lepas angkat ayam, masukkan air dan minyak lebihan perap tadi ke dalam kuali (tak payah basuh kuali tu). Tambahkan 1 sudu besar tepung dan kacau. Tambahkan 2 sudu santan atau cream. Tambah garam jika perlu. Angkat sos.
Side dishes:
brokolli celur
carrot celur
cherry tomato
french fries atau nasi yang digaul garam dan minyak olive
Masa nak hidang tu, tuangkan sos atas ayam.... lebih kurang macam dalam gambar ni le.. :)
Cubalah..., satu jam boleh settle.. siap kemas sekali ;)

Monday, September 17, 2012
"Make a lie big..." - kuasa pembohongan yang didendang berterusan
"Make a lie big, make it simple, keep saying it and eventually they will believe it" - quoted Adolf Hitler
Saya bukan mahu mempromosi Adolf Hitler, walaupun saya lama menetap di Jerman. Nilai-nilai yang ada dalam masyarakat Jerman banyak mencorakkan pemikiran saya. Tapi satu yang tetap kekal, jati diri saya sebagai seorang melayu muslim dan sebagai rakyat Malaysia.
Saya bersetuju dengan apa yang Adolf Hitler katakan. Sesuatu pembohongan itu, jika didendang berulang kali, lama kelamaan akan dianggap benar dan diakui sebagai fakta. Sudahnya mana yang betul, mana yang salah pun, kita sendiri tidak tahu. Begitulah yang berlaku dalam senario politik masakini dalam negara kita. Fakta palsu dan fitnah seringkali dihebahkan berulangkali hingga akhirnya diterima ramai sebagai berita yang benar! Begitu besar kuasa mengadu-domba. Jadi tidak hairanlah jika Allah swt mengutuk perbuatan adu domba ini, kerana sesungguhnya ia memang merosakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Semalam saya menghadiri jamuan Aidilfitri di rumah junior saya semasa di Jerman. Alhamdulillah saya berpeluang bertemu dengan rakan-rakan lama. Bila dah berkumpul, timbul juga isu politik dalam perbualan kami. Memandangkan saya dan mereka dulu merupakan kumpulan pelajar yang simpati pada Anwar Ibrahim dan pro reformasi, jadi kami sempat bertukar situasi terkini. Tergelak saya bila seorang rakan, yang dulunya merupakan penyokong tegar ADIL, bersungguh-sungguh menggelengkan kepala bila diajukan nama Anwar. Memang betul-betul dah berpatah arang, berkerat rotan dengan AI. Masing-masing tersenyum mengenang masa silam sewaktu kami berkobar-kobar dengan semangat reformasi yang diperjuangkan Anwar. Sambil mengulit nota kuliah, kami bertikam lidah di mailing list yahoogroups antara kumpulan pro kerajaan dan pro reformasi. Dahulu tiada Facebook, Twitter dan blog pun hanya digunakan untuk merakam kenangan sebagai pelajar di tempat orang. Tak ramai yang mendedikasikan diri untuk berpolitik di alam maya melalui blog. Kami hanya berpolitik di mailing list, di bawah jambatan ketika berkumpul untuk ber BBQ juga bila ada makan-makan di rumah rakan. Alhamdulillah kepada yang kini sedar bahawa individu AI yang diperjuangkan langsung tidak berhak diberikan simpati dan sokongan, dan saya akan terus berdoa agar rakan yang masih dibuai kata-kata manis "perjuangan untuk membebaskan negara dan bangsa dari kuasa zalim kerajaan semasa" akan tersedar dari mimpi.
Allah selamatkan Malaysia dari kemusnahan dan moga Malaysia kekal aman dan makmur.

Friday, September 14, 2012
Misi terlaksana
Lama dah saya tak menulis. Dalam tempoh mendiamkan diri, banyak perkara yang berlaku. Banyak benda yang nak ditulis, sampai tak tahu nak mula dari mana. Ok, saya mulakan dengan misi untuk 'membebaskan' Hakimi dari diaper. Alhamdulillah, seminggu sebelum puasa, kami berjaya melatih Hakimi tanpa diaper sepenuhnya. Hari pertama, 15 Julai 2012 dengan sekali kemalangan kecil. Hakimi terlupa dan terlepas di Jusco Permas Jaya. Nasib baik pakai jeans dan dia terlepas sikit je, dan saya memang sediakan seluar ganti. Hari-hari berikutnya, kena banyak dan selalu bertanya: "Kimi nak pergi toilet tak?" Jawapan yang selalu Kimi beri: "Mama, dia kata belum buat air kencing lagi." What??? Saya faham maksud dia - dia tak rasa nak buang air kecil lagi -, tapi kenapa dia formulakan ayat macam tu? Mungkin kat logik dia, bila kita nak minum kopi (air), air sirap, air milo, kita kena buat (bancuh) dulu kan... jadi logiknya, air kencing pun kena buat dulu dalam perut sebelum dikeluarkan?? Hahahaha, ada-ada je Kimi ni. Macam biasa, kena betulkan pemahaman dia.
Dan sejak cuti raya di Terengganu (hampir sebulan dah) saya berjaya berhentikan Fahmi dari menyusu badan. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Raya di Terengganu kali ni saya agak sibuk di dapur sebab mertua saya tak ada maid. Maid dah balik Indonesia dan pengganti belum dapat lagi. Bukan masak pun sebab makanan semua mertua saya tempah je, tapi uruskan hal-hal di dapur yang lain: cuci-cuci, kemas-kemas, pastikan air, kuih, cawan dan pinggan mangkuk bersih sentiasa ada di ruang makan dan ruang tamu. Yelah, selama ni maid ada untuk pastikan semua benda tu siap, jadi bila maid tak ada, kenalah tolong mana yang patut. Nak ikutkan tak banyak mana pun kerja-kerja tu sebab adik ipar lelaki saya, Anje rajin menolong mami. Bila saya kerap di dapur, secara tak langsung, Fahmi terbiar sendiri bermain dengan sepupu-sepupu dan kakak-kakak. Bila jarang dengan saya, dia jadi lupa nak menyusu. Saya pula bila buatkan susu untuk Kimi, sediakan juga susu untuk Fahmi. Malam pun dia tidur sendiri, mungkin sebab terlalu penat bermain, sampai tak ingat nak menyusu. Cuma seminggu lepas raya Fahmi demam, adalah 2, 3 kali dia menyusu dan lepas tu memang berhenti terus. Kadang-kadang dia datang mengendeng dan merengek, tapi saya kata tak boleh. Menangislah sekejap.. lepas kena pujuk, ok je. Sekarang ni kalau tanya: "adik nak n***n?" Dia akan jawab: "Eh, Cami tak boleh n***n la, Cami puasa." Eish.. pening kepala! Ni tentu ikut dialog dalam siri Upin & Ipin - "... kamu kan puasa, tak boleh minum."
Misi ke 3 adalah untuk memisahkan Hakimi dan Fahmi dari tidur malam bersama kami. Kira-kira dua minggu lepas, saya alihkan almari-almari Kimi dan Fahmi masuk ke bilik mereka. Tak sangka mereka teruja dan bila saya ajukan cadangan supaya Hakimi tidur di bilik sendiri, dia terus jawab "OK!". Saya yang blur sekejap, sebab tak sangka lawa-lawa ayam saya dia terima semudah tu. Rasa nak tarik balik, tapi takut dia keliru. Jadi malam tu terpaksa relakan Kimi tidur di bilik dia sendiri. Fahmi pulak, bila tengok Kimi tidur di bilik tengah, dengan dia sekali tak mahu tidur dengan saya. Jadi malam tu buat pertama kali sejak 9 tahun saya tidur tanpa ditemani anak-anak! Ops.. ada sekali, masa mengandungkan Kimi, Amira dah tidur di bilik sendiri dengan Nina.. tapi dah lama sangat dah, sampaikan saya hampir lupa ;).
Dalam masa 2 bulan, 3 misi telah terlaksana tanpa saya duga. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna tanpa stress. Sekarang ni, kadang-kadang Kimi dan Fahmi masih bangun awal pagi, sekitar pukul 3 - 5 pagi dan datang ke bilik saya. Kadang-kadang Fahmi seorang, kadang-kadang Kimi je, ada hari tu dua-dua sekali. Dalam seminggu, adalah 2 - 3 hari diaorang tidur sampai ke pagi di bilik diaorang. Saya tak rigid sangat dalam hal ni. Kita kena faham yang mereka dalam proses peralihan, jadi mereka perlu diberi masa secukupnya. Kadang-kadang kalau mereka kata nak tidur dengan saya, saya benarkan. Sebolehnya saya tak mahu mereka rasa diketepikan....

Subscribe to:
Posts (Atom)